Pages

Saturday, April 04, 2009

KENAPALAH!!

.... Aku Susah Mahu Kontrol Apa Aku Beli?

Meh aku confess.
Begini, tengahari seperti kebiasaan Jumaat pasti waktu rehat itu sangat panjang (sepatutnya dua jam tapi kadang terlajak). Maka setelah berjumpa customer (kenapa aku tak panggil client? Sebab dah aku ada akaun direct customer, dia tak ada nama direct client pon - ok! Tak lucu!) aku pun melintasi Jalan Simpang Tiga yang agak jam tadi.

Makanya, setelah penat menjeritkan lagu bersama Obit, aku sudah bosan dan memberi signal ke kiri untuk ke - - - - - SPRING! Iye. Nak buat cemana lagi? Salahkan kesesakan lalulintas tersebut. Hajat di hati mahu makan sushi sahaja. Tapi apakan daya, aku terpaksa melalui kedai feveretku iaiatu MNG. Oh! MNG kenapakah anda di sini? (tutup mata cepatttt~@! Tapi masih terlihat di celah celah jari ini kedai yang menarik aku seperti graviti)

Dan aku salahkan kaki yang bagaikan auto dan mata yang terpukau pada koleksi yang agak lambat sampai ke Kuching ini. Sekadar nak sedapkan hati, aku pun berkata kata riang, "Oh! Aku dah ada dah ini, ala yang ini tak sesuai, ooo itu pula agak lame"

Tetapi
Tetapi
Tetapi

Hari ini juga aku memakai skirt putih GAP A-line beserta purplish flowery blouse yang agak gedebeh di hujungnya. Teringat pagi tadi punya kejadian :

{flashback}

Hmm...meh cuba pakai belt ni. Ceh! Kan best kalau ada belt warna purple atau putih? Ah! Abaikan. Biar tidak vogue dan nampak normal je hari ini.

{tamat flashback}

Kejadian flashback ini menjemput mata ke arah deretan belt belt yang gojes. Wah! Woo! Dan secara automatiknya aku pun cuba memakai satu belt putih yang sangatlah lawanya dan sesuainya dengan tema bajuku hari ini.



Tidak semena-mena terfikir pula akan baju baju gedebeh lain. Ada warna hitam, ada juga warna merah. Ok! Tak apa cuba je kan. Mintak saiz S, minah tu tengok aku atas bawah. Alo! I know my pinggang la hokey? Nasib baik memang aku kenal pinggang aku. Kalau tak peh! Malu besar kalau tak muat!

Ada cutting lain tu memang terpaksalah memakai saiz M. Hahahah. Entah kenapa tah agaknya, aku terbeli 4 belt yang gojes lagi berwarna warni. Huhuhu~@!


Jadi kan,
kan,
kan,

Aku sungguh gumbire keluar dari kedai tersebut dan terus memesan sushi untuk ditapau. Ingatkan shoppingku boleh habis di Spring. Oh! Tidak. Rupanya Obit bawak aku ke Guardian di Jalan Tun Jugah. Obit macam tau je aku nak beli Garnier apakenama tok eyebag tu. Jadi ingatkan nak beli tu je. Tapi tengok, aku terambik facial cotton, vitamin untuk rambut dan tonik rambut. Ye. Aku mengaku. Rambut aku rajin gugur sejak dua menjak ini. Keluar kedai dengan agak pantas dan aku menjerit melalak lagu Kalis Rindu dengan Obit (teringat Modjo yang rasanya pengsan di rumah)

Begitulah.

Jadi, bagaimana?

Aku memang hilang kawalan diri. Aku ingat nak join Shopaholic Anonymous lah!

3 comments:

joegrimjow said...

belanja dengan duit
jgn gune kedit kad
ok la 2

Unknown said...

Salam,duduk kuching ye,nanti saya nak pergi Sibu,ziarah orang Islam di sana...dekat x...

Arin said...

lelagik kalu luar kedai, ternmpk SALE lagik le haru...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails