[Andai Kutahu - UNGU]
Alhamdulillah, syukur aku ke hadrat Allah kerana dipanjangkan usia untuk bertaubat, meminta ampun dan mensyukuri nikmat yg diberi olehNya. Alhamdulillah.
14hb, on the eve of my annual birthday tu, Dak Yati dah invite aku makan di rumahnya. Rupa rupanya bertuah budak tu buat surprise party untuk aku. Terharu aku sebab satu family dia susah payah masakkan untuk aku dan makan sama sama. Hisk...budak ini.
15hb Mei, hari bersejarah aku tu, baru aku perasan aku juga dilahirkan pada 15 Jamadil Awal, 32 tahun dahulu. Padanlah aku suka sangat dengan nombor 15. Bangun pagi tu, selepas solat Subuh, aku solat syukur kehadrat Allah. Malam sebelumnya, selain Encik Abang telefon dan wish aku, brader Azmi, (macam abang angkat akula masa di SIRIM- coach badminton aku) pun siap hantar mesej. Aku off henfon malam tu sebab aku taknak tidur dan terganggu kusyukku berjumpa dengan Rabbku. Hehehe... Besoknya selepas subuh, aku berpeluang untuk solat sunat syukur kerana memanjangkan usia untuk aku bertaubat, mensyukuri nikmat dan rahmat Allah. Piko dan Mama pun dah call aku pagi pagi.
Pagi 15 hb tu, aku dapat emel dari Boss aku yang berada di KL. He wished me. oohhh! Blush. Tak sangkanya Boss akan wish aku. Sibuk sibuk aku, terpaksa berlari jumpa Dr Hanipah, dentist aku di Jln Astana. Her nurse pun wish aku pagi tu, cakap, "Aik, scaling gigi ni sebagai hadiah ke?" Senyum je aku. Yang pasti, gigi aku lepas buat scaling tu dah cantik sikit la.
Malam 15hb, badan aku dah terasa tak sedap. Air hidung aku meleleh macam aku ni drug addict. Tapi aku terpaksa juga bersiap nak ke Sibu malam tu (lagi?) asbab 2 meeting penting. Sampai Sibu tak sah kalau tak lepak ngan customer di Century, sambil minum teh tarik dan makan Sup Power. Malam tidur lambat lagi (padahal badan dah tak tahan)
Pagi 16hb, my body temp soared so high, my eyes and nose were already watery. Jaket tebal pun tak bermakna sebab I was still shaking kesejukan. Apa nak buat? Work is work. Sabar jelah. Petang sambung meeting lagi. Malamnya, my Kuching team jumpa customer, as usual makan di Seri Muara - restoran yang menghidangkan fresh seafood. Fuh! Memang selera tekak orang demam. Ikan sungai apakenamatah, dimasak stim yang lazat, beserta sotong goreng tepung dengan salad dressing. Tu tak masuk sayur sayur lagi. Sepanjang aku menikmati makanan orang demam tu, sambil aku borak dengan customer customer, sambil aku tutup hidung dengan tisu sebab my occasional bersin turbo jet. Sampai customer suruh minum teh cina la, makan lagi la apa...rimas aku. Tapi itu juga menjadi sebab aku diexcusekan untuk tidur awal dan tak perlu join lepak di Peppers, Tanahmas. Kalau tak mahu jam 2 tak tidur lagi. Alhamdulillah.
Balik dari Sibu pada 17hb tu, aku terus pegi Klinik. Lepas makan dan ambil ubat, aku pengsan sampai petang.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
SELF GIFT INDULGENCE: SPLURGING AT ITS BEST
Well, yes, I know how crazy I am when it comes to splurging. Cumanya sekarang aku nak splurge pun mesti ada sebab, macam
a) Purse aku koyak
b) Baju kerja labuh tutup pinggul aku tak banyak
c) Pakaian dalam aku dah about to be disposed plus sports bra ada satu je
d) Tali pinggang aku koyak dua, The Only pulak tu
e) Beg Kerja yang okay, besar dan lebih mantap
f) Seluar pegi jenjalan aku yang dah fade gila
g) Modem 3.5G yang memang aku kena ada asbab aku ni road warrior, dan aku perlu connect to my office system for monitoring and updating. (ala lagipun boleh claim)
h) Socks kerja aku nak tutup aurat
So, entah cemana hari yang bertuah itu, aku pun splurged di The Spring dengan perasaan yang gembira. Semuanya atas nama hadiah birthday untuk diri sendiri. Mesti happy agaknya salesgirl dan salesboy di Parkson tengok aku shopping.
