Wednesday, March 01, 2006
.:My RM1.98 story's worth!:.
(NOTA MARAH: aku dah 5 kali post upload kat blogger, tapi semua post padam! so idea aku dah kering!)
Nota : (ayat2 standard)
1. Kenaikan minyak masih rendah berbanding mana2 pun negara ASEAN.
2. Kerajaan akan pastikan kenaikan tidak membebankan
3. Kerajaan tidak mampu lagi menampung subsidi.
4. Kerajaan memberi jaminan harga runcit petroleum tidak akan dinaikkan lagi pada TAHUN INI.
AYAT AKU:
Kah kah Kah ditambah lagi gaji aku yg macam cipot ni, minyak bayar sendiri (unlike bos-bos aku yg minyak ditanggung oleh kompeni), maintenance kereta yg makan ribu2 (sudah mencecah 2 ribu, bang!), itu tak tambah lagi kos sara hidup yg semakin menyenakkan perut aku. Rasa macam nak terkucil dah ni, kenaikan gaji aku yg hanya 5% (based on my floor based salary) tak setara dengan kenaikan petrol, kenaikan harga barang, kenaikan tarif air dan letrik, kenaikan interest bank dll..
Nasib baiklah aku dok ngan bonda and ayahanda...at least everything will be equally shared...
cuma nasib tak baik sebab Obit asyik sakit je lately...kali ni termostat and knuckle and bearing dia pulak yg senakkan poket aku. So yesterday, because of no intended spare parts and Ahmad plak suh aku beli luar dari beli kat dlm workshop, aku handover 530 hengget utk knuckle jah!
Obit kena admitted one day lam workshop untuk tunggu parts dia!
Nak gi sana plak sumer memember ketawa aku *busy*, so aku mintak tolong accounts clerk aku hantarkan. Mamat ni pakai keta baru and pakai 3G handphone and RM 50 notes bersepah lam poket dia. Aku tanya dia how he can afford things like that?
"Nak kerja makan gaji kat opes kita tu susah la tash...so aku buat la part time kerja apa-apa pun..."
"anyway, fon ni sebenarnya Reader's Digest kasi aku..."
"how?"
"tru subscription, my name was chosen...rezeki, tash..."
"no wonder your english is ****ing good, man!"
and disebabkan ego aku yg exec tapi miskin, aku pun belanja dia minum teh tarik Gazebo. Dia tolong hantar aku ke komuter di Carrefour...at least dia nak gak tolong aku ke Glenmarie...yg lawaknya, tren aku boleh patah balik ke SA sbb kepanikan aku yg nak balik cepat.
Sampai Sentral je, aku terhimpit dan berhenti bernafas beberapa saat disebabkan seorang wanita gempal. Gempal betul sampai mmg aku senak and pening time tu. last-last, sebab dia buat dek je dengan aku, aku pusing badan dari menyandar ke dinding ke menghadap pintu, lantaklah ko kata siku aku tajam ke apa, tak tahan beb sampai ke 3 stesen aku kena bau badan dia and terhempap oleh lemak berkrim otot-otot pejalnya...!
Kat stesen aku turun plak, teksi nak tunggu lagi 2 orang baru nak hantar aku ke rumah. shilake betol. lahanat org yang buat aniaya cam ni, dahla maghrib ni! mentang2 rega petrol naik semua pun nak naik. tapi aku sabor je sampai ada sorang uncle tua boleh hantar aku.
"keep the change uncle!"
aku bagi dia 5 hengget sebab aku cukup thankful dia boleh hantar aku...padahal meter tunjuk Rm3.70.
kat rumah, jam 915 pm aku dah pengsan kepenatan. Macammanalah agaknya org yg commute to their destination by public transport kalau hari-hari jadi sardin? agaknya kalau keadaan betul2 mendesak, aku pun mungkin jadi macam diorang. maklomlah! minyak seliter dah 1.98 sen!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
u go girl..
Post a Comment