... Punya Ayat Mengorat?
Gerem sungguh aku semasa kejadian ini berlaku.
Punyalah lama aku tunggu bagai orang sangap dibank Comot tersebut! Oleh kerana sangap maksima makanya aku dok baca FOREX, aku dok baca phamplet, baca borang borang yang perlu diiisi, baca iklan, tengok orang dan kasut serta beg tangan mereka, tengok siling dan macam macam lagi (sebab selalunya kalau ada masa menunggu macam ni, aku ditemankan buku. Haih! Boleh tertinggal pulak!)
Aku punya tensi menunggu itu disebabkan dikertas kecil yang aku pegang tertera giliran ke 3. Perlukah menunggu lama begini? Waduh!
Maka nombor keramat itu pun dipanggil (baru perasan tatkala nombor ini ditekan terpampang nombor feveretku 15:15). Aku yang tidak memakai kanta lekap ini pun terkial kial melihat nombor kaunter yang manakah yang harus aku tuju.
Oh! Kaunter 9! Jadinya aku pun terhegeh hegeh seperti penagih ke sana. Aku disambut dengan senyuman seorang lelaki yang boleh tahan saja hensemnya. Disebabkan aku memang blur untuk melakukan transaksi ke overseas makanya dia bertanya soalan kepada aku
Kaunter: Selalu buatkah transaksi tok? (Selalu ke buat transaksi ni)
Aku: Kamek pun first time!
Kaunter: Boleh sik mintak IC kitak? (boleh ke mintak ic u)
Aku: Oh... buley buley...
Kaunter: Kitak org Malaya kah? (u org Semenanjung enh)
Aku: Auk! (ye)
Kaunter: Dah lamakah kitak di sitok? (Dah lama ke u kat sini)
Aku: Cun setahun 1st April lalu
Kaunter: Oh! Sik embak famili ke sitok kah? (Oh xbwk famili ke sini ke)
Aku: (buat muka pelik) Camney mauk embak tek? Parents kamek dah ada umah sinun (Cemana nak bwk, parents dah ada umah kat sana)
Kaunter: Oh! Kitak single lagik owh? (Oh! u single lagi enh)
Aku: Auk (ye)
Kaunter tersenyum senyum sambil tengok aku.
Aku: Apesal la mamat ni banyak lak soklan tak releven nih? Aku nak cepat ni, kat opis banyak benda nak buat, minutes of meeting lagi, masalah lagi, claim lagi, oh mungkin nak minum Nescafe dulu etc etc (sambil lama betul aku fikir bilalah dia nak settle)
Kaunter: Kitak mok nganta ke New York kah? (U nak anta ke NY ke?)
Aku: (Hoh! Tak reti baca borang ka ini orang?) Sik, borang tok ada mek tulis Philladephia, nak? (tak, borang ni kan ada i tulis Philly kan)
Kaunter: Oh! Ada ada.. Soghi! Sik prasan benar2 tadik. (Oh! ada ada. sori. tak perasan betul)
Aku: Ok.
Kaunter: Kitak tauk sik brapa caj servis tok? (u tau x brapa caj servis ni)
Aku: Ney tauk? Mek pun first time, nak? (mana tau? i pny 1st time kan?)
Kaunter: Ok! Sikhal, kinek tok kamek kirakan tok kitak (ok. takpe, sekang ni i kirakan tok u)
Aku: (Waduh! Terover friendly bangat ini mamat. Komfem la kan aku first time harus la aku tatau!) - Sudah buat muka poker face maksima
Kaunter: Ok. Kitak tambah gik RM54.05 (ok. u tambah blabla je)
Aku: Ok! (bagi duit cepat termasuk 5sen)
Kaunter: Ohla tedah! Ghajin gilak owh kitak simpan 5sen tok. Banyak kah? (alahai! Rajinnya u simpan 5sen ni. Banyak enh)
Aku: (Apa laaagiiiiiii) Ada la dlm purse kamek tok. (teruskan muka pokerface) (Ala lam purse i)
Kaunter: Mastura Mat Diah tok kawan kitak kah? (blabla ni kawan u ke)
Aku: Auk! (ye)
Kaunter: Sidak study sinun kah? (dia study kat sana enh)
Aku: Auk! (walaupun dia bukan study tapi aku malas nak layan)
Kaunter: Kitak pernah sik pergi sinun? (u pernah pg sana?)
