Pages

Friday, September 19, 2008

+..Bulan yang Paling Sibuk~@!..+


Poison letter from Israeli children to dead Palestinian Children


Yahudi yang Pengecut! Semoga Allah melaknat Yahudi yang zalim


Kemenangan Palestin adalah pasti! Itu janji Allah. Allah tidak pernah memungkiri janji


[Hujan lebat di luar, 10 malam terakhir Ramadhan dan aku peok!]
[sambil kedengaran ustat Ikim ngaji untuk aku dari corong radio 93.7]


Alhamdulillah...


Akhirnya aku dapat juga nak berblog dari rumah. Sejak 1 Ramadhan, memang jadual ketat ke sana ke sini buat itu dan ini. Mesti ada orang nak tanya, "Aik? Bulan puasa takkan nak sibuk?"
Aku jawab balik, "Aih! Bulan Ramadhan ni lah zaman Nabi dulu pergi Perang tau! Apa sangatlah busy saya ni haa..."
Hehehe...

Bulan Ramadhan bulan yang kena kerja overtime, jangan buat sekadar separuh masa, tapi overtime! Kalau selalu solat fardu cun cun lepas doa sambung buat kerja, apa sangatlah kiranya kita buat solat sunat qabliyah dan ba'diyah? Solat sunat di bulan puasa ini kan pahalanya seperti buat solat fardu? Rebut peluang ni adik, abang dan kakak oiii...
Lepas tu, kalau boleh dalam sehari habiskan satu juzuk (ini memang tak tercapai lagi, setakat malam tadi, aku baru sampai surah Al-Haj, lepas tu aku dilanda banjir!). Apa nak susah, sebelum sahur, dan tiap kali solat fardu, bacalah Quran tu. Malam lepas terawikh, sebelum tidur, tengok balik tafsir Quran, apa yg kita baca tadi? Bunyikan jam sekurang2 nya 1 jam sebelum sahur, boleh buat macam macam lagi...

Kalau lah agaknya, pahala ganjaran bulan puasa ni Allah nampakkan seperti emas ke, duit ke,
dan ramai orang buat, entah entah dah ramai lagi kaya raya dari Warren Buffet atau Bill Gates. Maklumlah, benda yang kita tak nampak. Manusia ni visual. Selagi tak nampak bukti dan tidak mahu berfikir selagi itulah dia akan tenggelam hanyut dan bergelumang dengan dosa. Oppps! Aku ni bercakap tentang diri aku yang dulu ye. Sapa yang terasa tu sebab kita ni semua manusia.
Memang dah sifat manusia ni serba lemah dan pelupa.Tak terlambat untuk kita cari jalan kembali padaNya.

Padahal banyak bukti dan signature series Allah SWT di setiap makhluk dan kejadian alam. Selagi kita tak kembali kepada fitrah kita menyembah Allah, selagi itulah manusia ini berada dalam kekacauan jiwa dan chaos. Sentiasa berasa kosong dan sunyi. Sentiasa rasa tak cukup, sedih, dan emosi. Semua itu antara pintu yang terbuka luas untuk syaitan (yang direjam) masuk ke hati dan take control of our lives. Everything we do is being controlled remotely by syaitan. Jangan tak tahu bahawa nafsu kita pun makhluk Allah juga. Kalau tak didik nafsu, nanti nafsu yang kuasai kita. Padahal kita tuan dia. Sebab itulah aku kalau berbuka, aku masak. Aku tak pergi ke bazaar, takut membazir. Bukannya sedap mana pun...


Alhamdulillah...
Aku dah banyak masak untuk jiran aku, si Pezal dan Kubal. Lepas balik dari Sibu je, aku masak

1. Spagheti ayam keju dan ayam goreng

2. Begedel daging dan sayur campur

3. Nasi goreng cendawan pedas dengan keropok Ganu, beserta cekodok bawang ikan bilis rangup

4. Mihun sup daging dan mihun goreng pedas
5. Sotong goreng tepung and broccoli rebus butter. (haah! Fatty tapi sedap dan aku yang nak makan)

Maklumlah orang perempuan ni, kalau datang PMS, mood dia dinamik asyik berubah dari bulan ke bulan. Bulan Ramadhan ni, mood aku ni bertukar menjadi sangat rajin nak masak, sebab aku nak makan sedap (aku yang rasa sedap). So rezeki la si Pezal & Kubal dapat makan apa yang aku masak. Sampai si Pezal cakap, "Kau ni bila masak mesti happy kan?"

"Mana kau tahu?"

"sebab kau rajin masak and panggil kitorang makan"

"Yelah, makan sorang dah berbaloi la beb"


Oh! Sori ye. Gambo takde sbb malas aku nak amik gamba. Orang nak buka lagi, nak solat lagi...kuaser nak ambik gambar. Kat opis aku sepanjang Ramadhan ni jam 4 pm dah balik. Usually, aku balik dalam 420 camtu, mandi, solat dan terus masak. Wahh...rasa happy pulak dapat jamu jiran sungkei umah aku. Macam family dah kitorang (sebab aku rindu famili aku)


By the by, pejam celik pejam celik, dah pun 6 bulan lamanya aku di Kuching mencari rezeki. Alhamdulilah...


" List down what you have learnt/ acquired for the past 6 mths & also list areas that you need to be coached in the coming mths to enhance your competency. Complete form 4 discussion tomorrow
"
Sms dari Boss aku di KL.

Wahahaha...aku ingat Boss dah lupakan aku masa dia pegi meeting ke KL dari 15 hb hari tu. Kebetulan HR sana call aku pasal suruh sain surat revision which I never received. Kebetulan aku cakap, aik, bukan revision tu untuk confirmed staff aje ke? Akak HR tu kata, aku dah memang komfem, tinggal nak bagi surat suruh GM sain je. Aku bertambah hairan la. Sebab Boss tak pernah discuss apa apa. Macam work backwards pulak. Heheh...apa apa pun, aku dah mintak mama dan baba doakan aku dapat confirm. Kalau tak confirm pun, maknanya, belum rezeki lagi, tambah je lah 3 bulan probation, hehehe...apa nak risau? Allah yang bagi rezeki kerja aku di sini, kita mintaklah Allah komfemkan keje kita. Bukan nak harap pada manusia, manusia ni sebagai penyampai aje. Yang bagi Yes or Postponed and Deferred (for a better package) itu Allah. Allah kan Maha Kaya, Maha Pemurah mintak aje padaNya.

Pagi tadi mintak pendapat abah pasal dia biasa mengkomfemkan orang dulu. Lepas dengar nasihat dia baru aku dapat idea cemana nak buat form yang sepatutnya Boss aku yang buat (sepatutnya P&C, tapi dah Boss suruh aku buat, aku isilah dengan keyakinan yang tinggi).


"Jangan kamu letak still learning/ still trying pulak...form macam tu kena masuk bakul angkat sendiri. Kalau tidak, elok jadi fresh grad staff aje..."
Abah pesan.

Rupanya Boss aku tak dapat masuk opis tadi. Dia suruh aku emel je. InsyaAllah as soon as dia emel kat HR about my job confirmation tu, HR akan bagi surat pada aku. Surat komfem/ tak komfem dan kalau komfem, aku dapat surat revision lagi. Kalau ada good news, maknanya, bertambah lah rezeki aku dan famili aku nanti, insyaAllah. Mintak mintak Allah perkenankan doa aku nak hapuskan riba. Tapi kan, kalau ada yg bijak lagi terroris kat luar tu, cuba you all bayangkan, cemana nak beli rumah tanpa interest? Nak beli cash tak mampu. So how? Ada idea ke? Hmm...daripada aku fikir camni, elok aku baca tafsir.

My question will be answered naturally later once I'm ready to buy my own home sweet home.


20 Hari dah berlalu...

10 Hari lagi nak ucapkan selamat tinggal Ramadhan,
Oh! Jelesnya kat Taro sbb dia peok awal awal. Bolehlah dia lipatgandakan usaha mencari Malam Lailatul Qadar...Oh! Sedihnya aku..Aku harap peok aku cepat habis.

Macammanalah agaknya Umat Islam Palestin menjalani ibadah di bulan Ramadhan ye? Sedih aku bila memikirkan kekejaman Yahudi kat sana. Nabi pun dia sanggup bunuh dan fitnah...apa lagilah manusia biasa. Kan best kalau aku jadi warga Palestin kan? Senang nak mati syahid kerana Allah. Warp 7 terus ke syurga...Apa yang kita boleh buat jauh di Malaysia ini ialah sentiasa infakkan harta pada mereka untuk terus berjihad, dan sentiasa panjatkan doa agar Allah beri kemenangan dan kembalikan bumi Palestin pada diorang. Oh Yeh. Aku dah bersara dari Starbucks yang memberi dana kepada Zionis. Apa aku buat? Aku buat kopi Mocha sendiri kat umah. Oh! Lazat. Duit RM12 tu, aku simpan. Mana tau, duit tu aku infakkan pada saudara saudara kita yang tak takut mati kerana Allah Taala...

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar).” Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan pendorong bagimu.” (Al-Qur’an Al-Kariim, Surah Al-Baqarah: 120)

2 comments:

Unknown said...

kanaz, broccoli rebus tu, tak yah letak butter pon tak pe. ganti bubuh VIRGIN OLIVE OIL. sedap ooo. berkhasiat lg :)

Taichee~@! said...

Ye ke?

Tapi tak rasa lemak berkrim disukai tekak ku...Butter + Salt + Brocs = Superliciously yummmm

Heheh..
Nanti kamu masak k!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails