Pages

Sunday, April 12, 2009

.:BEGINIKAH?:.

Cara Menghilangkan Jiwa Kacau?

Piko sudah berada di Kuching bermula jam 6 petang semalam. (Jam menunjukkan pukul 415 pagi dan mataku masih utuh). Adik bongsuku kini sedang lena diulit mimpi indah (ye aku sangat cemburukan kegembiraannya). Dia sedang terang benderang sedangkan aku suram dan malap.

Kepalaku masih berdenyut sebelah. Ini petanda yang jelas bahawa migrain sudah kembali menyerang aku. Bukan tiba tiba tapi semuanya dengan sebab. Semuanya berpunca. Semuanya ada angkara. Berat aku memikirkan apakah pula kesilapanku kali ini? Pusing. Mungkin disebabkan aku selalu tidak makan. Tadi pun aku cuma makan Ayam Penyet bersama Piko. Itulah sarapan, itulah makan tengahari dan malam. Sekali sehari, jimatkan? Memang tidak berselera pun waktu menjamah ayam garing penyet beserta ulam ulaman dan sambal belacan itu. Piko yang kekurangan mencubit bahagian ayamku. Semasa seorang pelayan mengambil order kami sambil berbahasa Semenanjung, aku tanyakan kenapa dalam bahasa Sarawak. Katanya, dia ingat kami berdua pelajar dari Semenanjung. Oh! Betapa mudanya aku rasa dan betapa tuanya Piko. Biarkan aku begini. Aku suka.

Piko @Gerai Ayam Penyet Masjid Jamek

Dikala aku sedang pusing itu, fikiranku terlontar jauh pada seseorang. Apakah dia juga seperti aku atau dia telah "hilangkan" aku beberapa jam, mungkin hari, mungkin juga minggu. Aku pusing lantaran kenyataan tidak perlu risaukan dia itu. Aku pening memikirkan hubungkait kedatangan Piko yang pertama kali melawatku disini dengan masa aku yang sentiasa ada untuknya? Aku risau akan pernyataan jangan risaukan dia itu. Sungguh. Sesungguhnya!

Dikala pusing dan loya, dikala perutku mula memulas kerana dimasuki angin itu, Piko menegurku. Aku katakan aku baik baik saja lalu mengajaknya berjalan di Kuching Waterfront (KW) kerana sesungguhnya aku belum pernah ke sana menikmati suasananya. Aku cemburu melihat pasangan yang menikmati makanan di sepanjang gerai KW. Aku cemburu melihat mereka bercerita sambil menikmati lampu neon di sepanjang jalan. Tapi aku harus kuat. Aku tahu di kala ini dia sedang asyik bergembira dengan rakan rakannya. Dia sedang teruja melakukan sesuatu yang aku sangat risaukan itu. Aku risau. Sungguh.

Piko mengenangkan sapa tu Piko?


Tengok tu, Cahaya! " Itu Cahaya kamu, dik! Kaknaz punya malam ni malap dan suram..."


Inilah Kuching Waterfront diwaktu Malam

Lalu aku dan Piko melampiaskan kerisauan dan kegelisahan dengan mengambil gambar sepanjang KW. Kami juga menikmati alunan lagu sekumpulan basker yang berbakat, ada pemain flute dan gitar yang agak comel dan kacak.

"Kaknaz, jom kita usha basker ni. Mamat yang main gitar itu agak kiut ok!"
"Ok."

Memang benar kata Piko. Mamat itu memang agak kiut. Tapi sekiut kiut dia, hatiku tetap mengatakan Modjoku lebih kiut. Modjoku lebih merdu petikan gitar dan nyanyiannya. Tapi di mana Modjoku? Aku kegersangan Modjo. Tanpa Modjo, aku tidak berupaya untuk bergerak seperti biasa. Tidakkah dia tahu, Modjolah penggerak dan penceria hidupku?

Aku tenung wajah malam. Malam ini wajahnya kelam. Suram tanpa senyum bintang bintang. Oh! Dimanakah bulan? Bukankah kita berjanji dulu, jika aku rindu akan ku pandang bulan? Kerana yang kau pandang itu tetap bulan yang sama yang aku pandang...

Ah! Abaikan. Bukankah dia sedang bergembira di luar sana tanpa aku? Tidak sedetik pun dia mengingati aku. Kenapa harus Piko dijadikan alasan untuk dia tidak "mengganggu" dan "mengacau" aku? Sedangkan dengan kedatangan Arin sekeluarga dulu, rutin aku masih sama. Tidak ada bezanya. Malah di ketika itu jugalah kami semakin rapat.

Aku memberikan wang RM10 untuk sekumpulan basker basker muda ini. Aku hargai bakat mereka. Piko mengerenyit tanda protes. Ah! Piko. Jangan jadi melayu tipikal. Mereka ini sekurang kurangnya berusaha menggembirakan Kaknaz malam ini. Sekurang kurangnya hargai bakat mereka.

Lalu aku duduk di hadapan mereka dan merenung mamat gitar itu. Aku senyum padanya kerana petikan gitar itu sangat mudah. Dia senyum kembali. Piko menyinggung tanganku. Aku katakan, "Kaknaz tak mengorat dialah. Sekadar senyum kerana mahu uji tahap keyakinan beliau bermain gitar jika ada perempuan yang memandang begitu" Memang. Aku memang suka uji manusia. Uji mereka sehingga ke tahap tinggi. (Sedangkan aku juga diuji sekarang. Ujian apa, ya?)

Mamat gitar itu bersuara ketika habis lagu yang dimainkan mereka. "Ada sesiapa nama Dewikah sitok?" [Ada sesiapa bernama Dewikah di sini?]. Aku dengan selamba mengangkat tangan. Pedulikan aku. Bukan mereka akan periksa IC pun. Maka mereka main dengan lebih bersungguh sungguh. (Sebab tahu akulah empunya wang RM10 tadi). Maka berlagulah mereka dengan lagu Dewi. Aku senyum sahaja.

Hujan mulai renyai. Sudah ramai orang meninggalkan kumpulan basker tersebut. Sedari tadi, penuh lintasan ini dengan pelancong dalam dan luar negara. Juga penonton tempatan seperti aku (Aku sudah tinggal di Kuching, maka aku tempatan). Lama kelamaan tinggal aku, Piko dan seorang lagi lelaki muda yang menikmati lagu Dewi.

Baskers. Yang kiri sekali itu comel seperti penyanyi utama Sheila On 7

Semakin lama hujan renyai mulai lebat. Aku masih terpegun di tempatku. Piko mulai ketawa. Lama kelamaan sibasker mulai datang dekat kami. Oh! Terujanya pabila keempat empat jejaka menyanyikan lagu untukku pada saat hujan mulai turun. Iya. Aku memang si romantik. Si mamat gitar disebelah kiri ku mulai malu malu. Haih! Tadi seperti berani kamu ya? Bila berhadapan terus tertunduk malu melihat ke sana sini seperti menggelabah saja lagaknya. Hahaha..! Aku ketawa. Sungguh. Hujan semakin melebat dan aku berikan tepukan pada sibasker. Berpimpinan tangan aku dan Piko berlari di dalam hujan yang semakin lebat sambil ketawa. Iya. Aku dan Piko. Bukan aku dan Modjo (Oh! Alangkah indahnya jika Piko itu Modjo).

Penat mencari teduhan, aku dan Piko membunuh masa dengan bergambar dan membuat lawak yang hanya kami fahami. Aku katakan pada Piko bahawa aku amat rindukan Modjoku. Tetapi tidak sedetik pun saat itu Modjo mengingati aku. Terbukti dengan mesej mesej aku yang dibalas sepi. Piko tarik tanganku dan kami bergerak berjalan kembali. Mungkin kerana pelik dengan dua orang perempuan yang seperti kawan kawan kami dingorat lelaki lelaki jalanan. Penat mereka bersiul dan memerli kami. Tapi aku katakan pada Piko, jalan terus dan jangan dilayan lelaki muka tembok begitu.

Muka plastikku

Sesampai di parkir kereta, mamat penjaga tiket parkir pula yang melambat lambatkan bayaran. tersenyum simpul dia melihat kami yang tampak gembira menyanyi nyanyi kecil berpimpinan tangan. Ketawa. Menyanyi. Aku perlu lupakan kegelisahan hati. (Tapi masih gagal)

Lama dia memberikan duit bakiku. Aku senyum. Dia senyum. Setelah agak lama di situ, aku membuat tanda aman (peace) padanya. Terus aku ketawa bersama Piko.

"Ke mana lagi?"

(bersambung....)

2 comments:

cleo weiland said...

Girls' night out eh? Looks like you both are having lots of fun out there!

Lucky Piko!

Cool said...

Haih, bila laaaa aku pt jalan jalan malam malam..

buleh gulek gulek kat rumput hijau@!~~

last sekali kat klcc ketika aku maseh daraa.

Hah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails