Aku terfikir adakah aku orang yang bertuah atau dia lebih bertuah?
Tapi aku rasa kami dua dua bertuah. Aku bertuah punya dia sebab dia ditinggalkan dan kerana aku ditinggalkan maka dia juga bertuah punya aku. The sore losers that finally WINRAR! Bak kata Effi. (Sore losers kah? heh) Mana taknya, setiap kali bercinta, gagal. Setiap kali mahu serius, kena tinggal (tapi ada jugak yang aku meninggalkan sebab aku rasa no point teruskan hubungan atas satu landasan rapuh).
Fahamkah?
Tak apa. Yang penting, kami berdua diberi peluang untuk saling menyinta. Diberi peluang untuk merasa keseriusan bercinta dan akhirnya (setelah lapan tahun lamanya) aku merasa hubungan aku kali ini ada pergerakan menuju ke hadapan! Selama 8 tahun lamanya, aku bingung memikirkan sama ada bolehkah aku berjalan ke hadapan menuju ke satu peringkat yang diredhai Allah? Mungkinkah aku akan bergelar isteri orang seperti orang lain? Mungkinkah aku juga dapat punya anak dan keluarga sendiri seperti orang lain? Adakah terdapat lelaki yang sudi memperisterikan aku (errr selain daripada yang telah punya isteri tapi masih mahu tambah lagi). Sepatutnya aku tidak perlu bertanya dan tertanya-tanya sebab semuanyakan sudah ditentukan Allah? Oklah. Chill, chill. InsyaAllah jika benarlah aku tercipta untuknya dan dia untukku pasti suatu masa nanti kami akan disatukan dalam satu ikatan yang diizinkanNya, penuh rahmah dan mawaddah.
Aku tahu di kedudukan aku sekarang, cabaran untuk punya seseorang yang aku sayangi, single dan available (jap nak tambah: chomel, sweet, caring, manje, gediks, ngade, kreatif, suara sedap, pandai main gitar, romantik, bersukan, suka travelling, berimaginasi tinggi, sama taste, famili best, suka buat orang gelak, suka buli buat orang gerem! etc etc... x 1001 macam lagi) amat sukar, aku ulangi SANGAT SUKAR nak dapat. Lebih lebih lagi bila mana populasi perempuan kepada lelaki di KL adalah seperti 10:1. Pulak tu, kebanyakan lelaki telah dicaras oleh perempuan yang lebih muda atau pun lebih tua. Jadi golongan sedang sedang umur seperti aku?
Apa yang aku tahu, dengan adanya Modjo seperti dia, hidup aku sangat cargas sepanjang hari. "It's good to know that somebody out there is loving and thinking about you, that good feeling. You feel warm and loved.." Jangan tak tahu ini kata kata staff aku si Tim Kwong (TK) ketika aku menjawab soalannya, "my old flame has long gone but somebody better is truly in love with me."
Entah kenapa sejak dua menjak ini, TK suka bercerita dengan aku. Mungkin dia mahu sedikit aura gumbire aku agaknya. Kebanyakan ceritanya sayu dan sendu. Aku cuma mampu bercerita hal hal positif padanya. Mesti ada sesuatu didadanya yang mahu diluahkan tapi ada sahaja gangguan. Takpe TK, I'll be here if you need me.
On other note: Di ketika hatiku berbunga bunga, aku juga sebak memikirkan akan sampai waktu aku berpisah dengan Coach yang telah banyak mengajar aku. Aku rasakan dia seperti bapaku di Sarawak ini, seorang mentor dan boss yang tinggi ilmunya. Dia juga suka menegur aku dan berlawak dengan aku tentang soal jodoh dan kehidupan. Dia buat aku berfikir tentang aku. Dia telah kujadikan idola kerjayaku (selain abah dan Ms. Roger). Banyak kata kata semangat dan nasihatnya aku genggam dan aku simpan di hati dan kepala. Aku bangga dengan Coach, aku bangga jadi pekerjanya.
