Pages

Monday, January 29, 2007

+..Berbagi Suami Part 1..+

AMARAN: tulisan ini tidak kena mengena dengan manusia yg hidup atau yg telah mati. Ia adalah semata-mata tulisan seorang perempuan bekerjaya dan sentiasa berfikir di luar batas biasa. Perempuan ini mendalami isu ini tanpa memikirkan perasaan org lain cuma perasaan, pemahaman dan pemikiran dia sendiri. Pengalaman dia sendiri akan diceritakan dalam Berbagi Suami Part 2.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Aku memang teringin nak tengok filem ni. Dah tengok gazet dan Belakang Tabir. Memang agak menarik. Maksud aku, Belakang Tabir yang tunjukkan perbincangan telus perempuan yang dimadu-rela, suami-suami yang dah berpoligami dan suami-suami yang tidak mahu beristeri lebih dari seorang serta pendirian perempuan lain tentang poligami. Menarik. Tapi Nia Dinata "terlupa" nak bawak alim ulama' mengenai hal ini, baik ustaz atau ustazah, cuma penggiat-pengiat "hak wanita" je. Teringin jugak aku nak dengar kalimah-kalimah suci Al-Quran dan Hadis mengenai isu ini. Hmm..

Tak perlulah aku cerita in detail filem ini sebab dah ramai org dok cerita and tulis review dia. Aku nak tengok jugak filem ni tapi always busy and tak cukup duit entertainment heheh. Aku nak tengok sendiri. Dalam family aku sendiri ada beberapa orang yang dah dimadukan dan berpoligami. Aku dah alami jalan cerita itu secara tak langsung. Yang bahagia dan yang tersiksa. Yang menjadi isteri tua dan yang menjadi isteri muda. Tak semestinya isteri kedua itu lebih bahagia. Dan tidak semestinya yang berpoligami itu tidak adil.

Aku terfikir jika aku ditempat "itu". Menjadi isteri pertama yang merelakan suami berpoligami (atau tidak) atau menjadi isteri kedua yang terpaksa dimadukan (atau memaksa lelaki tu ceraikan isteri tua). "Perempuan-perempuan" itu. Aku cuba nak selami dan fahami situasi kedua-dua perempuan ini.

Sudah tentu yang pertama akan menyoalkan tentang:

"Apakah kekurangan aku selama ini? Tak cantik? Apa yang tak kena dgn aku?"
"Hubby dah tak sayang aku lagi ke...?"

Dan bini kedua belum tentu akan dilebihkan segala-galanya kerana dia isteri "muda". Tapi kenapa dalam stigma masyarakat sebelah sini (ASEAN), isteri kedua perlu lebih muda dan cantik? Tak pernahkah timbul isteri kedua yang lebih tua dan kurang cantik, atau janda punya anak? Aku yakin memang ada. Aku yakin ada isteri tua yang lebih cantik, pandai segala-gala malah cukup sempurna sifat isteri dan ibunya, tapi masih ada lelaki yang menyintai orang lain selain dirinya...atau apa sahaja reasoning yang lelaki beri untuk berkahwin (lagi) lebih.

Dan kenapa tidak ada cerita, dari segi drama, filem atau dokumentari mengenai lelaki yang telah berpoligami, yang masih sayangkan isteri pertama sedalamnya, sama dengan sayangnya terhadap isteri kedua? Atau keikhlasan isteri untuk dimadukan atau rela menjadi isteri kedua yang baik, bukan jahat seperti yang biasa ditunjukkan kat TV? Selalunya TV ni lah punca songsang pemikiran masyarakat. Mesti ada orang relate sesuatu kejadian dengan TV atau filem. "Mak tiri ni mesti jahat, kejam - ala2 Bawang Putih Bawang Merah"...bukan tak ada langsung Mak Tiri yang motherly, pemaaf, sabar, baik, dll? Mesti ada punya...

Aku tertarik dengan artikel Utusan Melayu, 23 Januari mengenai Jangan Tolak Keharusan Poligami < di mana seorang pensyarah wanita, Nurhidayah Muhd. Hashim membicarakan dari aspek akidah jika kita gagal memahami konsep poligami itu sendiri.