Aku: Sik lagik. Honeymoon kamek kelak kali! (xlagi, honeymoon nanti pegi kowt?)
Kaunter: Auk kah? Tadi kitak madah single nak? (yeke? tadi u kata single kan?)
Aku: Auklah single but NOT AVAILABLE. Will marry soonest possible. (saja stress kan ayat NA tu)
Kaunter: Baguslah owh!
Aku: (ni kalau tak paham paham ni, komfem muka tembokla mamat ni)
Kaunter: Kitak di KL nun diam siney? (u kat KL tinggal kat mana?)
Aku: (Aik! Tak habes lagi kah? Peh! Tembok gilers) Ekot IC kamek di Taman Equestarian
Kaunter: Kamek diam di zoo sinun (i tinggal kat zoo sana)
Aku: (Hahaha...mmg patot pun, cam berok je pangai!) Aukkah?
Kaunter: Auk. Di Uk Perdana nun, tempat tanah runtuh ya! (ye. di blabla sana. tmpt tanah runtuh tu)
Aku: Oh enh? (Muka poker face bertukar hijau)
Kaunter: Kamek dua alam bah! Oghang sitok tapi lamak gilak pindah KL nun. (i 2 alam tau. Org sini tp dah lama pindah KL)
Aku: Oh Enh? (Tak tanya ponnn!)
Kaunter: Hujung minggu tok, kamek pulang sinun. Kitak sik balit kah? (Hujung minggu ni, i balik sana. u tak balik ke?)
Aku: Sik. Errr. Mok nanyak. Bila sidak kawan kamek tok boleh dpt owh? (tak. mo tanye. Bila kwn i tu boleh dpt enh?)
Kaunter: Satu jam cam ya lah. (1 jam camtu)
Aku: Ok.
Kaunter: Tok number, berik pada nya la. Ok.. contact nya dolok. Mesej ka emel kah. (ni nombor. bagi kat dia. Ok...ctc dia dulu. mesej ke emel ke)
Aku: Tauklah aku! (aku dah hangen) Kak tok mun kitak harass kamek cam tok kamek mok jumpa Manager jak! (Tahulah i! Lepas ni, if u harass i lagi camni, i jmp Manager je!)
Kaunter: (terkedu) Tapi still ada ayat terakhir tuh! "Jumpa kitak lagik la owh!"
Aku: &*%$#@!$%
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Bila difikirkan balik kan, kenapakah mamat itu macam berperlakuan aneh? Aku rasa salah aku jugak. Dalam borang itu ada dinyatakan satu soklan untuk member aku Mastura jawab. Aku tanya
Q: Our ex BF
A: Vendetta!
Haih! Padanlah mengorat beriya iya cam muka tembok! Taulah dah jumpa orang Semenanjung kat Kuching ni. Tapi hello, aku dah kata dah hokey aku dah nak kawen, and masa keluarkan IC/ duit saja aku bukak purse besar besar sebab ada gambar Modjo terchenta lam tu!
Apalah punya sengal tak hengat muka tembok punya mamat?
P/s: Segala nama dan tempat telah diubah sesedap rasa.
5 comments:
ramah sangat pun leceh la..lelama jadi meluat!
Gila friendly la itu mamat@!~
ugliest language ever. .. this blog will be nicer without the pig latin
Effi:
Hahahaha... Dah tak faham tu sudeyh!
Jiji:
Sangat! Sampai aku hangen 5 min punya keje jadik 15 min. Apekes?
Bel:
Tah kenapatah ramah sgt. Tp rasanya dia nak ngayat kowt? :p
aku suka la ko pandai cakap serawak :D
Post a Comment