Emel terakhirnya siang tadi membuat aku sendu. Aku tidak mampu meneruskan bacaan bila mana dia mengatakan selamat tinggal pada kami semua di Sarawak. Terus berlinangan airmata memikirkan apakah nasib aku sebaik ini selepas dia pergi (ketika ini pun aku sudah cengeng!).
Tadi siang, aku menghantarnya buat kali terakhir ke KIA. Sepanjang perjalanan aku hanya mampu berdiam dan tidak mampu bersuara takut berguguran airmata. Ah! Aku si cengeng! Sebaik melangkah kaki ke luar kereta, aku katakan padanya secara berseloroh (takut aku nangis), "All the best of luck for you in Sabah, Boss!" "Oh! Thank you.." Coach senyum. Aku katakan lagi, "We're gonna miss you!" Senyum saja Coach ketika mendengarkan ini. Aku pergi dengan hati yang sungguh berat.
Hanya doa saja aku panjatkan pada Coach aku ketika Zuhur tadi. Moga Allah membalas jasa dan budi baiknya mengajar aku dengan ikhlas, memimpin dan memberi aku cahaya ketika aku amat memerlukan. Aku doakan agar Coach aku dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan, bahagia, sihat dan selamat. Agar Allah merahmati Coach aku dan melimpahkan lagi rezeki padanya dan keluarga. (Menangis lagi!)
Setengah jam kemudian aku kembali ke KIA untuk mengambil Boss baruku dan familinya. Maka bermula hari ini, Greenie dipakai mereka dan aku kembali ke sisi Obit! Oh! Obit...kau tahu? Kau masih setia dengan aku. Aku harap Encik Sayang a.k.a Modjo juga begitu. Biarlah kali ini, ia kekal sampai ke syurga. (Amin!). Memang aku sayang dia tetapi apa apahal pun kita harus kembali kepada Allah. Berharap padaNya dan selalu meminta padaNya. Tidak akan ada daya dan upaya melainkan dengan izin dan rahmat dari Dia. Kerana itu, aku masih menyimpan limpahan kasih sayang yang ada padaku untuk dia selepas bergelar suamiku yang sah nanti, insyaAllah. Kerana itu, kami masih tidak berdating seperti kebanyakan orang lain. Jika dia mahu, biarlah dia tunjukkan keikhlasannya berhadapan dengan kedua orang tuaku atau dengan orangtuanya. Aku tidak mampu lagi mahu kecewa dan buang masa.
Anyho,
Kan aku dah kata, aku memang emo! Mana boleh emo itu hilang dari aku.
Jadi lagu yang aku tepek kat entri kali ini memang menggambarkan ke-emo-an aku. Allah ambil Coach yang paling aku respek dan sayang dan gantikan aku dengan Boss baru (insyaAllah moga moga dia ok). Dulu aku selalu kecewa dan patah hati kerana sunyi dan sepi. Sekarang ni? Jangan haraplah! Kang ada je sms teet teet yang bising tu masuk. Lepas tu, ada je lagu Sempurna berbunyi di telefon kesayanganku (tiada 3G dan tiada benda canggih lain). Jika tidak itu, pasti kami bergayut di messenger saja.
Aku kan suka cabaran?
Jadi, lebih baik begini tidak ketemu tapi sering bertanya khabar. Menunggu hari dan saat itu, sangat mendebarkan hati dan sangat teruja pula rasanya. (Peh! cakap macam ni pun dah sakit jantung semacam)
Di saat blog ini ditaip, Encik Sayang (Modjo) telah beberapa kali mesej mengatakan sudah mahu balik. Hehehe.. Entah apalah yang dia akan bebelkan/ nyanyikan/ berikan pada aku malam ini. Pasti ada unsur unsur kezutan (AF pun dah tak mampu buat) yang membuat aku gumbire.
Hmmm..
2 comments:
Ini bukan emo laa taichee.. in bapak emo laa@!~ =D
Kuakuakua...
ye. it is so *moi*.
hahahahah~@!
Adeyh.
Dah rindu balik.
Post a Comment