Maklum, mungkin filem Berbagi Suami itu menjadikan seorang wanita memilih menjadi gay atau membujang saja sebagai suatu escapisme kerana fobia dengan isu-isu mcm ni. Mungkin juga ada perempuan yang bersuami merelakan suami curang dengan wanita lain dengan syarat mereka tetap menjadi Isteri Tunggal...Astaghfirullahala'zim. Nau'zubillah. Aku takmo jadi camni.

Kat KL ni ratio perempuan : lelaki sangat tinggi. Pada kami perempuan-perempuan 30 an, lelaki sekarang yang baik, dah kahwin, yang tinggal cuma gay and jerks/ rempit/ druggie/penjahat. Yang lelain tu, sembunyikan diri kot? Tak reti nak approach atau tak reti nak ada gf? Hmm...

IF let say ditakdirkan aku punya suami macam tu, tak kiralah if aku bini tua ke bini muda ke...aku akan redha ngan Allah Taala. Dah tentu jodoh, maut dan rezeki tu datang dari Allah. Aku takmo laki aku berzina ngan perempuan lain. Dari aku buat macam tu, elok dia ckp kat aku mintak aku pinangkan gepren dia. Memangla kan aku cakap senang sebab belum jadi betul2 lagi. Tapi bila aku pk sedalam2nya, aku tak sanggupla laki aku jadik camtu...sesat dan berdosa. Aku nak dia jadi suami yang bertanggungjawab.

Masalahnya, kebanyakan lelaki Malaysia / ASEAN ni tak bertanggungjawab. Dah ada bini pertama, bini kedua yang dilebih2kan. Rumah lagi beso, keta lagi mewah, duit lagi lebih, padahal bini tua dia anak ramai...gaji bini tua pulak kecik je. Lelaki Malaysia ni kebanyakannya (berdasarkan artikel2 kat paper dan mag serta cerita direct dari pengalaman2 org lain) tak reti tanggungjawab dan kurang pengetahuan agama. Dia tahu agama time nak kawen je, nak ikut sunnah katanya. Tapi bab pengerjaan sunnah wal jamaah tu sendiri takmo ikut. Bab solat/ zakat/ haji/ nafkah tinggal. So macammana nak adil, and macammana SIS dan WAO tak mengamuk? Bila dia beriman dan beramal soleh, insyaAllah rumahtangga dia yang bertingkat2 tu (banyak isteri) aman tenteram dan bahagia. Orang yang beriman dan beramal soleh, IF and ONLY IF dia berkeMAMPUan dan ADIL barulah dia laksanakan hajat suci dia tu. Kalau sekadar nak berbini lebih sebab nak ikut Sunnah, baik toksah la abang2 sekalian. Kuburkanlah hasrat murni anda tu.

Aku nak suggest pada SIS dan WAO tok kaji BAGAIMANA KELUARGA BERPOLIGAMI HIDUP BAHAGIA? Ambik je contoh2 asli. I'm sure banyak. tapi sebab SIS nak propaganda mem"bannned" kan lelaki kahwin lebih, maka dia dok promote kegagalan poligami je sepanjang masa. Boleh ke ko mengharamkan sesuatu yg harus oleh ISLAM? katanya tak relevan ngan zaman moden. Sebab dulu Nabi kahwin nak selamatkan janda2 perang dsb. Sekarang mana ada. Hisk...aku terkedu je dengar statement diorang ni. senang2 kata Al-Quran dan Sunnah tak relevan zaman moden nih...Astaghfirullah...

Aku rasa punca utama kegagalan rumahtangga tak kiralah poligami atau tidak, adalah kerana kurang pengetahuan agama dan sikap manusia tu sendiri. Yelah, ego, tak cukup sabar, darah panas...ditambah perisa gula dan garam kurang memahami ISLAM. Hmm resepi untuk disaster lah tu!

Almaklumlah, Malaysia ni suka ambik contoh idola mereka artis2 bukan alim ulama', ditambah dengan berita sensasi dia, diglamourise kan pulak..takkan u all nak jadikan penyanyi pompan tu as idol lagi kot? Tu baru THE GRAND perosak rumahtangga orang. Nau'zubillah. Aku takmo jadik camtu, dahla bercinta ngan laki orang, pastu bini tua diceraikan, kawen pulak grand tak ingat punya, and then tah apa lagi la ceta yg tak best aku dengar. memang tak best la camtu. And then bagi alasan suka kat laki org tu sbb dia sayang anak2 dia. Kenapa tak cakap I sayang kat dia sbb dia lelaki penyayang pada isteri dan anak2...and I yakin dengan kasih sayang dia, dia mampu membahagiakan kami semua. Ha...Kenapa? Sebabnya dia tamak. Sume dia nak. Takmo share2. hisk...nau'zubillah aku takmo jadik cam dia. She's a bad example and a bad apple! Tak kiralah apa alasan or ceta derang, aku takkan jadikan dia idola aku la...

IF aku ditakdirkan ada madu, aku akan ready dari segi mental la. Aku mintak izin suami untuk terus bekerja untuk support family. Aku akan bagi dia time untuk bersama ngan bini muda dia. Aku akan treat bini muda dia ngan baik, invite dia makan/ shopping/ buat aktiviti sesama, berbaik ngan anak2 aku. Cuba kenali hati budi dia. Kenapa laki aku boleh bercinta ngan dia tu bukan urusan aku. Tapi aku akan cuba terima dia sebagai dia sendiri, bukan sebagai bini muda. Tapi sebagai seorang kawan. Aku akan anggap aku bertuah sebab family kitorang besar. Extended family, bukan ngan madu je, tapi luaskan perspektif ke family madu aku jugak. Parents and adik badik dia. Let say dia dari Melaka, aku dah ada 3 kampung! Kampung laki aku, madu aku and kampung aku sendiri. Kan ke meriah tu? Aku nak semua orang terima dia as family, bukan orang asing. IF aku ditakdirkan punya madu, aku akan sentiasa ingat suami aku tetap sayang dan cintakan aku dan anak2. Cuma ditakdirkan dia juga punya perasaan cintakan perempuan lain juga. Aku cuma harap tak ada apa yang berubah cuma bertambah. Faham tak? Bertambah kasih sayang, cinta, rezeki, anak, family...semuanya makin bertambah dengan izin Allah, insyaAllah...

IF aku ditakdirkan dan dah jodoh aku ngan family man pulak, aku akan lebih banyak berkorban jiwa dan raga. Korban masa dan hati. Aku akan bagi prime time pada bini tua dan anak2 tiri. For me, as a career woman this is a plus point sebab aku tak perlu 24/7 time ngan laki. Aku tak perlu balik rumah hari2 bekejar nak masak tok laki. Hari2 perlu cantik ngadap laki, layan dia macam raja pulak. Hari-hari tengok muka dia pun bosan jugak kan? So I have my own space and time. I can be with my friends dengan izin suami, I can do my own stuff, hobbies on my own. Aku akan korban hati untuk TIDAK JELES. Aku rasa perempuan macam ni ialah SUPERWOMEN - bini tua dan bini muda. Aku tabik perempuan2 ikhlas mcm ni.

Aku pernah terdengar sorang pegawai tinggi kerajaan yang berkahwin dgn support staff dia sendiri semata2 kerana dia dah agak berumur and tak ada time nak carik lelaki lain. Support staff dia pulak memang dah kawen. So dia jadik bini muda yang in fact lebih tua dari segi umur. So apa dia buat ialah menyayangi bini pertama lelaki tu and anak2 tiri, ke mana dia pegi around the world, dia akan teringat kat madu dia and belikan dia macam2. Duit gaji dia sanggup share. Yang penting, dia bersuami dan nak ada zuriat sendiri. She is a career woman and dah ada semua dah. This kind of woman mmg aku salute. Tak menyusahkan orang lain and tak porak perandakan rumahtangga org. Lagi menambahkan kebahagiaan insyaAllah...

So, aku cuba jadi praktikal. What ever happens to me pun aku nak bersedia. Aku tetap akan jadi career woman untuk support diri sendiri. Mana tahu, if aku tak ada madu pun, if let say laki aku pegi dulu mengadap Allah? Kan ke aku ada life-sustaining device - kerja aku. Aku akan kumpul duit untuk beli rumah aku sendiri and also insurance untuk diri and fund anak2 aku.

IF ditakdirkan aku jadik bini kedua pun, aku dah ada semua benda-benda keduniaan ni. Tak harap pada laki, if org kata aku nak kikis harta dia, aku sendiri dah ada harta benda. If org kata aku perampas laki org, aku tak buat rumahtangga dia porak peranda. Aku cuma share laki dia untuk jadi Pemimpin aku, Imam aku. If dia nak time lebih, silakan. Be my guest. Aku cuma nak zuriat yang halal. Biarlah yang lelain aku beli sendiri untuk baby aku, dia punya baju, kasut, pram dia..fund dia. Biarlah aku hidup bersederhana. Yang lelain tu, if laki aku nak belikan/ bayarkan merupakan satu bonus pada kami. Uish macam sedih plak ek? Tapi if ditakdirkan jodoh aku dgn lelaki yang dah beristeri, biarlah aku korban jiwa dan raga aku. Yang penting aku cintakan husband aku sbb Allah Taala, sayang bini pertama dia dan anak2 dia kerana Allah Taala and aku tak akan menyusahkan org lain...Aku tak akan berebut la. Biarlah husband yg tentukan urusan *masa*, urusan *rotation*, urusan *nafkah*.

So IF and only IF, bakal suami aku yg dah jadik milik org lain tu, seorang yg beriman dan beramal soleh, barulah aku akan pertimbagkan jadik bini muda dia. Yang faham agama. IF dia pun gagal nak didik isteri pertama, gagal itu dan ini, elok laki camni padamkan angan2 nak berbini lebih. Tak kemana de institusi kekeluargaan tu. Makin jahanam lagi ada agaknya...Nauzu'billah and Allahu'alam bissawab...

Ini cuma apa yang aku sendiri pk jika aku ditempat bini pertama atau bini kedua. Belum lagi aku tempatkan diri aku pada suami yang nak berpoligami. Nantilah aku cuba selami perasaan diorang sama ada memang gatal ke, apa niat diorang snonye, atau memang perasaan kasih sayang tu lebih pada org camni. Tapi pasni, sila baca Berbagi Suami Part 2 pasal pengalaman aku sendiri ngan laki org... Till later, salaam...

10 comments:

hamka said...

sebenarnya, aku belum tulis lagi pasal poligami kat blog aku..

Cuma ugama ni banyak ajar kita bila susah.., dalam negara perperangan, banyak wanita jadi balu dan IT (ibu tunggal).. maka masa tu poligami akan dapat selamatkan iman wanita tadi..

aku setuju jika poligami di buat atas dasar nak selamatkan iman wanita, kerana wanita tanpa penjaga akan terdedah kepada maksiat..

ini yang wanita kena faham..

maka balik balik, kaum hawa juga yang dah ada suami jika cintakan saudara dia, maka kena benarkan suaminya kahwin untuk selamatkan iman wanita andartu, bujang, IT dan balu..

tidak sempurna iman kamu jika tidak mengasihi saudara kamu lebih dari diri sendiri..

kasihan wanita bujang,, tapi apakan daya?

Anonymous said...

a'kum..

kalau ada jodoh, aku juga akan bermadu..alhamdulillah madu2 aku ok-buat masa ni la (aku akan jadi isteri ke-3).. mungkin diorg bersependapat dgn aku agaknya - husband/anak/harta/etc bkn utk dimiliki, tapi suatu amanah..

hmm.. tapi ramai yg against idea tu, termasuk adik sendiri.. mati2 takkan bagi husband kawin lagi satu

-zie-

Taichee~@! said...

Salaam bro hamka n zie.

Terima kasih le sbb sudi baca blog hasil pemikiran saya ni.

Bro hamka:
Ada saya terbaca pasal mulianya wanita antara tandanya ialah dia cepat jodoh.

Sayu hati ini bila baca statement tu. Tapi setiap kejadian ada hikmahnya. saya redha.


Pada zie:
tahniah aku ucapkan kerana mengatakan bahawa suami/anak. Aku kagum dgn kau. tak ramai org yg sependapat begitu sbb mereka berfikir dengan hati dan emosi. Bukan dengan lensa agama.

Aku cuma doakan kau lebih bahagia satu family yg sgt besar. Oh! Seronoknya...
Semoga kau dirahmati Allah selalu hendaknya...

Hamba Insan Fakir said...

salam sy tertarik baca blog anda, apa yg ada dlm kepala saya sama dengan apa yg saudari lemparkan dlm blog ni..bukan la sbb sy nk promotekan poligami tapi cara anda buat analgi tu..mmg kena dengan kaedah agama (Qawaid Fiqhiyyah)sy doakan anda cepat bertemu jodoh dgn lelaki yg beriman..amin

ARIN said...

Saya pun macam Ustaz Hamba Fakir, bukan tertarik saja but terpanggil to read on and on. Percentage boleh kata tak ada la perempuan nak bermadu. I pun tak berkenan dengan penyanyi tu dah bila suami diminta ceraikan isteri pertama. Dulu-dulu respect la jugak this penyanyi but now menyampah. Tau ambik, mintak tapi tak mau share. You pulak dok if, if, if...ha ha ha. Seronok jugak saya baca..hilang mengantuk to your way of presenting it. If your destiny is to be with a married man and you do as you said....gua respect lu... . Don't think too much lor. nanti banyak grey hair. For your information...might be useful...my wife is 5 years elder than me. I'm 39. It's all about jodoh. Tuhan yg menentukan. She pamper me like a baby so I yang manja...bukan dia..heh heh.
Seperti kata Ustaz kita jugak...I also hope your relation with Boe will last forever. Bertuah Boe dapat seseorang yang redha dengan segalanya. Getting tired huh Anaz..but you should be proud of yourself...you dah `berhijrah' from your previous mind-set. Thanks again and bye. -arin-

Anonymous said...

joebest

aku suka gak baca bab poligami ni.............hehehe

Taichee~@! said...

kau mmg suka..

aku tau.

Anonymous said...

Joebest

heheh.ko ni mcm taw2 ler pulak yek

ala susah sgt dpt suami mithali tu kawin jer dgn aku
aku ni ayah n suami mithali gak
aku takda hal kawin dua ker tiga ker atau empat hehehehe

IbnMustakim said...

Salam...

Satu pandangan yang baik. Telus dan berani.

Setiap makhluk yang ALLAH jadikan itu merupakan ujian kepada manusia. Alam ini dibina / dibangunkan khusus utk melayani keperluan manusia.

Poligami juga merupakan ujian utk kedua2 manusia lelaki dan perempuan. Ujian keadilan, tanggungjawab, nafkah kepada lelaki. Pada perempuan pula menjadi ujian perasaan, kehendak, kemahuan, kepatuhan pd perintah ALLAH dan bagaimana hendak realisasikan tuntutan "mukmin itu bersaudara" dalam surah hujurat tu jadi kenyataan.

Apa pun, JIKA dan JIKA kita beriman pada ALLAH dengan sebenar2 keimanan, pastinya kita menerima apa sahaja perintah dari ALLAH dengan sepenuh hati. Pastinya poligami yang diharuskan oleh ALLAH mempunyai sejuta manfaat dan kebaikan utk manusia.

ALLAH tidak akan pernah menzalimi manusia.

antaranya:

Jika isteri 1 mengandung/bersalin, isteri 2,3,4 boleh tolong jaga makan pakai (Tak susahkan org tua).

Isteri yang bekerja tidak perlu merungut penat dan letih bila balik rumah kerana nak mengurus rumah. Madunya dah settlekan...

Isteri takde la kesunyian bila suami kuar outstation.

Suami lak tak perlu risau bila kuar outstation.

Boleh buat jadual mengurus rumah (kalau tinggal serumah). Bebanan tu jadi ringan sikit.

tu serba sedikit yang terfikir di ptg2 ni...

apa pun sebuah penulisan yang bagus... tahniah.

Taichee~@! said...

Terima kasih =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails