Pages

Wednesday, April 19, 2006

.:Padanlah!:.

iya...

aku semakin sibuk dgn dunia sampai kapan aku akan sibuk juga hal-hal akhirat?
kelmarin aku beli color contact lens - amethyst and blue. 2 pasang. Ni semua gara-gara contact lens clear BioMedic aku yg mulai membuat mataku merah seperti hantu.

Ni semua gara-gara melalui sebuah kedai optimetrist di KLCC. Nak salahkan KLCC? Tak boleh sebab aku terpaksa buat marketing talk di Petronas Tower. Oleh kerana aku tak tunggu mata merahku reda dan terus pakai mata warna ametyst tu, mata aku sakit sampai ke hari ni ditambah dengan sakit kepala, demam dan selsema. Great!

Malam tadi disebabkan penat bermain badminton, aku pulang dengan tenaga yang semakin nipis. Mama marah aku ketuk pintu rumah sebab tak bawak kunci. Mama kata lain kali bawak kunci sendri sebab dia penat dok berulang-alik ke pintu. Ok...aku jawab dan terus mood aku merudum. Naik atas pulak, adik bongsuku buat kerja rumah depan TV aku. Kenapa TV aku? Sebab aku yang bayar astro tu dan mencantikkan tempat lepak aku tu. Penat...dan aku nak nonton Natasya di TV3. Aku marah dia, kenapa dia buat kerja rumah depan TV? Dia marah dan terus menangis. Aku buat bodoh aja tanpa rasa kesal, mandi dan terus lepak depan TV. Natasya takde. Dah tamat. Macam mana aku boleh tertinggal episod akhir tu? Mood merudum lagi. Turun bawah, di atas meja makan terdapat lauk kegemaran aku - tomyam dan sate! Aku hirup tomyam dan lauknya serta makan sate bersama kuahnya.

Naik atas, aku sambung baca buku Dilot untuk dana WarChild. Best jugak collective short stories ni, "Girls night Out, Boys..." apa tah sebab buku ni pelik. terbahagi dua antara penulis wanita dan lelaki dengan cara membaca terbalik di pembahagiaan antara dua gender penulis itu.

Besok pagi, aku pakai baju dan seluar yang aku dah gosok Ahad lepas. Senang hidup aku. Tersusun dan teratur. Piko dok cakap ngan aku lepas aku rasa dahi panas dia. Dia kata dia demam. Piko cakap, Lady dah takde dan terus menagis teresak-esak. Hiba. Aku dah rasa pelik malam sebelum tu, kenapa anak-anak kucing aku tiada di dalam sangkar mereka? Piko kata Abah langgar secara tak sengaja masa nak undurkan kereta nak beli tomyam dan sate malam tadi.

Terkedu aku. padanlah sate tu macam tak luak. padanlah rasa tak sedap hati. Lady yang comel, penjaga Milo semasa sakit dan lemah dah tiada untuk dibelai. Padanlah Piko demam. Lady dan Milo ni dah macam anak dia sendiri.

Hari ni aku demam selsema. Banyak benda nak dibuat tapi tak kenapa mood aku merudum macam cuaca mendung. Aku rasa aku nak balik. Kerja banyak lagi tapi aku rasa tak sedap badan langsung. Mata sakit, hidung meleleh..dan cuaca dalam ofis ni pun sejuk maca di Artik.

Baik aku cabut sekarang.

2 comments:

Paus Biru said...

Get well soon, babes... Take it easy, ya?

Obefiend Weiland said...

gara hara gara

berapa banyak gara dah? macam bunyi buaya ..

satu lagi

kunci takde pun nak merudm. pindah umag senirik la. nak balik kol bape pun world. hahaha. haha.. best dowh ade umah senirik. just me and the world.
WOOO

best

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails