Pages

Thursday, March 26, 2009

Tak Kesahla Sapa Pon~@!

Malam tadi dapat mesej daripada Pongee, member Amnet aku.
Dia suruh aku tengok 380 kat TV3 jam 9pm.

Sedang sibuk aku nak masak mihun sup fishball, sayur dan udang tu, aku pun tukarlah saluran yang aku jarang bukak tu. Punyalah hangin aku dok tengok makcik makcik berbaju merah dok melompat sakan dan menepuk nepuk ke atas kepala laksana teruja menonton konsert Jason Mraz. Peh! Hilang kesopanan dan kesusilaan MELAYU!

Kat FB sana sini situ sinun sebok dok menyatakan perasaan hati gembira dan dok persoalkan siapa yang menang kerusi merah itu. Ada yang suka, ada yang pelik, ada yang sokong dan macam macam.

Bagi aku pemerhati politik yang tidak bertauliah ini, dari luar pagar dan atas pagar, aku lihat, bagus juga kalau KJ dapat title Raja Pemuda itu. Bukan bagus dari segi pembaharuan yang dia nak buat, tetapi bagus untuk Najib juga agar beliau boleh meniti atas garisan dengan jari kakinya (toe the line omputeh kata!)

Menarik aku rasa!
Tapi yang aku pasti, tak ada seorang pun dalam parti merah itu mampu mengubah tanggapan kebanyakan rakyat marhaen seperti aku. Kombinasi Najib dan Rosmah dengan bagasi lebihan terlampau itu pada aku amat sukar dipejam mata dan ditutup telinga. Terlalu kuat bunyinya sekalipun pelbagai cara dan kaedah nak menutup ia dari mengeluarkan bunyi. Bangkai kalau tak ditanam baunya kan sangat meloyakan? Bila nak tanam dah terlambat la sebab baunya melekat dan tersebar ke merata rata dibawa angin.

Begitu juga dengan reputasi buruk KJ di merata Malaysia. Dia dan kononnya semangat Kemelayuan dan Darah Cap Kerisnya. Dia dan kroni kroni perniagaannya. Dia dan semangat samsengnya. Sapa yang tidak kenal KJ kerana kesamsengan kampung dusun itu? Tanya budak darjah 5 pun tahu.

Jadi,
Apa apa pun yang berlaku di dewan bewarna merah dan pink malam tadi, ia tidak membawa nafas baru pada senario politik Malaysia yang semakin lelucon. Aku rasa bagai menonton Akademi Fantasia + Jom Heboh + Raja Lawak saja lagaknya. Kadang kadang kalau bertuah, ada drama ala ala Spa Q! Yelah, ada juga cerita main belakang (sengaja tulis begini), cerita separuh lucah (macam cerita Amerika tu - Sex & The City), ada cerita CSI (kaboom!), ada cerita ala ala Laxmana Doremi (Negeri Pasir Berdengung kat Perak) dan macam macam lagilah.

Sangat menghiburkan sesetengah manusia seperti aku. Tapi kalau dah banyak sangat drama dan kejadian, aku rasa senario politik Malaysia ni seperti Sarkas! Orang lain sibuk akan kelembapan ekonomi, hilang pekerjaan, matawang jatuh, perang Palestin, Kuasa Negara China yang semakin berkembang, kita kat Malaysia?

Adeh.
Malas aku nak sibuk hal Politik Malaysia ni. Aku tau, jika ekonomi kita semakin lembap begini, Kerajaan yang leka bermain sarkas dan menjadi pelakon pelakon utama drama yang semakin meloya ini akan bangun dan tersedar seperti ditampar, ditumbuk dan diterajang SB.

Tidak akan ada lagi pendapatan sebesar tahun lepas daripada penyumbang utama pendapatan kerajaan. Cukai yang dibayar semakin menipis, dan secara keseluruhan kau dan aku tengoklah. Apa nak jadi dengan kita di penghujung cerita sarkas ini?

Bukan aku yang tulis skrip dan arah drama sarkas mengalahkan cerita berbelit belit soap opera. Bukan aku yang arahkan juga. Yang salah dan buruk itu tetap dari kita, sebab Allah kurniakan akal fikiran.

Aduhai. Inilah Melayu. Nama je pejuang bangsa Melayu tapi sebuk nak mengInggeriskan matapelajaran di sekolah. Jadi yang mengaku Melayu tu, kat bahagian mana? Nama parti jelaa....

Poyo!

3 comments:

Anonymous said...

I agree with this one..
memang macam sarkas..lawak tahap gaban...

tapi sampai bila asyik nak tgk sarkas je kan? bosan pulak rasanya ketawa...sometimes we need to focus...dan masalahnya bilalah mereka ingin betul2 fokus? wallahualam...

Miss BumbleBee said...

*roll drums*

"Kombinasi Najib dan Rosmah dengan bagasi lebihan terlampau itu pada aku amat sukar dipejam mata dan ditutup telinga. Terlalu kuat bunyinya sekalipun pelbagai cara dan kaedah nak menutup ia dari mengeluarkan bunyi."

i do loves this lines. hilarious yet very true indeed. but we came in the family that still amik port bout politics and such, so we sket2 kena amik port juga kan.

sniffsniff --> i smell love in the air :)

Taichee~@! said...

Yan:

Politics is already in our blood pon. Cuma gen kita ni jek dah bosan. Tried to ignore tapi tak bleh blah la mlm td punya berita. Ahahaha.

sniffs back: :)

Bel:

Let the hot air simmers dulu (perhaps lagi 5 tahun kowt?) Bwahahaha... Baru bleh fokus?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails