Oh! Ada beg mata.
Saya senyum, beg mata masih ada. Bila bling! Tidak ia hilang begitu sahaja.
Saya senyum lagi, kali ini mata saya makin sepet (sebab saya tarik)
Saya suka beg mata saya walaupun bagi kebanyakan perempuan beg mata adalah satu kehodohan. Tersenyum senyum saja saya bila terkenangkan beg mata saya. Kenapa saya suka?
Saya ada beg mata bukan sebab saya menangis duka macam dulu.
Saya ada beg mata bukan kerana susah tidur macam dulu.
Tapi saya ada beg mata sebab....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Saya sedang hangat bercinta!
Hahahaha...Iye. Pelik ke bunyinya kalau saya bercinta?
Tidak kan? Sapa suruh dia mengorat saya gila gila. Orang chill je dia plak hint dengan sangat obvious sekali. Tapi saya tahu, dia lebih sayangkan saya. Jadi biarlah dia melakukan tugas tugas khas yang sepatutnya. Saya nak chill sahaja dan tidak mahu menunjukkan saya pun (helleh!) boleh buat lebih best dari dia. Kalau dia betul sayang saya, kejarlah saya 7 lautan dan dakilah 7 pergunungan. Carilah saya di lembah hati yang paling dalam. Saya ada. Saya tengah tunggu dia dengan sopan (la sangat!). Kalau dia berani meredah lautan api dan membunuh naga (sian naga terakhir plak tu dalam dunia) untuk saya, apa sangatlah kalau setakat jumpa kedua ayahbonda kan? Kalau tak berani, selamat tinggal ler. Saya tidak mahu lelaki yang tidak berani, tidak macho dan tidak gentleman. Hendak kalu, buat betul betul. Tak ada makna la dating mating nih!
Hahahaha~@!
Sekian.
Dan saya rasa saya dah tahu siapa yang layak dapat dedikasi lagu yang dari dulu tidak bertuan ini. Walaupun dia tidak membaca (saya harap dia tidak membaca blog saya yang merepek cam kerepek ini) tapi saya nak pasang ID lagu panggilan dia dengan lagu ini.
Ya Allah~@!
Alhamdulillah. Syukran Ya Allah. Moga mendapat izinMu suatu hari nanti. Aminnn ya robbanal a'lamin!
Kepada dia yang menyanyikan lagu My Heart dengan gitarnya dan mencairkan saya setiap kali saya dengar nyanyian dia itu (ooops! sori ye. dia bukan artis Malaysia, tapi dia artis saya seorang yang empunya!), lagu ini menggambarkan awak dan perasaan hati saya.
(Terang benderang, lalalalala... mari menari ciken dance! Lalalalala~@! Kengkawan, mari buat ala kepak ayam dan menari nari la lagu apa ikut suka kamu orang semua)
Haaa~@! Saya dah tak betul agaknya. Lepas ni kena buat solat taubat sebab teruja melampau.
psst: Aku dah tak larat main layang layang, kena selalu melawan angin dan mengikut arahnya. Aku suka main gasing, tembak tepat kena sasarannya! Sudah tiada lagi main tarik tali bak muda mudi. Aku mahu terus jadi isteri kepada yang sudi.
4 comments:
ehem ehem
kenyit2**
^_^
good for you and am happy for you dear!
Taro:
Kenyits baliks.
Bel:
I hope this'll be the last & The Best!
insyaallah...but do remember not to put high hopes cause things are always out of our hands. Let it flow naturally babeh!
Post a Comment