Malam tadi aku ketemu dengan beberapa kebodohan manusia-manusia *elit* di Kuala Lumpur. Mereka memandu dan berkongsi jalanraya seperti aku. Ada antara mereka yang memandu kereta yang 3, 4 atau 5 kali ganda daripada Obit. Aku hanya mampu tersenyum. Mereka ini jika tidak memakai supir, hanya mampu berdengkur di belakang, atau sibuk dengan laptop kalau tidak berbual bisnes melalui telefon mobil yang canggih. Tidak peduli bagaimana cara supirnya memandu, asalkan mereka sampai ke destinasi. Saman? Bayar saja, duit mereka cukup banyak dan tidak hairan akan saman-saman begini. Alah! Tunggu saja pihak polis beri *diskaun* atas kesalahan mereka. Jimat lagi duit untuk mereka beli saham, harta dan *maintenance* bini-bini (perempuan simpanan?) mereka.
Kenapa aku gelarkan manusia elit? Kerana mereka bekerja di bandar metropolitan yang tidak kenal erti kasihan, tidak kenal erti belas. Malah sesungguhnya terdiri daripada mereka yang dahagakan kuasa, wang ringgit atau perempuan-perempuan. Sangat tipikal. Tamak dan sentiasa mahukan lebih daripada apa yang ada sekarang. Tidak kenal erti puas. Mungkin mereka ini hanya tahu bertuhankan hedonisma.
Aku, Effi dan Obit hanya segelintir manusia yang jika perlu sahaja akan datang ke Kuala Lumpur. Seboleh-bolehnya aku mahu mengelak daripada tercengkam dengan arus kesesakan yang menguji kesabaran dan keimanan.
"Kau pasti mahu memandu ke sana?"
"Pasti. Aku rasa dalam waktu ini, kereta-kereta dari arah Kuala Lumpur akan bersesak untuk pulang, bukan seperti kita"
"Tidak mahu tunggu Maghrib dulu?"
"Aku rasa sempat"
Aku terpaksa menelan kembali kata-kata aku sejam yang lalu. Merangkak-rangkak si Obit menongkah kesesakan gila di Jalan Kuching, Jalan Sultan Ismail dan Bukit Bintang. Sedang kami menunggu dengan sabar dan berhemah, tak semena-mena sebuah kereta elit tanpa memberi isyarat mendesup masuk di celah-celah keretaku dan kereta hadapan. Di sebelah kiriku pula, beberapa kereta melalui ruang kosong bergaris untuk memotong barisan kami di hadapan sana. Akhirnya terperangkap mereka di celah-celah kereta dari arah kiri (sebelah Hentian Bas Putra) dan barisan kereta kami. Mahu bagi isyarat masuk tapi aku biarkan saja mereka. Sudah bersalah tapi masih tidak malu meminta laluan. Minta maaf bang.
Di sepanjang jalan, kelihatan beberapa kereta terkandas, sebuah Merce S-class tersadung di tengah jalan, sebuah van, wira dan waja. Manusia-manusia yang sedia maklum terperangkap ini sekali lagi membuat satu kebodohan dengan tercangak-cangak melihat apa yang berlaku. Bodoh! Manusia seperti ini hanya melambatkan lagi pergerakan kami ke pusat bandar. mahu ambil nombor ke bang?
Kebodohan jelas menjangkitkan penyakitnya ke jalan sempit dua lorong. Kali ini, mereka yang tidak mengerti orang lain juga mahu ke destinasi dengan cepat berjaya membuat 1 lorong tambahan. maka berlaga-lagalah cermin sisi ke cermin sisi disebabkan manusia bodoh begini. Nampaknya Cik Bedah disebelahku tidak kemana juga. terperangkap dan terpinga-pinga mahu pilih lorong kiri atau kanan?
Jam sudah berdetik jam 840 malam. Adikku masih marah akan Maghribnya. Bukit Bintang sangat meriah dengan belon-belon hati pelbagai saiz, bunga-bunga ros dan pasangan-pasangan bercinta. malah restoran yang menjual aiskrim sangat meriah dengan suasana romantik, shisha (shisha...?), seolah-olah dunia ini mereka yang punya. Aku cuma geleng kepala melihat pasangan remaja perempuan bertudung yang gembira dipeluk lelaki sambil memegang bunga. Bajunya sangat provokatif. Mereka ini sama ada tidak tahu, tidak belajar atau memang sengaja menjadi dungu. Hari Kekasih hanya wujud bagi golongan bukan Islam. Tapi atas dasar pemasaran dan jualan yang mendesak, maka mereka ini tewas dan tunduk.
Puteri kata pada waktu begini bilik-bilik hotel pasti akan penuh. Pasti ada serbuan Jabatan Agama. Tapi yang menjadi sasaran adalah manusia kelas bawahan yang hanya mampu membayar barang RM100 ke bawah satu bilik satu malam. Pernah anda dengar pasangan kekasih ditangkap di hotel lima bintang? Jarang kecuali ia melibatkan golongan tertentu yang mungkin memberi pulangan lumayan pada media massa.
Satu kesimpulan sebagai seorang manusia yang jarang ke pusat metropolitan, agaknya jalan sesak disebabkan ramai manusia mahu meraikan pasangan di tempat-tempat elit seperti Menara KL, Bukit Bintang, KLCC atau di mana sahaja asal di KL.
Perutku lapar. Makanan di Secret Recipe Lot 10 telahpun aku order 40 minit yang lalu. Kesabaran aku 2 jam yang lalu meletus di kaunter restoran itu. Ah! kan lebih baik jika lain masa aku pilih komuter atau LRT saja. Kuala Lumpur seperti neraka. Aku tidak sanggup untuk tinggal, kerja, membeli belah mahupun memandu atau berjalan-jalan di sana. Aku akan merindui Kota Kinabalu...
Dengan migrasi abah, mama dan adik kembali ke Kuala Lumpur membawa suatu keindahan jiwaku di kota cengih ini. Tapi aku tetap akan merindui Kota Kinabalu. Semoga ia menerima kedatanganku mungkin bersama suami nanti. Neo, aku mahu kau lihat betapa indahnya suatu ketenangan dan keindahan alam. mari pimpin tangan mulus ini dan bersama aku nikmati.
aku sudah jelik dengan kebodohan.
kerana aku juga bodoh seperti mereka...
No comments:
Post a Comment