Hehehe.. Jika kamu merupakan salah *seekor* rakyat chimpanzee di atas... Aku cuma kasihankan kamu semua. Allah beri kamu semua OTAK yang letaknya paling tinggi daripada semua anggota tubuh badan kamu. Tapi kenapa kamu tak hargai OTAK (guna akal) yang ada? Betulkah kamu bukan *seekor* chimpanzee?
Tapi, kenapa kamu tidak mengundi? Kenapa kamu takut sangat dengan suatu PERUBAHAN? Tak mengundi kerana kononnya tak yakin dengan sistem? Buat apa cara sekalipun, ia tidak akan berubah? Atau... kamu sendiri ada prinsip ideal kamu sendiri yang hanya KAMU nak buat dan laksanakan? (Mungkin dalam mimpi dan fantasi, alam berangan?) Ish ish ish...kasihan kamu yang berfikiran begini. Kenapa jumud sangat? Kalau tak tahu, belajar. Bukan belajar sejarah saja, bukan belajar ekonomi saja, bukan belajar Matematik dan filasafah semata. Belajar dan jadikan ilmu kamu itu suatu yang Allah-centric (berpusatkan/ berpaksikan keredhaan Allah).Ayat di atas, maksudnya:
Wahai Allah engkaulah tujuan ku, dan keredhaan Mu lah yang aku tuntut.
(Diberikan oleh seorang yang aku sayang...Syukran Jazillan)
Bukan saja ilmu, malahan APA SAJA yang kita buat di dunia ini, adalah Allah-centric (maaflah kerana mengecewakan golongan sekular!)
Apa-apa yang kamu belajar di dunia ini, kamu kena aplikasikan dan laksanakan. Itu baru ilmu dan amal. Ilmu yang BERMANFAAT! Fahamkah? Tidak. Aku bukan seorang cikgu. Jauh sekali seorang ustazah. Apatah lagi alim ulama. Aku cuma berkongsi buah fikiran, apa yang aku faham tentang ilmu itu sendiri.
Hehehe... Tapi kan kalau kita sudah usaha, lepas tawakkal, kesemua apa yang kita buat (contohnya: MENGUNDI) itu suatu ASBAB? Kalau diizinkan ALlah untuk kita berubah kepimpinan yang lebih baik, alhamdulillah...maka kita tidak akan lagi ditindas dan diperbodohkan. Tiada lagi KETUANAN MELAYU yang aku cuma nampak *TUAN*nya itu = segolongan kecil manusia di atas sana, bak kata HUDSONnya, golongan yang berkuasa (kamu orang refer blog blog lain apa itu mengHudsonkan)?
Ketuanan Melayu = Racist dan Kronisme, mengkayakan golongan kecil MELAYU yang bukan secara jemaahnya malah membuat jurang perpisahan kaum yang sangat ketara. Jangan salahkan kaum lain kenapa mereka menyanyikan lagu Negarakuku. Jangan salahkan HINDRAF kerana salah faham tentang Islam dan mengatakan hak mereka. Jangan salahkan penganut agama lain tentang kesalahan fahaman dan salah tafsiran, yang memperkotak katikkan Islam ad-deen. Bagi aku partai ikut kaum/ bangsa masing-masing ini sudah tak relevanlah!
Salahkan chimpanzee chimpanzee yang hanya pandai angguk angguk geleng geleng, buta tuli, pekak dan bisu atas polisi yang tahi lembu (sekali lagi aku memperHUdsonkan bahasa Inggeris), atas pelaksanaan keagamaan yang ada Had, Hari Hari tahi lembu kerana dirasakan kata kata Jemaah Mufti dan Alim Ulamak itu bak angin bayu melintas lalu. Langsung diperkotak katik dan digelak gelak, macamlah Jemaah Mufti itu, pelawak pelawak sarkas. Tsk tsk tsk..(tiba-tiba aku teringat lagu Apa Nak Jadi oleh Dato' SM Salim)
Ye. Salahkan diri kamu sendiri wahai chimpanzee chimpanzee sekalian. Lepas ini, jangan pula mengeluh dan memaki itu ini tentang kenaikan yang macam macam. Atau dasar yang entah apa apa entah. Lalu apa pula tentang janji Kemerdekaan kita, bahawa kita akan kaji semula Dasar Ekonomi Baru dan Hak hak Istimewa Melayu? Ada lagikah Hak hak istimewa Melayu ini pada majoriti rakyat berbangsa Melayu? Tapi bagaimana pula dengan HAK bangsa bangsa lain? Bukankah kita ini bangsa MALAYSIA? Sedangkan mereka juga punya HAK yang sama.