Do not worry. Aku bershopping dengan discounted prices. Macam modem Celcom 3.5g tu, aku subscribe 18 bulan and the modem came FREE. Baju Valentino Rudy, diskaun 50%, baju The Executive tu memang dah murah. Beg Sembonia 50%, purse err...hehhehe, it was a new item, so no choice sebab aku jatuh cinta terus dengan purse itu. Socks ada 30% diskaun. Bra dan undies ada diskaun gak, malah dapat satu undies percuma (err...sebab kena ada certain target membeli), seluar UCB suede kaler coklat yang besar pehanya tu pun ada 70% diskaun. Belt MNG kulit tu je yang takde diskaun, tapi aku dah berkenan sebab kaler coklat dan kulit (belt PVC aku yang putus dua tu, cap ayam beli kat OU).
Aku rasa dah puas plak shopping untuk first quarter ni. Sebabnya, dari barang rumah membawa ke barang diri fuhh....baper banyak tu? Tak boleh ikut nafsu ni (tapi kan, bukan nafsu tapi keperluan). Sudah sudahlah tu. Rumah dah complete. Sekarang aku boleh concentrate menyimpan. Nak beli rumah plak ni. Ok, fine. A house is for the husband to provide, kan supposedly? Tapi kan, sampai bila aku nak tunggu orang masuk minang? Later on, bila dah kahwin nanti, reimburse jelah semua, boleh tak? (Encik Abang? Ok tak? Kalau tak ok takpe, nanti carik prospek suami lain - heheheh :p)
Nothing big happened during my birthday pun. Malah aku juga yang mengingatkan diri sendiri dulu tentang betapa dekatnya aku dengan MATI. Entah Allah terima atau tidak akan taubatku? Geng geng KL dah wish aku melalui mass emailing.
So what's so big about hari kelahiran aku? Bagi aku, tak ada maknanya sambut hari lahir jika kita masih kufur dengan nikmat Allah, masih tanpa malu nak buat dosa dan maksiat, masih tak sedar dunia kita sebenar bukan di dunia ini, tapi di akhirat. Astaghfirullah...
Aku bukan seorang Muslim yang sempurna. Masih banyak benda yang aku perlu perbaiki. Masih banyak perkara yang aku perlu pelajari dan amalkan. Astaghfirullah...masihkah ada waktu dan ketika untuk aku membuat semua itu? Masihkah sempat aku? Ya Allah...kasihanilah aku Ya Allah. Jangan kau tarik nyawaku di saat aku belum sempat berbuat apa apa.Engkaulah Tuhan yang Maha Kaya Ya Allah. Engkaulah Rabb yang Maha Memberi Rezeki dan Rahmat. Apa sangatlah permintaan kerdilku untuk kau temukan aku dengan suamiku? Agar aku menjadi isteri yang solehah dan taat. Agar segala amal ibadahku sebagai seorang isteri dan ibu itu mendapat redhaMu, Ya Allah? Agar aku terlindung daripada fitnah dunia dan meningkatkan lagi iman dan taqwaku kepadaMu ya Allah. Berilah aku seorang suami yang bakal menaja syurgaku, Ya Allah, bukan suami yang mengheret ke lembah api nerakaMu. Sesungguhnya aku adalah makhlukMu yang sangat lemah tanpa pertolonganMu. Makhluk yang tiada daya dan ilmu yang sangat sedikit tanpa izin dan rahmatMu.
Sesungguhnya, hadiah terbaik untuk diriku sendiri bukanlah pada dasar material, baik purse Coach, kasut Manolo Blahnik, barang kemas intan berlian, kereta Golf R32 atau rumah banglo siap dengan pembantu rumah. Bukan! Jauh dilubuk hati yang paling dalam. Hanya satu yang kupinta kepada Rabbku. Seorang suami yang soleh yang boleh membimbing dan menjaga aku. Itu sahaja Ya Allah.
Hanya seorang suami...
InsyaAllah.
Wamakaru wamakarallah
Wallahukhairul maakirinn...
Amin..
4 comments:
purse koyak?
teruk sgt ek?
asben saya sedia rumah utk kami...yay! (Alhamdulillah...)
walaupun kecik,tapi saya sgt soka pasal kami ada rumah sendiri...ehehe
> taro:
Takdelah teruk sangat, ala bahagian depan tempat syiling luar tu, memang ternganga, asbab didera sebegitu teruk dengan resit, duit kepuk kepuk singgit dan syiling yg byk tu. Jadi kureng hemsem. Tp sayang lagi purse montblanc tu. Masih simpan lagi. Sayang wooo...
> dilot:
tulah bagus betul si anas tu kan? bertuah yek kamu dpt dia? kawen terus cuci kaki je, hehehe. rumah dah complete set dah, siap ada mesin jahit lagi...syukur alhamdulillah...
kak naz::ALhamduliilah...rezeki baby juge!
Post a Comment