Thursday, December 31, 2009
.:Pasca Awal Muharram + Tahun 2010:.
(Tak bleh blah la aku terngiang ngiang dengar salam 1 Malaysia: afekah?)
Dengan ini, selamatlah kita semua dari godaan dan rasukan syaitan + nafsu.
Aku ni bercakap pasal diri sendiri jok. Especially bab gi shoping. Humangaiii!
Mata rambang jok nak beli memacam. Sekang ni dah takleh dah dek non! Ahkak dah ada tanggungjawab besau neh...banyak kena pikio.
So, di tahun baru ini, itulah yang aku nak buat dulu.
Yg lelaen leh tunggu kan?
Aku juga berharap di tahun 2010 ini bahawa
1. Aku dijauhkan daripada dapat rating yang teruk dalam LBVF dan PPA aku. Dapat 3 pun dah cukup cukup bersyukur
2. So that, kenaikan gaji aku ok seperti aku memula mintak kerja kat kompeni neh.
3. Dapat buat ACD dgn cemerlang dan gemilang untuk close competency gapku
4. Boleh habeskan MTSG trainingku
5. Boleh fokus jadik Region Coordinator + buat kerja as usual + sempurnakan program kompeni aku selama 10 bulan berturut2 huyeh!
Dan harapan besar aku yang lagi satu tu, biarlah aku sandarkan pada Allah aje. Semoga semuanya berjalan lancar... weeeee~@!
Alhamdulillah Ya Allah. Inilah hasil fokusku dan apa yang aku mahukan. InsyaAllah benda benda baik lain akan menyusul dgn izin dan rahmatMu. Rezeki tu tetap ada...
Thursday, June 25, 2009
H1N1: Yeh Yeh~@! Dpt Cuti Tanpa Rekod~@!
Daripada aku kena saman RM10 hebu hengget, elok aku dok dendiam kan?
Maklumlah takut aku jadik cam Zombie Kampung Pisang puleyk. Dok syok syok sebarkan virus kat jiran depan umah aku yg evil tuh (nantik aku ceta apa dorang dah buat)
Weehuuuu~@! Syoknya dapat kuarantin cenggini (or so I think!)
Mari baca kat sini:-
PUTRAJAYA: The Health Ministry has urged all employers to allow seven days’ unrecorded leave for staff placed under quarantine for Influenza A (H1N1) or going into self-quarantine after visiting Australia, Mexico, the Philippines or the United States.
Its minister Datuk Seri Liow Tiong Lai said the quarantine measure was aimed reducing the chance of the infection spreading to others, and employers should allow the unrecorded leave for the sake of “public safety and national security.”
H1N1: 10 things About Self Quarantine
So..no shopping aye?
Kawen pun tak bleh enh? Adoyaii...
Deym. I'm bored to stick!
Friday, June 19, 2009
Where is Me?
Chak u ollz~@!
If you've been wondering where I was for the past weeks, well I was busy to & fro Kch-KL lately for my (insyaAllah) upgrading of my position. Its a requirement that all of us here kena fulfill. So, alang alang aku kena buat job lebih mencabar starting July, aku mintakler Boss kowtim kan for my trainings kasik abes. So pernah aku siang dari KL, overnight kat Kuching tapi keesokkannya balik KL balik. Sampai Modjo kata, ek eleee ape kes la! (Dia jeles la tu). Ni pun baru balik dari Melaka untuk training. Balik Melaka sempat berposing ngan Jiji + adik (sori gambau tak boleh diletak - sukati aku lah kan?)
So itula nye, starting May full swing ke Jun. So bila ada life, maka blog ini pun semakin bersawang dan berhabuk. Hehehe..normal la kan?
So maybe u ollz nak tau enh, cemana aku ngan Modjo? Well, so far ada perkembangan yg positif.
1. Pernah satu hari yg indah nak tgk wayang ceta Terminator Salvation ngan adik. Aku tak kata pun kat Modjo aku nak tgk ceta apa. Tp dia tau la aku kat Cineleisure. Little that adik & I know that dia dok skodeng and beli tiket movie yg sama ngan we olls. Nak dijadikan ceta kan..aku rasa aku ternampak dia dok sengih sengih kat adik dengan senyum dia yg chomel tu. Tp yg herannya adik tak pasan dia. Bila aku cakap baju kaler begini dan begitu rambutnya, badannya cenggini cenggitu, maka Modjo pun mengesahkan dia mmg ada kat sana. Cheyh. Itu pun nak rahsia. Last last kantoi sendirik! (Aku tak pulak tego dia, sbb masa tu aku konfius).
Modjo orgnya tinggi dan cerah (juga chomel). Aku rasa aku takat telinga dia je. And err.. badan dia sedap sedap gitu (pelukkable). Bak kata hanty tentang kejadian ini, "itu namanya dating jarak jauh" Adoyai. Pe punya dating tah, tak janji pe pe pon~@! Rasa macam baru nak blaja bercinte je. Tak pernah pulak selama umur aku ni, aku experience cinta yang sebegini. If ada orang kata What Are You Taichee? 15? Hehehe..I couldn't agree more. Sebab ini macam betul betul first love aku yang aku tak pernah ada!
2. Disebabkan telah terkantoi oleh aku, maka Modjo pun dah berani tunjukkan video dia main gitar akustik dia + nyanyi lagu Halo versi dia utk aku menandakan itu adalah dia terlatest. Hehehe..dan dia sgt shomel~@! (kunun malu malu nak tgk vid, sbb dia kata, mmg dia dok imagine ada org tgk dia - tah papetah!) Masa tgk vid ni kat opis, aku dok "OMG! OMG!" Sbb keshomelan dia itus.
3. Aku tak sabo nak balik KL lagi. Bukan sebab nak dating ngan dia. Ohhh maap makcik pakcik sekalian kerana menghampakan anda. Ni bukan cinta biasa dok dating mating. Selagi dia tak jumpa mama & abah, selagi tu aku tanak jumpa dia face to face. Sebab tu la jugak aku n adik rapat. Cuma aku rasa hidup aku penuh kat
Kesimpulannya: Modjo ada cara sendiri. Tak gelojoh. Tak kecow. Cool je. And cara dia dok suruh aku rapat dengan adik sebagai wakil dia tu nampak dia benar benar ikhlas. Aku pun boleh korek rahsia Modjo. Sejarah dia. Cemana dia. (at the same time, adik pun ceta pasal aku kat Modjo kan?) Nak tau dia tinggal kat mana pun boleh. Tapi aku tak buat je sebab aku nak Modjo sendiri tunjukkan aku. If dia ni tak betul punya manusia, dah lama duit aku kena kikis cam jejantan laen dan aku takkan di expose pada pihak keluarga dia (takut kantoi ngan bini). Kalau ada lagi org yg skeptik dan takut aku masuk gaung cam dulu, well. Wamakaru wamakarallah. Wallahukhairul maakirin. Jodoh kat tgn Allah. Aku sekadar berdoa biarlah Modjo lelaki permanent yang bertapa kat hati aku yg sunyi ni. Biarlah dia jadi suami aku dgn izinNya. Aku rasa tak lama lagi je tu. InsyaAllah. Nak buat dia jeles lagi... Kasik percepat. Lalalala~@!Doakan la enh! Aku sendirik tak sabo nak jumpa cinta hati aku yg sorang tuh!
Adoi mak kawenkan aku~@! Hahahah <---aku dah wajibul ghunnah kawen dah pown. Haruslaaa
p/s: Aku dah malas berblog. Bak kata mama, ada banyak lagi benda berpekdah boleh dibuat. Seperti mengingati keluarga, menolong mak abah kat rumah (ni pun aku termiss). Adoyai. Sakit gak pale. Baik aku tido sambil tunggu Modjo balik ni (ecewah mcm yo yo ow je)
Tuesday, May 19, 2009
FUWAHHHLAWEEEHHH
Bukan hape, dari 6-10hb aku berada di KL untuk:
Atas faktor peribadi, gambar ini ditopo kan. Me & Adek kat kedai spek Great Eastern Mall. Ini outing ketiga kami :)5. Aku terasa sangat dekat ngan Modjo tercinta (dia yang ajar aku tentang pentingnya hubungan kekeluargaan dari segi apa yang dia praktis, ni aku yang observed bukan dia bagitau pown). Aku dah pass kat dia handmade Pop-up Card (ingat tak projek tertangguh aku penah blog dulu?) + cuppacake dia + hati unta Mama belikan tok dia + kek Lapis Sawak Chunky Choc n Masam Manis dia + Chenta dia heheheh... lalalalala~@! Shayangnye haku kat orang tua Modjo itu.
Mencik! Aku lupe mo sain ini kad! Mencik tak beli kad cream banyak banyak! Mencik!
Lepas itu, 11-14hb:1. Aku ada Sales Meet satu department turun. GM aku make a point it was a very engaging meeting. Dia komited turun padang bagi ilmu dan pointers yang patut we all take note. Dept aku ni memang serious biz, tapi bebudaknya cam happy go lucky sentiasa. Cam ni la baru hero geng!
1b) Masa we all gi main boling suka suka itu, aku adalah pemegang highest score perempuan. Hehehehe... AND dorang decided buat "surprise" burfday celebration kat tempat boling itu kepada semua May Babies~@! Ohhh terharunya...tapi aku malu jugeykla...sebab haku dah TUA, KEREPOT, Nak Mampos tapi tak kawen kawen lagi...Hahahaha~@! Thank you Mr. SD + Planning Unit yg sangat sangat lah thoughtfulnya... (yelah buat Sales Meet dekat ngan time burfday haku plak tu)
Bebudak yang bertolak tolakan meniup lilin. (tatau nape masa ni aku terasa lonely sangat sangat altho I was not alone?)
Bukan senang nak kalahkan bebudak laki, hokeh~@! Siap suh maen laju lagi...:p
2. Aku nak selebet burfday aku di Penang ngan Ziyyad, Dilot & Anas & Taro. So aku angkut dak Taro naek Penang, harapannya dia bawak Blackie, tapi masalahnya, dia ni tak bawak spek pulak (alasan dia laaa). Taro awal awal dah belikan aku selendang purple yang best gilers. Thank you hadik! I love you!
4. 15hb itself aku naek Kedah tengok adik bongsu aku, Piko pulak. Sian dia kan? Tak pernah dok berjauhan dari famili. Rupenya, dia gak yang mintak gi sana. Kunun terbaek la tempat itu. Abah yang tau aku nak naek Penang, suh aku naek Kedah passkan karpet tebal anak bongsu dia hehehehe.. Padahal mama rileks je.
5. Aku siap melencong ke Alor Setar bawak Ziyyad ngan mamanya jenjalan sambil makan laksa Kedah yang besa besa jek. Saje je ngada nak tengok tempat lama ku itu.
6. Balik Penang dulu hantar Ziyyad & Dilot, baru aku rempit balik ke KL. Alaa takdehal la setakat 3 jam perjalanan tu. Aku rasa aku terkena speed trap malam, sebab nampak cam ada lampu biru blinking kat atas tower polis kat Perak (tak ingat kat mana). Ada ka patut polis ni keja malam malam? Siang dah ahhh... (NOTA UNTUK Taro, tolong cek Blackie ada kine ke tidak, supaya saya boleh bayar saman SEBELUM En. SB tau yek!)
7. Modjo terkena sakit tekak melampau dan batuk yang kesian sangat aku dengar. KOHOK KOHOK KOHOK.! Adeyh...mamat tu bukan reti nak pantang. Maen belasah je makan. Dah tau tenggorok tu sakit lagi mau makan sambal + minyak + minum ais. Terbaek betul! Hoh! Geram makcik!
