Saturday, September 06, 2008
+..Kalau Dah Berhajat..+
Popia ini tidak hensem lagi kiut.
Tapi alhamdulillah hajat nak kasi Mak Enot dah pun terlaksana dengan izin Allah.
Mak Enot takde kat rumah, tapi Yati ada, so aku kata sharing is caring. Pandai pandailah dia simpan sikit tok mak dia lepas sungkei ngan jiran dia tu.
Aku masak puluhan popia jugak la. Sempat mandi lepas tu, solat and bawak Obit speeding ke Siol Kandis (ye. nama Kampung tu macam tu. Jangan konar ye!). Amazingly dalam 15 minit aku sampai. Heheh..Balik umah je, sempat buat Milo and buka. Alhamdulillah...
Isi dia ikut resipi Mamaku.
1. Udang dicincang halus (aku pakai 15 ekor udang saiz M)
2. Bawang besar seulas juga dicincang
3. Sengkuang ikut ler banyak mana udang tu
4. Mix Vege
5. Garam secukup rasa (ni kengkadang aku fail salunya terlebih hehehe)
So gaul semua dan bungkus lam kulit popia. Gamkan dengan telur. Satu lagi kan, aku fail bab melipat lipat ni. Thats why aku benci bungkus gift. Heheh. Malas. Kalau Taro and Piko ada, aku serah tugas gulung popia ni kat diorang.
Rupa popia ni memang fail. Tapi rasa dia, bagi tekak aku alhamdulillah sedap. Aku ingat akan terlebih garam lagi macam aku masak apatah hari tu. Maklumlah posa kan..(Orang kata terlebih garam maknanya orang nak masuk minang, ye? Helleh, orang dah banyak kali termasinkan lauk takde pun sorang manusia nak?)
"Ala, Pa tau awak suka masak, kan..."
"Cemana Pa tau?"
"Sebab...emmm...sebab...."
" Sebab apa?"
"Sebab awak tembam! Awak suka makan kan?"
"Hehehe...yelah agaknya. Tembam yek...hehehe" Gelak goling goling
"Untungla sapa dapat awak kan? Sebab tu la, Pa carik orang cam awak...sebab Pa ni kurus!"
"Ala...Pa kalau tembam pun best apa. Mesti lagi comel cam beruang teddy"
"Badan Pa tak pandai tembamla. Puas dah makan ha..kurusss jugak"
Pa = Azim. And he never fail to call me every sahur and iftar. Suka no tanya kita makan apa. Sebab dia pun hantu makan gak! Elemek bahaya ni kalau dah orang kata aku tembam. Masa kat KL aku slim sikit. Adeh...happy agaknya yang membuatkan aku tembam. Makan cam biasa je.
P/s: 8 igek popia di atas nun, aku sorang yang punya! Kalau ada Abah, Taro and Piko, komfem kena buat lebih sebab semua berebut. Hahahah.. (I miss buka posa with them all! Uhuhu). Tak feel ler buka tak berebut rebut..
pp/s: Esok aku fly ke Sibu. Boleh sungkei umai! Wuhuhuhu..Pastu, ada buka posa ngan customer and SM aku. Tulatnya, majlis buka posa Kuching, dingdongnya (selepas tulat apa ek?) majlis buka posa Product Handling aku kat Mukah. kedebak kedebuknya (selepas dingdong) buka kat Sibu lagi! Wahahah makin tembam la aku jawabnya. Wahhaha...~@! - pedulik apa aku. Aku memang suka makan! Lallalala~@! Happy happy joy joy
Labels:
Aku Yang Merantau,
Ramadhan,
Resepi Aku
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
wah..balik ke kuching nnt..cuba try timbang berat.. :)
Huhuh...
Baru balik dari makan di Paramount Sibu. Fuh! Tatahan...
1. Ikan Semah masak stim
2. Ikan puput masak stim
3. baby kailan goreng ngan kelapa (nyaman! tak pernah rasa kat semenanjung)
4. mixed vege ala cold dish
5. sup
6. kambing goreng pepper (ni makcik skip!)
6. buah mangga n nenas
7. Jus dragon Fruit putih
Ni tgh tunggu the guys siap nak bawak minum mengopi mengeteh ngan other dealers. Ikutkan malas. Tapi dah Boss pun ada...terpaksa ler...
n ini baru malam pertama. huhuhu
Post a Comment