Menunggu dipanggil masuk, tak tau ke nurse dan dr ini, aku tersiksa...ohoho...agonizing wait beb.
Di atas kerusi yang serba tak selesa ini, aku plan nak baring sambil baca buku pasal Vampire.
[at home, just had roti cicah milo]
Pagi Subuh tadi aku dah terasa badan dah panas semacam. Air wudhuk tu terasa sangat sejuk macam kat Artik. Bila sujud, terasa kepala sangat berat, mata sakit macam nak terkeluar dari soket. Hidung dah tersumbat. Tekak dah rasa macam ada batu.
Lepas subuh, aku tido balik atas katil hujung minggu aku. Tarik comforter sampai kepala sebab tak tahan sejuk. Stokin dah pakai, baju lengan panjang dah, tapi masih sejuk macam pergi Beijing hari tu. Aku sambung tido sebab mata aku pun rasa berat semacam je.
Dalam tengahari, aku mandi. Punyalah siksa nak mandi sebab air tu sejuk gila. Buang air dah terasa panas semacam. Semua dah panas dah sekarang. Nak telefon si Kubal dan Fezal, aku tau diorang tengah pegi kenduri. So aku gagahkan diri bawak Obit pegi cari kedai makan dulu. Baru aku cari klinik panel ING dekat ofis. Ala dalam 10 minit je perjalanan. Tapi aku rasa Obit yang bawak aku time tu. Kan best kalau ada auto pilot kan?
Sampai klinik pulak macam menunggu like forever. Nasibla aku bawak The New Moon untuk dibaca. Tapi nak tau? Aku rasa macam nak baring je atas kerusi tu sebab tak tahan.
Terfikir jugak aku. Apa salahnya demam teruk sampai terasa sakit ke tulang temulang macam ni, jika dibandingkan dengan aku kena bayar balik shortage harga Si Hati Kering semalam? Atau lebih teruk lagi, tak dapat disahkan kerja, dan kena buang kerja sebab hal macam tu?
Mungkin juga Allah nak uji aku tahan ke tak dengan demam macam ni. Macam kita barter trade dengan Allah. Tapi setiap urusniaga kita dengan Allah, pasti mendapat keuntungan yang berlipat ganda. Abang pernah kata, kalau kita nak sangat sesuatu benda tu, kita mintak dan mintak macam seorang anak kecil yang nak main hujan, tapi tidak diberikan ayahnya. Tapi bila akhirnya si ayah membenarkan, maka anak itu akan jatuh sakit.
Aku rasa analogi aku sekarang macam tu. Aku terlalu bersungguh sungguh mahukan satu kemudahan untuk menyelesaikan masalah aku. Sampai hilang sore aku semalam asyik menangis, mengaji dan berzikir. Seolah olah aku paksa Allah selesaikan segera masalah aku. Mungin asbab aku terlalu teruk bersedih dan meminta pertolongan Allah, makanya aku abaikan kesihatan aku sendiri. Aku tak makan sedari tengahari Khamis sampai ke jam 10 hari Jumaat. Tidur pun tak dapat. Kalau boleh aku nak sujud dari Maghrib ke Subuh besoknya. Asbab kerisauan yang amat, takut aku dibuang kerja.
" Well, you must have been dissappointed right?"
"Why?"
" Because people who have sinuses tend to get sick quite often, you're having tonsilitis. It's connected and that explain why you get this fever. "
"Nope. I'm not dissapointed Dr. But quite relieved..."
"Interesting..'
"Yeah really. I've been trying to avoid being sick by taking my Redoxon Vit C Soluble. Sometimes we need to get sick justto be reminded to kick back, relax a little. You know, enjoy and appreciate our life more. Maybe I work too hard."
"Maybe Chee. Well, I can see that you're having a very fat book there."
Belek belek buku aku dan tengok harganya.
"Purposely bought it, worth every ringgit for it thickness."
" You can just enjoy readingthis at home, take a good rest, its a long weekend by the way."
" Hmmm...Happy Merdeka, Dr!"
" Happy Merdeka Chee..."
3 comments:
dr tu nak ngorat anaz ekk?
haha...peramah semacam jerrr...
hehhe...
selamat berpuasa chee!
:)
Encek Kenshin:
hehehe...
Nama Dr tu, Dr Bavitha ok. Dia seorang perempuan.
Encek 13may:
Selamat Berpuasa jugak! Jangan lupa perbanyakkan ibadah lain, ngaji, solat sunat lain, zikir, sedekah ok!
Post a Comment