8. Jumpa lagi D3katian gals, mek mek fabulous kat umah emak Cik Flyer. Cik Sweetie siap belikan aku hadiah yang amat amat amat aku suke! Cuppacakes + handbag...woooo~@! Best gilers! Cik Flyer kata nak bagi aku voucher spa 2 jam kat The Curve. Tapi kena gi ngan dia. FUWAHHHLAWEEEHHHH~@! I loike~@! Cik Mag pulak bagi aku eyeliner yg seswai dipakai ngan tudung kaler biru.
9. SD card Pentax haku hilang masa kelam kabut kat item no 10 kat bawah itu. Tapi aku dah komplen kat Modjo. Hehehe...Modjo nak belikan baru...yeeehaaa~@! Andre andre~@! (Lenkali nak hint la...Bie: Taro dapat Acer Aspire kecik tu free~@! Tu lappie idaman I..(hint! hint!)
10. Aku kelam kabot naek AirASUCKS sebab dia kata aku sengaja tukar time balik aku dari jam 5 petang ke jam 7 pagi.
Padahal aku cuma tukar dari 14 Mei ke 11Mei.
Hilang hakal ke apa? Aku NAK BALIK ke jam 7 PAGI masa 17 Mei tu? Pastu, dahlah tak bleh compensate, aku kena pulak pegi beli sendirik kat kaunter AirASUCKS tu kat KL Sentral, giliran ke 90 lebih... HILANG HAKAL KE? Jam dah kol 330pm (dari kua umah + tunggu giliran jam 1 lebih) baru aku rempit balik umah and rushing balik ke Kch untuk flight AirASUCKS jam 640 ptg. BOOOOO~@!
Hentahla. Aku dah MENYAMPAH dengan AirASUCKS ni. Memang betul-betul style Bas Ekspress Cap Hayam je aku rase.
Lenkali aku naek MAS aje! Lantaklaa bayar lebih tapi HATI PUASSSSSS + SELESA + Flight Attendant yang sopan dan pro-aktif, bottomless juice, hot food, Lebih berat bagasi, benti kat KLIA instead of LCCT cam Pudu tuh. HOH! (alaaa sekang tak bnyk beza pun harga sbb AirASUCKS ada hidden cost lagih...menyampah hokeh! Sama je pown in the end rega dorang...beli je tiket MAS awal awal sudeyh)
Pepehal pown:
Aku nak balik ke Tanah Tumpah Darahku Malaysia balik; kali ni naek MAS!
Aku dah sourgrape ngan AirASUCKS makan duit aku banyak kali dekat seribu dah habes in one return flight KCH-KUL-KCH.
Tuesday, May 05, 2009
AKU STRESS
Peh!
Stress berat.
Semalam kena buat sesuatu yang sangat urgent. Menaip bak secretary sebab kertas aku direjek shopkan. Aku sebagai kuli sekadar mengikut arahan walaupun setelah aku memberi buah fikiran yang aku dah alami sendiri selama setahun. Lagipon, sapalah haku kan? Aku baru je menceburkan diri dalam bidang ini, baru setahun jagung cuma. Aku ini bodoh. Tidak tahu menulis kertas kerja. Aku tidak punya pandangan helikopter, aku cuma ada pandangan Airbus sahaja sebab dalam hidup aku, cuma sekali je aku pernah naik heli.
Aku tahu, aku lost!
Aku seperti hilang arah, hilang kemudi.
Aku menggagau seperti orang tanpa peta, tanpa google map hatta tanpa GPS. Meraba tanpa cahaya dan tanpa ilmu.
Aku rindukan source. Aku rindukan ilmu.
Bila aku hilang punca, aku tidak tahu pada siapa aku kena rujuki?
Orang yang paling aku nak rujuk dah pindah negeri dan yang paling aku nak rujuki pula jauh diseberang laut!
Aku stress berat!
