Pages

Thursday, February 08, 2007

+..Bila akan tiba?..+

[Warning: ini entry jiwang - kalau nak termuntah sila jgn baca]

Abah dah kasi tentatif date untuk ke sana. Entah adakah rezeki aku di sana? Bagaimana nasib aku agaknya?

Abah kata kalau ke sana banyakkan berdoa, berzikir, solat sunat and also ambil peluang untuk minum dan gunakan air kurniaan Allah kepada Nabi Ismail dan Siti Hajar tu...Aku teringin nak ke Jabal Rahmah. Di situlah Adam bertemu Hawa semula...insyaAllah jika aku selalu berdoa, aku akan bertemu jodoh. Tapi itu pun belum pasti, kan? Itu semua ketentuan Allah...Man Proposes God Disposes...

Akan tibakah waktu itu? Saat aku menjadi isteri orang? Dan selanjutnya menjadi ibu? Aku rindu melalui saat-saat itu. Kepingin. Rindu? Kenapa rindu? Kerana telah tiba perasaan aku mahu berkeluarga, membelai suami dengan penuh kasih dan sayang, mencium dan mendodoi anak...segala yg seorang isteri buat merupakan pahala. Aku rindu...sampai sempit dadaku merasai kerinduan itu...perasaan itu...

Tapi akan tibakah saat itu?
Malam tadi bergenang lagi kolah airmata, bukan sekadar bergenang malah melimpah banjir. Sayu. Sapa tak sayu. Perempuan sebayaku patut beranak dua paling kurang. Sudah ada rutin menjaga suami dan anak-anak. Sudah bicara soal napkin, susu dan baju yang comel-comel. Aku hanya mampu tersenyum perit melihat kebahagiaan mereka. Cemburu? Mungkin ya. Aku tidak bernasib sebaik mereka yg telah menjadi isteri dan bergelar ibu...oh betapa bertuahnya mereka, Ya Allah!!

Diantara kebanjiran airmataku dan sedu sedan nafas, sempat aku panjatkan doa..agar Allah ampuni dosa-dosaku, kedua ibubapaku, keluargaku, dia, sahabat handai dan muslimin muslimat. Aku mohon agar Allah permudahkan jodohku dengan siapa saja, maka aku terima. Aku redha. Aku tidak mahu memilih, tapi biarlah org itu nanti org yg boleh membentuk dan membimbingku. Aku tahu aku serba serbi kekurangan(kurang cantik, gemuk, kulit tak lawa, tak pandai menjahit, emo). Aku banyak kelemahan (macam suka shoping dan tido). Tapi aku jugak macam orang lain. Punya keinginan...

Tadi dengar suara Farah. Comel sangat...dah pandai bilang 1 to 7. Dah tahu buat bunyik ayam and kucing...alangkah bahagianya dia...

3 comments:

Amiruddin Karim said...

Insyallah, ada rezeki mesti dapat pergi. Kalau niat baik tu, mesti sampai..

Anyway, kalau pergi tolong doakan kemudahan untuk teruskan hidup

Badly need one..

Anonymous said...

Aku pun doakan nko dpt apa yg nko impikan....

yg penting hati mau baik beb

good luck

Jannah said...

Kak, kirim doa boleh tak?

Minta hati ini sembuh dari jadi gila suka kat boyfriend orang dan ketemu jodoh orang KL selepas graduasi nanti. Saya nak posting kat KL. Huhu.

Nanti enjoy yourself puas2 disana tau? Nak kirim gelang mekah segelung. Terima kasih daun keladi :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails