Aku tidak mahu membuat Jihan berharap agar aku menceritakan kisah kegembiraan bulan cintaku pada bulan Februari. Ini bulan aku menggapai impianku. Cita-citaku. Harapanku. Bulan untuk aku menentukan sama ada jodohku akan terus berpanjangan dengan Boe? Hmmm I don't think so. Itu bukan urusanku. Itu urusan AlLah. Aku sekadar pelaku di dunia ini. Sama ada salah laku atau betul laku, atau aku yang tidak laku? Hahahahaha....biarlah AlLah yang tentukan segalanya. Aku sudah penat.
Kenapa bulan cita-cita? Kenapa bulan impian? Kenapa ia suatu harapan? Ahhh....betapa berat kaki ini melangkah meninggalkan suatu memori indah sepanjang enam tahun lamanya. Enam tahun yang aku lalui tanpa secalit pun kisah yang membosankan. Sekurang-kurangnya tidak bosan pada aku.
Enam tahun yang lalu, ketika aku mula menjadi warga di tempat kerjaku di Shah Alam, aku datang dengan suatu harapan, harapan cita dan cinta. Cintaku berada di sini. Lebih dekat dengannya, seorang penyelidik robot yang semakin mencipta nama. Dia yang kukenali semasa aku masih seorang mahasiswa, dan dia seorang penuntut PhD di Dundee. Aku masih ingat lagi betapa aku begitu mengkagumi dan mencintai dia. Aku baru sahaja berhenti di syarikat telekomunikasi terkenal untuk bersama dia di Shah Alam. Tapi dia di Blok 25, aku pula di Blok 4. Blok di mana aku dicemburui warga kerja lebih senior kerana sikap pantas aku bekerja. Tidak. Bukan kerana aku ingin bongkak. Bukan juga kerana ingin takabbur tapi itulah hakikatnya. Aku disukai Madam Leong dan tanpa berselindung menyatakan kesukaannya kepada teman sepejabatku. Kerana ini, aku dibenci orang dan difitnah. Kerana fitnah seseorang ini, aku dilabel dengan pelbagai tohmahan 4 tahun lamanya.
Cinta hatiku pula, makin lama makin menjauh dan menjadikan aku seperti seseorang yang tidak dikenalinya. Kononnya atas dasar cinta sembunyi. Mungkin kerana dia cukup popular di kampus pejabat. Aku tidak tahu mulanya. Oh! Betapa naifnya aku...
Kerap pula sepanjang pekerjaan dan aktiviti aku di pejabat serta di luar, aku terserempak dia dengan seorang perempuan bertudung. Aku ekori keretanya dan aku hubungi dia di telefon mobilnya. Hati kecilku berdetap. Dia berselindung disebalik nama sepupunya...kerana mereka rapat.
Tepat pada hari lahirku, cinta hatiku dulu membawa aku ke suatu tempat di Hartamas. Aku inginkan suatu sambutan yang romantik...hmmm pendek betul akalku pada ketika itu. Aku ingatkan, serupa dengan sambutan yang aku berikan padanya beberapa minggu yang lalu. Oh ya...dia juga Taurus sepertiku. Aku belikan dia kek Secret Recipe yang besar dan sebuah pen Lamy. Pada gaji kecil sepertiku, pen itu cukup mahal. Penat aku berdikit dan merancang segala...Tapi usahaku itu dipandang sepi. Katanya dia penat hari itu. Dia "terpaksa" kerana aku. Siapa yang tidak makan hati? Tapi aku pendam dan berdiam. Sedih. Tapi aku telan.
Malam hari lahirku itu, sidia menghadiahi aku makanan dan bungkusan hadiah. Banyak! Ada set rantai dan anting-anting, tidak mahal, tapi aku cukup gembira. Katanya lagi, dia ada membawa sekotak bungkusan hadiah daripada ibunya. Aku buka dan aku ternampak sehelai selendang yang cantik. Kata dia lagi, Selamat Hari Lahir! Tapi..dia membawa berita. Berita yang dibawanya, adalah pesan daripada ibunya di Utara Pantai Timur. Puas apa yang dia cuba lakukan sebelum ini, menhantar rombongan menanyakan aku, gagal dan tidak pernah menjadi. Ini semua katanya, adalah kerana ibunya. Ibunya tidak menyukai aku sebagai menantu. Ibunya mahu dia bersatu dengan sepupu yang dia selalu temui walaupun tatkala dia masih bersamaku, yang aku anggap seorang kekasih itu.
Di malam hari lahirku, itulah hadiah yang paling pahit yang aku terima. Kuingat dialah calon suamiku. Iya. Aku tak malu mahu mengaku, aku telah bersedia dengan segalanya, berkat dikit simpananku. Hadiah-hadiah yang bakal kuberi padanya. Tapi setelah peristiwa malam itu, aku sekadar memberi segala hadiah tanpa mengharapkan balasan. Untuk apa aku menyimpan barangan lelaki? Kutuliskan nota mengenai isihatiku. Tak terlintas untuk aku berpisah dengannya. Tapi jika sudah ini suatu ketentuan tanpa keredhaan ibunya...untuk apa aku teruskan lagi?
Peristiwa itu sudah lewat lima tahun yang lalu. Ia menjadikan aku matang, tetapi belum cukup matang kerana aku juga melakukan kesilapan menerima cinta lelaki tanpa usul periksa dan tanpa cinta. Bagiku, asalkan ada lelaki yang mencintaiku, aku terima sahaja. Betapa dangkalnya fikiranku seperti keadaan mengejar cinta atau mengejar perkahwinan? Mungkin aku ditekan. Ia, mungkin. Aku tertekan kerana aku telah mengenali dan mencintai seorang PhD selama 2 tahun setengah tetapi putus di tengah jalan. Akhirnya aku mendapat alamat mimpikan dia selama tiga malam berturut. Dalam hati ini, aku sudah merasakan bahawa dia akan berkahwin dengan sepupunya. Tepat sekali jangkaanku, ini semua tanpa perlu aku cari. Ia datang sendiri padaku, dibawa oleh seseorang di pejabat. Aku tertekan kerana usia biologiku...tapi ikhlaskah aku? Sanggupkah aku menerima orang lain tanpa rasa cinta?
4 tahun lamanya untuk aku bertemu dengan seseorang yang benar-benar aku cinta, melebihi cinta si PhD. Aku benar-benar cintakan lelaki Leo itu. Lelaki yang menepati ciri-ciri yang aku tulis didalam diari pada malam aku berpisah di hari lahirku. Lelaki yang aku tidak pernah mimpi akan diperolehi aku. Bagi aku seorang lelaki yang aku nukil dari pemikiran kreatif seorang yang patah hati...seorang lelaki yang tidak mungkin!
Benar. Aku benar-benar cintakan Boe untuk aku lepaskan dia pergi. Sudah kuberi izin untuk dia mencari penggantiku. Walaupun dalam keadaan lelucon tetapi sebenarnya hati ini cukup pedih dan siksa. Aku akan pergi jauh meninggalkan cinta untuk mengejar cita-cita dan harapan. Akan kugapai bintang di langit, sekurang-kurangnya mencari rezeki untuk adik-adikku yang masih menuntut. Walau tidak banyak mana, tapi sekurang-kurangnya akan kuringankan beban orangtuaku. Alhamdulillah, ya AlLah. Sekurang-kurangnya, jika tiada rezekiku dalam soal jodoh...kau izinkanlah aku untuk berkongsi rezeki yang Kau berikan ini untuk dikongsi bersama adik-adikku, orangtuaku dan bakal anak saudaraku...Ya Allah...aku yakin akan ketentuan pasanganku yang sudah tertulis diArashmu...Engkaulah yang Maha Merancang, dan rancanganMu lah yang terbaik, Ya AlLah...
Aku akan pergi, jika diizinkan Tuhan, aku dikehendaki berada jauh di sana pada bulan Mac ini. Segala kepahitanku kini, aku pasti hanya sementara...aku ditimpa musibah, tapi aku masih mampu tersenyum disebaliknya. Alhamdulillah, ya AlLah kerana memberiku musibah itu. Aku yang bersalah...dan kerana itulah aku wajar diperingatkan. Aku yakin, kerana Kau masih sayangkan aku sebagai hamba..Aku lalai yang AlLah..aku hina..aku alpa..aku fakir amalanku Ya AlLah...
Kini aku sedang dalam persiapan untuk menjadi warga kerja baru di organisasi baru. Agak kelam kabut dan runsing juga kerana segalanya perlu dibuat dalam jangka masa terdekat. Runsing sama ada aku boleh melakukannya atau tidak?
Boe? Boe sudah tahu pemergianku. Entah kenapa aku rasakan dia semakin menjauh. Aku cukup kenal akan dia. Bila ada masalah atau benda yang merunsingkan, dia lebih suka berdiam dan melakukan perkara-perkara yang boleh mengalihkan tumpuannya. Di saat aku menulis ini, dia berada di Kulim, untuk aktiviti 4x4nya. Aku akan biarkan dia dengan dunia. Aku rasa telah tiba saat untuk aku melepaskan. Sunyi dari segala hubungan. Aku tahu ia perit dan sukar. Aku tahu aku akan sakit kerana tindakan ini...
Tetapi ini semua demi sebuah cita-cita...
Wamakaruu wamakarallah....
Wallahukhairul maakiriinnn...
Jodoh itu ada.
Jikalau dia jodohku, Ya Allah, maka Kau satukanlah kami dalam sebuah ikatan yang suci...tapi jika dia bukan untukku Ya Allah...kau jauhilah hati kami dan Kau temukanlah aku dengan suamiku...kerana aku juga rindu untuk menjadi isteri dan seorang ibu....
Amin...aminn...Ya Rabbal A'laminnnn....

1 comment:
uit, uda told me about the new job ..congrats!moga dapat membuka peluang baru and meet new people ..nanti bila arin ader kelapangan gie 'sana' ..i'll know sape akan ku call!!hehhehe..
Post a Comment