Pages

Saturday, October 20, 2007

Kisah Benar Poligami 4 isteri, 32 anak!





Aku salute extended family yg hidup aman damai begini. Dengar jelah pengakuan anak-anak En. Jailani itu. Lelaki yg beriman dan beramal (dengar cara dia masuk meminang, dan lihat perilaku, adap sopan kesemua isterinya, serta anak-anaknya yg bermuka bersih dan pandai buat kelakar), suami yang adil dan saksama, ayah yg penuh berkasih sayang kepada 32 anak-anaknya termasuk yang tiri! SALUTE!

Cuma aku tak faham sikap biasness Raja Azura (host paling tak cool dalam Gedik Santai). Tak hormat orang langsung (pada tetamu dia - bini nombor 3-4 dan anak-anak mereka). Dia sepatutnya bersikap neutral, bukan cakap cenggini, "Ha! Kan aku dah kata, keturunan!!! Ha! Jagalah kau Ezany" <--tak kasi si Ezany berfikir pun tentang poligami, disebabkan anak En. Jailani yg lelaki itu berkahwin lebih juga. Kalau si Azura tu menten mulut dia yg celupar tak berkelas tu, aku rasa mau husband dia kahwin lagi satu. Hehehe LOL! (Aminnn...maka kau kontrol la sikit mulut kau yg tak best tuh, Raja Azura Slim n Trim! - slim pun dia tak berapa lawa bagi aku, lawa lagi Wardina dan Ziana) Yg ketiga tu, aku rasa lebih muda daripada yg keempat. So, tak mustahil jika ada madu yg lebih muda dari segi urutan, tetapi lebih tua dari segi umur. Oit orang-orang lelaki MELAYU kat luar sana, jgn lampiaskan nafsu dan "ikut sunnah" sebagai alasan berpoligami!

Sekadar berfikir secara kolot begini, tak payahlah ye, cik abang-cik abang semua. Balik-balik persoalannya ialah "Berlaku Adil" pada yg Hak. Apa dia "pada yg hak?". Heh tepuk otak, carik ilmu dan BELAJAR! Selalunya lelaki Melayu ni, cakap berdegar-degar, tapi nak jadik cam En. Jailani, memang payah ler! Lelaki yg bagi alasan lame "Ikut Sunnah" adalah lelaki desperate yg kureng faham Islam.

Sebabnya satu je: Kurang pemahaman agama, tapi nafsu seks yg kuat. Jadi, orang lelaki yg Kureng Fahem ini, selalunya end up in misery, turut mengheret anak bini ke lembah misery, last-last cerai! Keluarga berantakan, anak-anak jadik jahanam, maka runtuhlah institusi kekeluargaan dan runtuhlah akhlak anak-anak itu (I came from a broken family- alasan paling lame ass di dunia!). Kuburkan lah cita-cita tak masuk akal sedara itu.

Orang lelaki yg sebegini rupa, memang patut diban daripada berkahwin banyak. Sepatutnya, lelaki yg berkahwin dua itu, bukan dijudge dari segi keupayaan memberi nafkah zahir dan batin sahaja (READ: Mampu) sahaja, tapi perlu dinilai dari segi leadership quality, atau Islamnya di peringkat: kosong, rendah, moderate atau tinggi? Tapi kan Mampu tu dah menyeluruh, you all cakap. Sebab terlalu general lah makanya, orang-orang lelaki Melayu mengambil kesempatan. Memperkotak katikkan Syariah. Memperkotak katikkan poligami. Baik buat Penilaian objektif je kat orang-orang opurtunis yg negatif begini.

Heheheh...

Lelaki sepatutnya sifat mereka adalah Pembela kaum wanita. Tapi, kalau setakat nak kawen dua, cakap kat gelpren, "Bini I tak reti jaga anak, abaikan tanggungjawab, blah di blah" Heh! Tak payahlah cik adik-cik adik semua makan pujuk bodoh itu! Kalau bini dia bersifat begitu, secara logik dan automatik, korang tak fikir ke, kan ke salah sang suami, kerana GAGAL mendidik si isteri? Kena tipu laaaagiii...lalalalla...(sebab, pepahal pun, lelaki tu jugak yg kawen ngan dia, kan?)

Kalau korang dah chenta sangat kat lelaki yang dah berkahwin, and memang tak boleh tidak nak kawen jugak dengan dia, pastikan:

1. Dia sangat mencintai isterinya dan anak-anaknya (tetapi dianugerahi Allah untuk mencintai lagi) (korang jangan nak jadi racun perosak pulak! Perempuan jenis apa korang ni, jenis CT Halijah ke? - berdosa meruntuhkan rumahtangga orang, tahu! Aku benci perempuan macam kamu). Maksud aku, korang nak jadik madu, biarlah jadi Madu yg real. Bukan racun perosak, yang memusnahkan hubungan suami isteri, yang merosakkan hubungan ayah dan anak-anaknya, yang merosakkan secara tidak langsung masa hadapan anak-anaknya, dan keluarga kedua-dua hubungan suami isteri itu. Faham? Madu yg menenangkan. Yang mengubati banyak penyakit. Betul-betul nak jadi madu, Jadilah Madu Sebagai Obat. Kalau korang tak boleh nak capai expectation Madu sebagai Obat itu, harap maaflah, jangan mimpi nak kawen ngan laki orang, ok? Kamu yg bermimpi begini, sangat selfish. Bau hanyir (macam bangkai), ok!

2. Dia tak pernah memburuk-burukkan isterinya walau satu perkataan pun! Dia seorang yg pandai menutup aib orang. Buruk isteri, buruklah dia. Seorang yg gentleman dan baik budi pekerti. Seorang yg Tidak Takut Bini (walhal ayat ni pun tak tepat snonya). Maaf bukan jenis yg Bini Tak Takut Suami (Sbb yg Takut Bini tu atau Bini Tak Takut Dia tu, lelaki yg hipokrit cam bangsat, tu pasal kawen senyap2 menyusahkan ramai orang atau ada gepren ramai, berlagak pulak tuh!). Senang kata, korang carik Seorang Lelaki yang Dihormati sebagai Suami dan Ayah atau Pemimpin (kat opes ke ke RT ke mana-mana la)

3. Dia punya ilmu agama yg cukup mantap, bukan sekadar baca Fatihah lancar aje. (Ini, mandi junub pun tak tahu, astaghfirullah!)

4. Asas pekerjaan yang kukuh (kalau korang yg perempuan bekerja sbg kerani atau gaji minimal, kereta pun ayah tolong bayarkan, so pleaselah, padamkan impian nak kawen ngan Abang Jaga atau Supir). Atau Lelaki yg rajin dan pandai carik duit untuk tampung anak bini, bukan hidup Atas Dasar Bini/ Emak/ Bapak/ Gelpren/ (Menipu dll) untuk Menampung Kehidupan Material dia, Faham? Nak ke Kawen Biawak Hidup? Lainle kalau dia dah hilang upaya. orang Hilang Upaya pun tak sehina orang lelaki yg macam ini.

5. Dia Lelaki berfikiran matang (Ini penting untuk jadik khalifah yg baik, good decision maker dan pandai maneuver bahtera rumahtangga - notice aku cakap bahtera?) Jangan expect smooth sailing all the time ye, princess princess fairy tale semua! Wake up wake up!

6. Dia Lelaki bertanggungjawab - cemana nak pastikan? Tengok dia hormat waktu solat/ puasa ke dak. Tengok dia janji style musyrikin ke janji Islam (tepat pada waktu), tengok pada perasaannya- ada kasihan kah, atau hidup secara ganas (mcm si Jowhar - pernah langgar orang akibat saikotik), cemana dia jaga kewangannya, cemana cara dia bekerja (suka pontengkah, amik MC kah) dan paling mudah, bagaimana dia treat IBU dia sendiri.

7. Dia Lelaki Penyabar. Heh! Ingat senang ke nak jaga isteri? Nak jaga anak? Cemana nak check? Buatlah perangai sikit. Tengok cemana dia handle situasi kamu. Kena lempang? Reject sampai mati. Kena marah? Padan muka korang. Hahahha...sapa suruh carik pasal. Ala, boleh tahu punya cara dia tunggu line di ATM, traffic jam, ada orang potong queue nak parking, makanan hidang lambat. Heh! Nak ke bersuamikan orang yg panas baran? Kalau monogami tak pe kot? Boleh blajar-blajar handle. Kalau nak poligami dgn orang yg panas baran? Heh! Elok ler dielakkan jejauh! Tak pasal-pasal dapat sijil dengan lebam di hati, mata dan sebagainya karang!

Wah! Sudah jam dua pagi. Pada Keluarga besar En. Jailani, serta keluarga Hani Sumayyah dan keluarga-keluarga berpoligami berjaya yang lain yg aku tak dapat mention di sini, Tahniah kerana anda berjaya membuktikan kepada aku yg skeptikal - ada jugak famili poligami di Malaysia yg berjaya dengan cemerlang. Bukan seperti yg kita tonton propaganda poligami itu buruk di TV dan di wayang. Heh! Aku tahu, ramai Melayu skeptikal cam aku gaks. Sbb kita dah digula-gulakan dengan drama TV/ wayang dan dek kerana Kureng Fahemkan Islam.

Nota Sebelum Tidur:
Bini keempat En. Jailani pernah menganggotai satu NGO yg anti poligami (SIS kah? WAO kah?). Hmmm...ever wonder why she changed her mind?

Oh yeh:
Another one, make sure if kamu nak kawen gak ngan suami orang lain (sanggup bershare dan bersusah payah, berkorban jiwa, korban hati dan korban masa, hatta harta etc...), MAKE SURE suami orang tu dah nyatakan hasrat hati dia kepada isteri pertama. Atau korang jumpa dulu yg pertama. Adakan bicara hati ke hati ke apa? Haa...sanggup?

Anyho,
if U guys tension sgt dengan suatu benda yg Dihalalkan Allah, tapi masyarakat Mormon di US, small place called Centennial Park Arizona, takde masalah tapi like McDonald's pulak, "I'm Lovin it". Kata mereka.

Bacalah kat sini Atau Google je, Centennial Park Polygamy.

9 comments:

Cool said...

panas@!~

Elhakim said...

he.he.he..

Taichee~@! said...

Jiji,

Sila pasang ekon, 16 darjah celcius, pehtu, makan eskrem n pasang kipas power = 3. tak cukup lagi? pegi masuk walk in fridge utk sejuk beku...keh keh keh

elhakim:
apesal ente gelak he he he?
ada kana batang hidung kao ka bah?

ARIN said...

eloo....hapdet tu mendaaa kor...kasi explain sikit..

13may said...

waaaaa......

Taichee~@! said...

Bro Arin:
hapdet tu bahasa Bawean dia, update.
Ade fahem? kehkehkeh...update = sila masukkan entry terbaru encik arin. pasal raye ke pasal pepe jelah. lalalala

13may:
woooo~@! lak ling mata juling!

13may said...

ehem ehem....

no komen!

hahha hahha hahha :D

ARIN said...

laaa..bengong dan lembab arin ni..

Taichee~@! said...

taklah Arin...

cume tu bahasa pasar org yg kureng pengalaman spt kita nih..hehehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails