Pages

Tuesday, July 22, 2008

+..Perhimpunan Budak Budak Semenanjung Sarawak..+

[Ha! ko...amik. Dua entry sekali aku buat untuk lepas geram]

Kedengarannya agak poyo, kan?

Sebenarnya cuma kami berlima, cuma aku seorang sahaja perempuan. Perhimpunan ini merupakan satu afterthought atau impromptu kerana kebosanan aku melihat peti sejuk yang penuh dengan ikan ikan sumbangan Loren dan Wong. Aku dah cakap, jangan bagi banyak. Lagi banyak, lagi ada. Tapi takpe, ini merupakan rezeki kawan kawan juga.

Mengikut telekan Boe, ini merupakan ikan Delah. Adik beradik kelah ke? Ikan ini banyak tulang, rasanya lemak dan manis.

Ikan Bawal Hitam, kurus sikit daripada bawal putih.

Udang besar, saiz 10-20 sahaja dalam ni. Ini merupakan kesukaan saya.

Jadi pada hari Sabtu baru ni, 19 Julai telah berlangsung acara perhimpunan aman dan kenyang di Cool Pod aku. Tapi kan, yang paling sadis, aku masak secara solo. Tiada seorang sous chef pun kelihatan. Makan terpaksalah aku bergelumang dengan herba, bahan mentah, periuk belanga dan minyak keseorangan. Takpe, kena bersedia untuk menjadi surirumah sehebat Siti Khadijah r.a dan Siti Aishah r.a. Apa sangatlah memasak ni, kan jika dibandingkan kesukaran mereka disisi Rasulullah SAW?

Rumah aku yang jauh di sinun. Entah bila kolam renang tu nak siap? Gambar menjelang senja di Kuching.

Sebenarnya niat dihati nak masak Ikan Delah masak black pepper Sarawak. Tapi kan, aku rasa buat sweet and sour lagi sedap. Heheh tekak orang PMS memang camni. Hahaha..Kepoyoan. Jadi aku masaklah Ikan Bawal Stim Style Cina dan Ikan Delah masak Sweet and Sour. Inilah hasilnya. Udang tu pulak aku basuhkan garam je, terus goreng! Sayur brokoli tu aku rebus guna butter dan garam. Ha! Siap! Uhuhu...sambil aku menaip ni sambil kecur air liur sebab aku berpuasa hari ini.

Mana yang dalam bekas polistrin tu, si Zam dan Haf bawak dari projek komuniti "Mari Memasak bertema Ayam". Membazir je. Nasib baik ada Comel kucing ku.

Geng geng Semenanjung. Feroz, Kubal dan Zam. Dorang ni semua duduk berdekatan Fab Crib aku je.

Lampu sape yang aku rasa cool. tu yang sebelah kanan tu, peluru sumpit. Sumpitnya aku dah gantung atas jam Ikea kat dinding.

Menyesal aku tak snap gambar post makan. Sebab diorang terbaring sekor sekor kat atas sofabed aku, tengok cerita Gladiator. Aku pulak masa tu, sibuk borak ngan En. Abang. Malam pulak, aku tengok Dark Knight dengan Feroz, Kubal dan Haf kat Pelita. Wayang yang bisa membuatkan telinga aku berdarah darah asbab sound system yang low ya!

Dari dalam Pelita. Movie 10 minit selepas Maghrib. Kerusi cam err..sebab tu tiket RM10 berbaloi untuk cerita 2.5jam. Sebab sound system hampeh!

Tak sabar aku nak tunggu GSC berlabuh kat The Spring. Dengar cerita tahun ni juga siap. Huhuhuhu...Bring it ON GSC!!

Jadi, begitulah laporan aku untuk Perhimpunan Aman Budak Budak Semenanjung di Sarawak ini. Sekian. Majulah panggung wayang di Sarawak! Agi idup agi ngelaban, rumah kata pergi kubur kata mari (wayang tulah, dan aku pun sama). Hehehe.. (tah hapa hapa tah)

Besok, aku masak sotong masak kicap style Mama. Ni masakan berbuka aku. Huhuhu...Alhamdulillah..

2 comments:

13may said...

waaaa....ko pandai masak rupanya :)

Taichee~@! said...

Takla...

Aku ikut buku masak. Aku masih banyak perlu belajar sekurang2nya cam Kak Aya. Aku memang masak tak sedap lagi. Biasa je.

but thanks for the compliment.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails