[Amaran: Ini adalah bahasa rojak lagi pasar. Tidak seswai utk dibaca oleh pembaca yg tidak makan rojak dan tak suka pegi ke pasar]
Tadi:
Tadi si Soda, anak Milo yang sedang hamil duduk berkecimpung di atas riba aku, melihat apa yg aku buat dengan kibod komputer nih. Sedap sikit dia duduk atas ni, tak sejuk sangat.
Lappie aku dah diupgrade..hooray! So kepantasannye amat mengagumkan aku yg jakun lalu dengan kekreatifan yg Allah beri pada aku mlm ni, aku terbuat dua borang online untuk seksyen aku. Improvise dari Boss aku punya idea (dia buat manual). So in case ada soklan-soklan dari customer, bukak saja online form itu dan isi. Kendian, untuk follow-up dan menghantar berita terkini, hantar saja ke email mereka terus. Wah!!! Sungguh teruja dan mengujakan aku untuk bekerja lebih giat!
Yg bagusnya, form ni boleh juga diintegrate ke dalam report harian/mingguan/ malah bulanan atau tahunan. Hmm..I'm impress with the new technology. Kena belajar godek-godek. Trial and error. Kena ada perangai kucing...Curious, but don't end up killing yourself lah kan? Aku tau, org yg dah mmg terer komputer akan gelakkan aku. Tapi takpelah...Aku mengaku la, aku baru belajar.
Udah kedapatan emel dari HRA utk aku attend interview. Cuak itu tetap ada. Dah lama tak test the water...ehehe market aku masih menjadik ke? Tapi alhamdulillah Boss Beso aku mmg best dan baik hati. Dia dah pun emelkan tips utk menjawab soklan temuduga.
Jumaat lepas:
Aku ajak Kak Wa pg swim. Bestnye ngan Kak Wa ni sbb so unlike manusia di opes yg angguk-angguk n geleng-geleng, dia straight to the ampang point. Takde nak ngumpat orang or sorok2. Apa rasa dia tak betul dia akan tanya n cakap. Selamba gal. Aku n dia plan nak carpool je. tapi tak pernahnya menjadik, sbb aku dah buat benda lain..and prioriti dah lain...Nak kena anta Piko lagi. So i still like my space - driving my own car.
Aku faham napa ex-boss yg best aku pilih gred tinggi2 masuk seksyen lama aku. He's not blind. Dia tahu what's going on. Dgn gred Kak Wa dia TIDAK AKAN diperkotak katikkan. Kak Wa rox! n aku bangga dgn senior universiti aku ni. Selalu mintak pandangan dia on how to do my work sbb ilmu dia tinggi. Respek!
Lelain perkara:
Sport rims Obit yg bengkok sudah dipulihkan dgn jayanya oleh Kedai David. Nope. Kat sini takde kedai tayar Islam. Aku ni kalau pilih, kedai Islam dulu, then next kalau takde, pegi kedai yg dah makan tawon aku pegi. Mcm workshop uncle Tan, kedai cat Ah Seng, Kedai Tayar David.
So seratus jugaklah terebang melayang. Itupun dia dah diskaun sbb loyal customer. Uhuhu. Sbb tang konar, tayar aku bising mcm kena sangkut kat besi apa, aku pun hantar kat workshop Uncle Tan. Rupa-rupanya, brek pad sudah lari woo. Aku gi service skalik. Terebang lagi duit. Takpelah...bukan gi beli benda mengarut, tapi tok Obit jugak, kan Obit?
Now:
Sekarang aku masih belum mahu tido. Banyak benda bermain di benak aku ni. So, sbb tak bulih nak tido, aku pun online. Kejap lagi sambung baca buku pulak. Sibbaik besok Ahad. Bekfes akan disediakan oleh Haji yg jual mihun sup sedap kat pasar. Teh tarik mama. Then tukar-tukar idea pasal cemana nak rias bilik pengantin (Dilot). Lepas sesi tu, Mama suh aku takeover dapur. Ades, bukan apa. Kang aku masak kang, sumer org makan luar. Kan ke membazir tu? Jadinya, elok aku tak payah masak bersungguh-sungguh. Cukup tok tekak aku jah.
Mcm aritu masak omellette fishcake + mushroom + sosej + cheese (sbb aku tak ske bawang n cili lam omellette). Dimakan begitu sahaja bersama sos cili dan french dressing punya sos tuh atau makan bersama nasik. Selalunya tuk kasik sedap lagi, nasi tu dimakan dengan keropok bersama kicap masin. Atau ikan bilis garing ngan cili api....pehhhh...sedappnya. Aku dah lapa balikla. sayur aku simply broccoli rebus ngan butter n garam jah. Uhuhu Lemak berkrim disukai peha dan bahagian belakang muahahah!
Baru teringat, mlm terlupa nak makan. Tengahari tadi pun dok makan jam 6. Sibbaik sup bayam cili api aku laku. Dimakan pulak dgn ikan mambong cecah sambal belacan..
Ades! Kena stop ni. Kang aku lapar.
Calo! Mau baca buku...
~~~~~
Ended session at 231 am
1 comment:
Ajak la aku kalo ko masak masak...aku lapar jugak time malam malam..
Oyeh...idea untuk bilik dilot
ICE ROOM@!~
X'mas tree on me@!~
( **Taichee membaling besi katil ke arah aku ..dan aku mengelak....fiiisyuuhhhhhh)
Post a Comment