Pages

Sunday, November 02, 2008

+..Cinta..+


[Baru lepas makan durian beli dekat roundabout sana]

Tadi lepas Maghrib, tak sangka Boe msg bagitahu Mak dia meninggal dunia sebab kanser buah dada peringkat 4. Innalillahi wainna ilaihi rojiun.. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang orang yang soleh.

Itulah Boe yang aku kenal. Apa saja yang berlaku pasti dia suka berkongsi cerita. Tak kisahlah dia busy macam mana sekalipun, dia pasti akan tanya perkembangan aku. Tak pernah pun dia nak leave me alone, incommunicado. He knows me well enough sampai ke akar dan tunjang hati dan benakku. Tak kata apa pun, dia tahu benar apa aku fikir. Sampai susah nak sorokkan. 

Bila fikir balik, kemungkinan dia beli CBR600 tu sebab dulu aku pernah kata kat dia, aku nak beli superbike. Sedari dulu memang aku suka naik motor (C70 je dulu, pastu belajar naik Mito 125cc punya clutch n gear). Pelik jugak bila Boe yang tak pernah tahu macam mana naik motor tu boleh rode the bike all the way from Singapore to KL. Boe ada bakat cepat belajar. Bagitahu je cemana cara dia, kalau dia nak, dia pasti boleh buat. Ingat lagi dia punya kutuk aku masa aku kata aku taknak beli kereta, tapi sebab mama, aku beli jugak. Dia kutuk aku sebab aku lagi suka superbike. Bukan je kutuk aku tapi kutuk sekali motor dan orang yang suka naik motor. 

Heh.

Tengok sekang kutukan dia dah termakan diri.

Mungkin Effi betul. Dia nak beli motor sebagai ganti aku (ganti aku?). Padahal kan ke dia dah ada Ranger, Vios dan Kancil? Membazir ke aku kata kat dia. 

Boe. Walau apa pun dia fikir, dia jugak yang putuskan hubungan dulu. Sebab takut aku jumpa orang lain kat Sarawak. Coward! 

Mungkin ke dia masih sayang aku? Walaupun aku dah cuba buat dia benci kat aku dengan pelbagai cara? Sms sinis dan sarkastik. Generalisasi lelaki yang suka mempermainkan perasaan? Buang masa dan tenaga aku je. Lebih baik begini. Single, happy (ye ke) dan murah rezeki. Kalau nak, nikah terus. Buang masa kenal, kawan dan bercinta. 

Entah.

Cinta arwah atuk pada nenek

Aku tau, kepercayaan aku pada lelaki makin pudar. Aku malas nak buang masa sejak Amir Akramin tinggalkan aku untuk kahwin dengan sepupunya dari Kelantan. 4 tahun kemudian, Boe hapuskan trauma aku. Tapi untuk apa kalau dia juga sama? Tak tahu buat keputusan dan tinggalkan aku atas alasan yang tak masuk akal. Susah untuk aku teruskan hidup tanpa kesan luka yang mendalam. Aku sangat rapuh sekarang. Jadi lebih mudah jika aku buat semua orang macam kawan perempuan aku. Platonik semata. Simpan saja perasaan ingin tu dalam dalam jauh dari timbul dipermukaan. Lebih baik sebab aku tak perlu lalui lagi saat sakitnya luka itu. 

Luka aku susah disembuhkan sekalipun pernah ada orang berjanji pada aku. Aku ingat aku masih punya harapan. Tapi nampaknya Allah uji aku lagi. Aku tidak mahu putus asa. Mungkin juga selain doa dan solat malam, aku perlu disembuhkan. Cari orang pandai pandai macam Paklong Jasni. Tolong tengokkan aku ni sebenarnya kenapa? Banyak kali camni, bila ada je tanda positif, pasti orang tu tak jadi. Lepas muhasabah diri, aku terima aku ni tak cantik dan slim macam model (aku memang gempal), tak punya mata cantik, aku ni mood swing, mungkin aku ada OCD dan depression. Tapi takkanlah sampai teruk benar kan?

Cinta Abah pada Mama...

Kalau aku bersih dari segala hasad dengki makhlukNya, aku berazam untuk ke sana juga suatu hari. Berdoa padaNya di Jabal Rahmah agar aku ditemukan dengan suami yang melindungi aku dari fitnah, yang memimpin aku tanpa jemu, penat dan putus asa, insyaAllah. 

Sebab aku percaya aku juga punya hak untuk bahagia...Aku betul betul mahu menyinta dan dicinta secara halal seperti  Nenek dan Mama.

11 comments:

Unknown said...

Amin.................

Ziarah76 said...

Insyallah, cik akan bertemu jodoh yang bagaikan pinang di belah dua... bahagian ke anak cucu..

Anonymous said...