Dalam masa sama, aku juga dihujani pelbagai pertanyaan. Aku dijadikan port melepas geram dan aduan. Sapalah haku kan? Yang penting sekarang, setelah mendapat bimbingan dari seorang yang sangat berpengalaman dan berpengetahuan sekurang kurangnya ilmu dia aku kitar semula. Aku tau, aku kena ikut garis panduan dan cara kerja kompeni aku sekang. Itu yang lebih utama. Lantak pilah dorang nak benci haku dan nak marah marah. Aku letak je telefon atas meja dan buat keja aku, and cakap, "ooh...ok, oohhh ok!" sepanjang masa. Kunun aku dengar. Tapi aku malas nak layan snonye. Sebab dorang memang dah terang lagi bersuluh salah. Apa kes pulak nak marah marah orang lain. It's everybody's game now.
Aku stress berat!
Sebab aku tak boleh go ahead planning apa aku nak buat pada 11 Mei nantik sebabnya semua pending atas satu keputusan tidak berani mati. Padahal benda itu mudah saja! Aku benci tunggu keputusan yang slow dan tindakan yang lembap. Aku benci sebab benchmark aku 24 jam saja. Padahal tiket AirAsia aku tidak bertukar lagi! Dan time is really running out (beserta duit aku juga)
Aku stress berat!
Sebab report aku tak berjalan dan aku tak ada mood nak buat sebab perkara perkara yang disebutkan di atas. Aku benci dengan diriku yang begitu senang dihempuk emosi dan tekanan. Padahal aku boleh je buat satu persatu.
Sekian.
{dalam pada aku stress ini, aku hubungi Modjo. Dia cuma boleh mendengar keluhan aku...oh! betapa sabarnya dia meladeniku. }
Thank you sayang
Kenapa?
Thank you sebab sayang i
ni bukan sayang sikit sikit nih
bukan sayang sikit sikit?
yelah i pun taktau nak cakap cemana.
apa je i buat kat u sayang banyak kat i?
susah nak cakap...
{lepas tu aku dan dia recap balik cemana boleh bercakap dengan each other, although dah lebih 5 tahun both of us add each other. sampailah di saat aku menghilangkan diri daripada dia selama 12 jam - helleh baru 12 jam}
betul ke u cannot live without me?
iya sayang. i realize lepas u tak jawab my fon, u off henfon and i taktau cemana lagi i nak cari u masa tu...
so u betul tak boleh hidup tanpa i lah?
[.........]
sayang...r u sure u nak kat i? dia tanya
u think cemana? I'm sure by now, u tau kan?
i nak u cakap dengan mulut u sendiri
ok..i {nama penuh haku} pasti dan muktamad yang i nak u {nama penuh dia} as my beloved husband.
thank you sayang..
sayang... u betul betul sure nakkan i ke? Aku tanya soalan yang sama pada dia.
sure sangat! Masa u hilang tu kan, i hilang punca. I carik and i suruh everybody carik u jugak. Sebab i takut u takmo jawab fon i, i suruh adik adik i carik u. Bila u jawab je my fon the next day, u tak tau betapa panjangnya i tarik nafas i. risau sangat...
i love you sangat...
{and for the first time in my entire relationship with him, I was totally speechless...}
Maklum semenjak dari dulu lagi, aku je yang cakap paling banyak dari dia. Selalunya dia banyak dengar lagi dari bercakap. Sama jela masa dalam messenger pon. Tu sebab dia banyak "bercakap" melalui lagu lagu dia dan tindakan yang dia buat..
and kebetulan flu aku sangat teruk masa ni...
and masa ni lah aku ambik kesempatan menangis tanpa dia sedar
and malam tadi, for the first time, dia lebih banyak bercakap dari aku sebab dia tahu aku tengah stress dan tak sihat.
Aku harap, memang dialah lelaki terakhir dalam hidup aku. If Allah make it happen, He will!
InsyaAllah.
and for the first time malam tadi, dia tidurkan aku dengan kata kata dia. Aku pun tak tau bila aku tidur. Tapi hearing his words malam td macam my lullaby...(oh! padanlah dia nak aku nyanyikan tok dia apalah bagai.. camni rasa dia enh?)
InsyaAllah. InsyaAllah. InsyaAllah.
Aminnnn....Ya robbal a'lamin...
Sunday, May 03, 2009
List dan Tok Nenek List!
Memandangkan hari yang aku tunggu selama sebulan lebih semakin dekat, makanya aku sungguh teruja nak buat dan nak hapdet list. Maklumlah kan.. Apa lagi aku nak buat kat sini sorang sorang dok jauh dari famili dan yg terchenta. Keja plak sumer dah settle. So.. marilah!
Dulu punya list:
Work thingy
4. Streamline balik kerja aku travelling satu Sarawak ni.
Others:
LIST BARU!
Ni untuk barang yang perlu dibawa ke KL
1. Kek lapis Sawak tok maklang + maklong (sbb aku rasa belum penah belikan dorang). Pastu tambah tok umah x 3 (taro je sebijik), nenek + hanty = share 1, tok Modjo + adik2 dia= 2 pcs. Altogether: 8 ketul! Humangaii...berat beg nih tapi takpe naik MAS pown. Takyah bayar sebuk sebuk cam AirAsia!
2. Baju baju shantek nak
a) Dipakai masa naek flight sbb masa turun bakal kazen ipo nak amek kat KLIA. So kena pakai shantek shantek maa... (Note to self: kena make over jugeyk! Sila pakai ctc lens yeh!)
b) Dipakai tok pegi course Legal yang mandom tuh. Maklumlah, manalah tau Modjo boleh anytime nak turun jumpa haku. So kena lah ready although dia tak janji kan? Dia tu kan suka surprisekan orang? Biar prepare awal, jangan menyesal tak sudeyh.
c) Dipakai kowtlah dia nak datang rumah jumpa mama & abah kan? So far takleh janji apapa pun. Sebab as usual, kena tunggu dan lihat. Aku juga bukan seorang yang suka paksa orang. Taulah dia apa dia kena buat, kan?
d) Manalah tau kowt dah lepas jumpa mama & abah dia nak ajak makan kat Auntie Anne ke, bawak jumpa makcik pakcik dia ke? Kan? Takpe, jgn terlalu wishful thinking, tapi tak salah buat preparation awal.
3. All the chargers - fon dan camera.
4. Make over kits - complete set
5. Extra contact lenses, sebab makcik kan dah rabun. Nak pakai spek macam nerd. Hahaha..Sukatilah!
Yang lelaen tu rasanya biasalah..
SEBELUM HAKU PEGI KL, AKU KENA
1. Siapkan monthly report dulu
2. Siapkan streamline kerja masa travelling
3. Go thru customer files, hapdet and gegarkan mana perlu
4. Review balik apa yang aku buat minggu lepas, maybe dah patut hapdet.
5. Cek balik emel planning. Aku kena tukat flight ticket lagi kowt? Huhuhu urgent nih!
Oklah. Baru nak mandi nih. Hahahah~@!
Habes cuti 3 hari haku kan? Tak sesia pun sebab banyak gak mission accomplished altho agak slow and steady. Aku bangga apa aku dah buat, siap leh layan tido malas lagi!
Lalalala~@!
Sunday, April 26, 2009
.:TRAINING or NOT?:.
Sabar jelah aku.
Bila tengok date on Social Etiquette Training yang supposed to be held on May 4th, rupanya ditunda ke 26 ke 27 tah? Hampeh.
So tinggallah training on the 7th yang paling boring on Law & Contract. Social Etiquette tu training cemana nak bersosial + makan. Sebab tu lah best. Hahahaha~@!
So.
tak dapeyk pulang awal. tak rezki lagi.
tak apa.
Nak tau tak apa rasanya hidup sorang jauh dari org?