Haa...kalau kamu chimpanzee, kamu sudah tutup mata daripada membaca. Kamu akan tutup mulut daripada berkata dan kamu juga akan tutup telinga jika terdengar ayat ayat realis begini. Kalau ada antara kamu chimpanzee chimpanzee sekalian memilih untuk buta, tuli, pekak dan bisu, hanya pandai berkata kata bak burung kakak tua (Hudson lagi!) atau murai, kemudiannya kamu mengundi memilih penindas dan penzalim (kununnya: jika tidak memilih MEREKA, kamu tak dapat PROJEK, kamu tak dapat cari KERJA, kamu tak dapat BIASISWA, kamu tak dapat jadi itu dan ini, mengimpikan menjadi salah seorang balachi mereka, sedangkan rezeki itukan datangnya daripada ALlah, bukannya parti atau manusia...!)
ASBAB kamu memilih mereka yang zalim dengan HAK (tak kesahlah hak seorang ISLAM/ Bukan ISLAM, hak rakyat secara TOTAL), maka diizinkan ALlah pula mereka menang tanah runtuh yang besar (mengHudsonkan lagi!) Haa....chimpanzee chimpanzee sekalian, terima sajalah NATIJAH daripada perbuatan buta, tuli, pekak dan bisu kamu semua. Padan muka kamu dan aku sekali. Kena bayar tol yang tak pernah turun, malah naik secara eksponen-sial. Kena bayar harga barang domestik yang semakin tinggi. Kena bayar minyak yang amat mahal, nak pakai NGV pulak sequential regulator Lady Renzo dan tong gas jenama Faber (ala-ala enjin Ferrari la ni) mahal nak mampos! Padahal teknologi LPG macam tong gas di rumah kamu dah ada, tapi SENGAJA tidak dikomer-sialkan. Kalau tak, aku boleh pasang LPG flat bed di dalam Obit, ringan, mudah, murah dan tak makan ruang tangki gas yang gedabak lagi tak seksi itu! (Oh! Alhamdulillah di Kuching aku tak perlu bayar tol macam di KL! Ha. Ha. Padan muka kamu orang di Semenanjung! Lagipun, aku bersyukur dengan izin Allah, gaji aku di Kuching nanti berlebih lebih, insyaAllah- kalau aku kekalkan carahidup orang miskin aku seperti ofis di Shah Alam lah, kan!)
Fahamkah kamu tentang Fardu Kifayah dalam bab Mengundi ni? Kalau aku salah, sila betulkan ye, Hamka dan En. Az (kusayang!) NATIJAH setiap apa yang kita buat itu akan dirasakan secara JEMAAH. Secara berpasukan. Bukannya secara soloist. Bukannya secara auditor macam ex-Boss (hulamak, dah jadi EX) aku di Shah Alam.
(RALAT: Silap gambar. Ini gambar gorilla sedang berjimak!)
So, sebelum kamu mendabik dada ala gorilla di Congo (ini aku up kan sikit la), tentang betapa ATAS PAGAR dan BERPRINSIPALnya kamu, atau betapa KELIRU nya kamu dalam memilih Pemimpin ( = khalifah, penjaga HAK) Kamu Sendiri. [Ok. Ini baru gamba Gorilla mendabik dada!]
Aku mahu tanya kamu semua.
Adakah kamu mengaku (tak mahu mengaku pun, AlLah Maha Mengetahui) menjadi chimpanzee yang buta tuli, pekak dan bisu? Sebab, bagi aku yang kerdil lagi masih jahil (kadang kadang serupa perangai setan) ini, sebagai manusia, akal itu AlLah kurniakan di dalam Otak, yang terletak di atas, tinggi dari semua tubuh badan manusia. Di Atas! Fikir... Kalau kamu tidak ketemu jawapannya, cari (IQRA'!). Kalau pandir ( =tidak pandai) tafsirkan ilmu itu, pergilah belajar dengan manusia yang lebih berilmu. Bukan dengan wikipedia, bukan dengan kamus dalam talian, maklumat di dalam forum yang kamu minat, menonton
Setiap perbuatan manusia itu dalam ilmu ALlah SWT. Tidak menghalang kita untuk mengambil dan melaksanakan sebab musababnya. Setiap perbuatan ada ikhtiar dan ada juga natijahnya...
Jangan pula nanti, bila AlLah tanya, kenapa kamu menzalimi diri sendiri dengan memilih/ MEMBENARKAn (secara MALAS nak mengundi) pemimpin yang munafik dan zalim? Kamu jawab ala- ala chimpanzee... bibir terjuih ke depan, kedua dua tangan ke atas, bertepuk tepuk dengan kedua tapak tangan terbalik, jalan mengengkang terkangkang (lutut bengkok sikit) seraya membuat suara jeritan pitching tinggi chimpanzee arkk arkk ukk ukkk ukkk . Lucu pula aku rasa!
6 comments:
hehhe hehhe...
eh! kamu nak pindah pegi kuching ker Chee???
ada 3 ekor monyet yang sedang tutup mata, telinga dan mulut..
Menggambarkan maksud, jangan dengar perkara buruk, jangan lihat perkara buruk dan jangan bercakap perkara buruk..
Walaupun anda seekor monyet atau orang utan..
‘kawan’ aku berkata, ada sekor lagi monyet yang patut muncul sambil tutup kemaluan..
Semua faham-faham sudah.
: )
13 May:-
Ye. Aku akan berhijrah ke kuching. Hijrah yg macam macam...tolong doakan aku sukses sbg seorang muslim dan pekerja yg baik ye...
bro hamka
Dear bro. Macih sudi komen di blog aku. Aku hargai input itu.
Fitrah aku ni sebagai manusia, bukan monyet, orang utan hatta chimpanzee sekalipon.
Hehhee...aku setujulah kau kata, faham faham sudeh sambil tunduk kemalu malu an....
Lols..
he.he..
entry ko yang bagus kali ini.
Tapi jangan lupa, ada suatu golongan yang menyokong segala kemungkaran parti pemerintah tetapi berpura-pura seseorang yang suka menasihati akan hal-ehwal keagamaan.
berhati-hati dengan golongan sesat ini.
Merekalah sebenarnya Syaitan yang bertopengkan chimpanzee..
he.he.he.
hehehe...
Elhakim, entry ni dah lama aku pendamkan, sebelum Pok Nik (TGNA) komen tentang perangai monyet manusia lagi..kebetulan aku suka poster chimpanzee ini. Tu yang timbul ilham.
Bagi aku, apa yg kau komen tu, adalah golongan umaro'. Ada ilmu (PhD lagi), tapi tak amal. Takut kena pecat, takut kena hantar ulu. takut Golongan di atas, bukan kerana Takutkan ALlah...lagi takut title kena stripped. Hehehe..
Jadi kesimpulannya, golongan spt ini juga adalah golongan chimpanzee..tapi chimpanzee yg pakai songkok/ kopiah/topi PhD (Isi tempat kosong)_______________Heheehe....
Tapi tulah beza Umara' ngan Ulama...Ulama ni, orang ingat sampai mati..walau mcm mana teruk dibuat dek Golongan berkuasa. Mcm Bekas Mufti Selangor, Allahyarham Ustaz Ishak Baharom, punyalah ramai manusia solatkan jenazah dia and diberi kemuliaan dengan ditanam di Makam Diraja Selangor!
Ambil iktibar. Itu je...
http://www.thepetitionsite.com/2/removal-of-the-pic-of-muhammad-frrom-wikipedia
Post a Comment