Bel sgt suka setiap kali chee bercerita ttg Boe. Bila baca tu bel macam nampak chemistry yg kuat between you both. Then again bel ingat juga ttg en. abang yg sering menggantikan kisah boe. mana pergi dia chee?

takpe la chee...allah masih ingin menduga kekuatan jiwa chee. sometimeskan..hidup single are far better than couple. chee kena byk bersabar sebagaimana bel juga kena byk bersabar menangani masalah hidup suami isteri...wallahualam...

azharjaafar said...

Dari pengalaman aku; lelaki kalau betul-betul nak kawin dia akan buat sungguh-sungguh (jumpa keluarga, meminang dsb). Tapi kalau dia mengelak-elak bila cakap pasal kawin, baik tak usah.

Obefiend Weiland said...

your posting code is messed up. revert back to old one lah.

gege

Taichee~@! said...

Salaam semua...

PENDEKAR & Mutakalim,
Jazakallahukhaer. InsyaAllah, amin...

Bel:
Hidup single better than couple? I beg to differ. Sbb as perempuan Islam, aku terdedah pada fitnah. Aku nak masuk syurga senang macam isteri2 orang. Cuma jadi isteri yg solehah dan taat aje. Byk kelebihan menjadi seorang isteri begini, baik dunia maupun akhirat.

Azhar:
Anta betul. Jadi ana dah angkat kaki awal2. Lelagi kalau mamat tu dah menyepi lama. Takde khabar berita, takde usaha apa apa. Sekian.

Obefiend
Apa posting code yg messed up? Wek. sik maok

13may said...

hmmm....

salam chee...apa kabar?

:)

Anonymous said...

Mungkin bukan tiada kasih sayang tapi masih belum bersedia menempuh hidup berdua.

Mana mungkin frienship yg terbina dilupakan begitu sahaja walaupun ada perselisihan pendapat.

Marlb

Fazia rina said...

ASSALAMUALAIKUM FWEN.. LAMA TAK DGR BERITA... HURMM I USED THIS SITUATION.. LAST SKALI MY EFFORT IALAH MINTA TOLONG ABAH (WAKTU TU MAU BERANGKAT NAIK HAJI) AGAR DOAKAN AKU NI JUMPA DGN ORG YG PALING BAIK DAN SESUAI UNTUK AKU.. ALHAMDULLILAH.. DOA ABAH MAKBUL... JGN PUTUS BDOA DAN BERUSAHA MENCARI COS.. SI DIA DAH ADA.. CUMA KITA TAK TAU SIAPA, DI MANA DAN BILA.. BYK2 BERDOA DAN BERUSAHA.. INSYALLAH...
(PESAN NENEK AKU...)BYK2 SOLAT ISTIKHARAH N SOLAT HAJAT...

Anonymous said...

chee...
betul kata chee mudah masuk syurga bila jadi isteri yang taat dan solehah. Samada single atau isteri org masing2 ada dugaan yang tersendiri. Ada waktunya bel rasa sangat susah untuk menjadi isteri yang solehah. Sering saja rasa diri bukan yang terbaik untuk suami. Andaikata chee, kita dpt jodoh yang bagus...mungkin ia akan memudahkan kita untuk jadi solehah dan taat. tapi seandainya kita di takdirkan untuk di duga, sukar sungguh untuk mencapai status taat dan solehah tu. Tapi bel kagum dengan chee. means you kuat semangat untuk harungi dugaan. Moga chee di pertemukan dengan suami yang betul sesuai agar chee dapat mencapai matlamat chee. Amin.

Taichee~@! said...

13 May:

Sehat alhamdulillah :)

Marlb:

Haah. Memang tak bersedia lagi dan TAK MAHU Hidup berumahtangga. Hendak SERIBU DAYA. TAK HENDAK SERIBU DALIH.

Yeah. I guess we just stick to the "FRIENDSHIP" part aje. No more heartaches. Bagus lagi berkawan dengan orang2 berilmu. At least dapat Ilmu yg bermanfaat.

Siti:

waalaikumussalam. Mak bapak aku insyaAllah doakan aku tiap kali solat. Aku pun doa jugak. Adala tu hikmahNya. Sekarang ni aku kena kuatkan hati dan semangat aje. Me Against the world. Motivasi?

Mama dan Abah juga. Dan doa ikhlas kengkawan lain...alhamdulillah dan insyaAllah.

Bel:
Nak jadi isteri solehah bukan saja pada suami, tapi bila ada kemahuan di situ ada jalan. Even ada doa isteri solehah yg makbul nak men"solehkan" suaminya...

Berdampingla dengan ustazah, selalu carik ilmu dan tanam kat dada. Sebab tu harta kita boleh claim kat akhirat kelak. Ujian Allah bukan datang sbb nak susahkan kita, tapi nak uji sejauhmana taat setianya kita pada Dia. InsyaAllah, kalau doa tak makbul lagi, bukan sbb Dia tak sayang, tapi Dia nak dengar lagi dan lagi, nak tgk kita jgn putus asa. Dan mungkin jodoh yg TERBAIK Dia simpan, andai kata kita benar2 redha dan sabar.

InsyaAllah..There's always the First Step. Mulakan dengan yg asas.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails