Ketika malam menegurku
Di dua pertiga malam
Ketika mata terlelap
Dengkurku senyap
Terpinga pinga aku menonton gelap
kebas dari segala kebijaksanaan
Kaku ditempat perbaringan
Akulah sipemalas itu
Yang menarik gebar nyamanku
Terus menutup telinga
Bingit mendengar hening
Mencuba memejam mata
Tanpa usaha dan daya
Untuk bangkit berjumpa denganNya
Episod II
Pagi datang menyapa pipi
Di waktu yang lewat
Mengeluarkan aku dari mimpi
Terkocoh mengejar solat
Terlupa nikmat dan rahmat malam tadi
Sewaktu Yang Maha Majikan memanggil sepi
Alangkah jahilnya aku
Akulah orang yang rugi
Taichee
"Malam Tanpa Lelap Siri 1"
1215am
15 Ogos 2008
1 comment:
tak terkomen aku :)
Post a Comment