{terkoyak!}
Peh!
Stress berat.
Semalam kena buat sesuatu yang sangat urgent. Menaip bak secretary sebab kertas aku direjek shopkan. Aku sebagai kuli sekadar mengikut arahan walaupun setelah aku memberi buah fikiran yang aku dah alami sendiri selama setahun. Lagipon, sapalah haku kan? Aku baru je menceburkan diri dalam bidang ini, baru setahun jagung cuma. Aku ini bodoh. Tidak tahu menulis kertas kerja. Aku tidak punya pandangan helikopter, aku cuma ada pandangan Airbus sahaja sebab dalam hidup aku, cuma sekali je aku pernah naik heli.
Aku tahu, aku lost!
Aku seperti hilang arah, hilang kemudi.
Aku menggagau seperti orang tanpa peta, tanpa google map hatta tanpa GPS. Meraba tanpa cahaya dan tanpa ilmu.
Aku rindukan source. Aku rindukan ilmu.
Bila aku hilang punca, aku tidak tahu pada siapa aku kena rujuki?
Orang yang paling aku nak rujuk dah pindah negeri dan yang paling aku nak rujuki pula jauh diseberang laut!
Aku stress berat!
Dalam masa sama, aku juga dihujani pelbagai pertanyaan. Aku dijadikan port melepas geram dan aduan. Sapalah haku kan? Yang penting sekarang, setelah mendapat bimbingan dari seorang yang sangat berpengalaman dan berpengetahuan sekurang kurangnya ilmu dia aku kitar semula. Aku tau, aku kena ikut garis panduan dan cara kerja kompeni aku sekang. Itu yang lebih utama. Lantak pilah dorang nak benci haku dan nak marah marah. Aku letak je telefon atas meja dan buat keja aku, and cakap, "ooh...ok, oohhh ok!" sepanjang masa. Kunun aku dengar. Tapi aku malas nak layan snonye. Sebab dorang memang dah terang lagi bersuluh salah. Apa kes pulak nak marah marah orang lain. It's everybody's game now.
Aku stress berat!
Sebab aku tak boleh go ahead planning apa aku nak buat pada 11 Mei nantik sebabnya semua pending atas satu keputusan tidak berani mati. Padahal benda itu mudah saja! Aku benci tunggu keputusan yang slow dan tindakan yang lembap. Aku benci sebab benchmark aku 24 jam saja. Padahal tiket AirAsia aku tidak bertukar lagi! Dan time is really running out (beserta duit aku juga)
Aku stress berat!
Sebab report aku tak berjalan dan aku tak ada mood nak buat sebab perkara perkara yang disebutkan di atas. Aku benci dengan diriku yang begitu senang dihempuk emosi dan tekanan. Padahal aku boleh je buat satu persatu.
Sekian.
{dalam pada aku stress ini, aku hubungi Modjo. Dia cuma boleh mendengar keluhan aku...oh! betapa sabarnya dia meladeniku. }
Thank you sayang
Kenapa?
Thank you sebab sayang i
ni bukan sayang sikit sikit nih
bukan sayang sikit sikit?
yelah i pun taktau nak cakap cemana.
apa je i buat kat u sayang banyak kat i?
susah nak cakap...
{lepas tu aku dan dia recap balik cemana boleh bercakap dengan each other, although dah lebih 5 tahun both of us add each other. sampailah di saat aku menghilangkan diri daripada dia selama 12 jam - helleh baru 12 jam}
betul ke u cannot live without me?
iya sayang. i realize lepas u tak jawab my fon, u off henfon and i taktau cemana lagi i nak cari u masa tu...
so u betul tak boleh hidup tanpa i lah?
[.........]
sayang...r u sure u nak kat i? dia tanya
u think cemana? I'm sure by now, u tau kan?
i nak u cakap dengan mulut u sendiri
ok..i {nama penuh haku} pasti dan muktamad yang i nak u {nama penuh dia} as my beloved husband.
thank you sayang..
sayang... u betul betul sure nakkan i ke? Aku tanya soalan yang sama pada dia.
sure sangat! Masa u hilang tu kan, i hilang punca. I carik and i suruh everybody carik u jugak. Sebab i takut u takmo jawab fon i, i suruh adik adik i carik u. Bila u jawab je my fon the next day, u tak tau betapa panjangnya i tarik nafas i. risau sangat...
i love you sangat...
{and for the first time in my entire relationship with him, I was totally speechless...}
Maklum semenjak dari dulu lagi, aku je yang cakap paling banyak dari dia. Selalunya dia banyak dengar lagi dari bercakap. Sama jela masa dalam messenger pon. Tu sebab dia banyak "bercakap" melalui lagu lagu dia dan tindakan yang dia buat..
and kebetulan flu aku sangat teruk masa ni...
and masa ni lah aku ambik kesempatan menangis tanpa dia sedar
and malam tadi, for the first time, dia lebih banyak bercakap dari aku sebab dia tahu aku tengah stress dan tak sihat.
Aku harap, memang dialah lelaki terakhir dalam hidup aku. If Allah make it happen, He will!
InsyaAllah.
and for the first time malam tadi, dia tidurkan aku dengan kata kata dia. Aku pun tak tau bila aku tidur. Tapi hearing his words malam td macam my lullaby...(oh! padanlah dia nak aku nyanyikan tok dia apalah bagai.. camni rasa dia enh?)
InsyaAllah. InsyaAllah. InsyaAllah.
Aminnnn....Ya robbal a'lamin...
3 comments:
ni stress ke cinta punya entry
kompius @_@
salam...stress nie ubat dia,,kita fikir hidayat untuk org lain...
Taro:
Hahahah Kaknaz pun komfius! Muahaha...
APS:
Mekasih sedara...insyaALlah sy ingat tu..
Post a Comment