"adik angkat" aku dak yati dah abandoned aku sbb dia ada kengkawan yg lebih mantaps more to her age (25). Kat opis sekang dia dah naik pangkat jadi clerk apetah langsung tak menegur aku. Hmmm... Selalu gak aku cakap ngan dia, "Wah! Ti...sejak naik level ni, ko langsung tak bertegur aku. Sibuk sangat ke? Ajak aku keluar/jumpa pun tidak dah sekang"
Jawapan dia: Aku memang dah janji dengan diorang blablablabla..
HOH! Alasan!
Mengingatkan aku pada seorang dua manusia yang tak pegang pada janji. Nak jumpa, dah janji sekian sekian. Last last left me high and dry. Dulu macam ngam gila, rapat ngan aku, last last kononnya aku dahberubah langsung abandoned aku. Hoh!
So imagine.
Apa perasaan korang, dok sorang, takde kawan perempuan?
Aku malas la nak keluar ngan kawan lelaki. Kang apa pulak kan? Malas!!
Rindu itu haruslah maksima pada famili, kawan dan yang terchenta kan?
Kalau tak percaya meh sini datang ganti tempat aku.
Nak makan pun takde moodlah!
Rasa nak tendang semua benda kat umah nih!
Saturday, April 25, 2009
Mahu Pulang!
Jam dah menunjukkan pukul 8:23am.
Lepas Subuh tadi sampai sekarang aku tidak dapat tidur memikirkan betapa bestnya mahu pulang (kan best kalau pulang ke
Di waktu begini, Modjo sedang enak dibuai mimpi
{Lagu Sempurna + ID muka sayang yang paling baru}
Hai sayang!
Hehehehe...
Sayang dah penat enh?
Haah..i dah ngantuk la
Pegilah tidur sayang..
Sayang, you dah lama tak nyanyikan tuk i
Alaa...sore i buruk la sayang!
Alaa...please...i nak u nyanyikan lagu tuk i bagi tidur..
Em...hahahah~@! Alaa..lagu pe ye?
Tak kesahla lagu pe pon...nak dengar sore u
Ni sore i la nih...
Alaa..
Hisk! Kenapalah boiprenku ini sangat manja enh? Jap I gi minum air jap sayang...
Ok..
Uhuk uhuk... okey here goes...
(Maka aku pun nyanyikanlah dia lagu Kaulah Segalanya + Antara Anyir dan Jakarta and lastly Eternal Flames, semua versi pendek pendek til chorus jek)
Sungguh sungguh aku nyanyi sampai pejam pejam mata gitu, nak dapat feel kunun. (Kalau depan dia aku nyanyi sungguh aku akan gelak gelak punya)
Sayang?
Saaaayanggg....
Heloo...
Hmm.. betul tidur ke sayang aku nih..langsung tak berbunyik
Dah komfem agak lama gitu sebab aku takut aku hang up begitu sahaja.. makanya aku pun cakap selow selow gitu,
sayang..selamat tidur enh
Good night my sayang, sleep tight and sweet dreams
Have a good rest ok?
I'm gonna hang up now
I love you loads
*toot* (dicensored untuk kebaikan bersama, hahahahha!)
Takpelah. Aku tidak mahu mengganggu Modjoku. Selalunya dia akan tidur balik lepas Subuh sampai la tengahari. By that time,aku dah sampai Kuching insyaAllah, baru aku akan telefon dia (selalunya dia yang fon/msg bila dah bangun).
Flight aku jam 1125. Jap lagi nak ambik bubble bath sambil baca buku Flirt in Cars. Dah plan dah this weekend nak buat apa. Peh! Bukan cuti lepak malas lagi dah! Aku dah buat tu semua dengan Piko. Memandangkan Boss baru dah bergiat aktif kini dan memandangkan banyak acara kerja aku kena buat minggu depan maka aku kena buat list.
Work thingy
2. Buat claim (peh! mati aku kalau tak claim cepat nih...banyak dah pakai duit)
4. Streamline balik kerja aku travelling satu Sarawak ni.
Others:
1. Bayar bil bulanan
5. Lawat Fredie sebab dapat baby gal baru semalam (Taurus lagi! Dia laki bini pun Taurus!)
Lagi satukan...
Aku banyak sangat terserempak nombor feveret aku, 5 dari Kuching-Miri-Bintulu-Sibu.
Hmm...
Oklah nak mandi bubble bath dulu, bersiap siap nak balik ke Kuching.
Aku rindu la..
Friday, April 24, 2009
HAPDET CERITA YANG HARUBIRU!

1. Aku dah buat report polis IC aku hilang. Dorang suh aku segera buat IC kat Kuching (sbb aku travelling). On this aku ucap terima kasih bebanyak pada best fren 14 thn ku, Pn KayBe. Tanpa pertolongan kau, aku patah kaki!
1b. Aku juga dibelanja makan sushi & tempura. Malam tu adalah sesi mengupas dan terkupas. Almaklum lama gila tak jumpa minah nih! Uwaa...lepas rindu aku. (Dan betapa terernya dia menguruskan badan beliau. aku sungguh cemburu!)
En. Customer sanggup singgah ke Sibu semata mata untuk memberikan aku IC yang tercicir di kawasan jagaannya di Miri. Sanggup pula dia menunggu aku selama 4 jam sebab aku masih di Mukah. Peh! Syukur Alhamdulillah. Tak rugi berbuat baik sesama manusia!
Aku ingat nak belanja customer terbesar aku di Sarawak malam tadi, rupanya ada dealer aku yang sangat kaya pulak belanja kami orang semua. Syukur alhamdulillah lagi! (actually towkay dia bini dia, and bini dia ni segala jari, wrist, leher dan telinga semua memakai DIAMOND hokeh! Peh bling bling tak hengat! Lawa dan BESAR pulak tu? Terjojol mata aku melihatnya! (teringat cincin dan bangles yang aku nak tu, kecik bangat dan comel berbanding dengannya - aku sedo diri hokeh)
2. Modjo bank in duit. Aku sangat sangat sangat sangat terharu giler punya boyfriend begini!!!
Di saat saat aku berkelam kelibut, Modjo sungguh sungguh mahu menolong. Malah dia merajuk sebab tak bagitahu dia FIRST HAND! Yelah aku mana biasa menyusahkan boyfriend. Lagipun aku tahu dia sangat sibuk. Aku suka share cerita ngan dia sebab nak bermanja je. Tak sangka plak, dia ambik hati aku tak refer kat dia dulu.
Dia jugaklah yang suruh aku utamakan cemana nak buat IC cepat cepat, so that aku boleh balik KL (dan both of us can finally meet each other). Tadek IC kalu, cemana aku mo keluar Sarawak? So cemana pulak nanti program Bulan 5 aku? Takmo benda baik ni tergendala kan?
(Lagipon sekang aku dah dapat IC aku balik. So benda ni scrap out dah)
Sekian.
Aku yang penat.
Tapi Modjo still sayang sama haku.
Wee~@!
Thursday, April 02, 2009
Satu Tahun, Sudeyh~@!
(dan berjuta juta chenta untuk bergerak gumbire - Oh! Modjo, I really miss you)
Ok. Itu tak relevan. Tapi aku nak selit gaks! Lalalala~@!
Tuesday, March 31, 2009
Entri Mereng lagi Jiwang (Anda diberi Amaran!)
Aku terfikir adakah aku orang yang bertuah atau dia lebih bertuah?
Tapi aku rasa kami dua dua bertuah. Aku bertuah punya dia sebab dia ditinggalkan dan kerana aku ditinggalkan maka dia juga bertuah punya aku. The sore losers that finally WINRAR! Bak kata Effi. (Sore losers kah? heh) Mana taknya, setiap kali bercinta, gagal. Setiap kali mahu serius, kena tinggal (tapi ada jugak yang aku meninggalkan sebab aku rasa no point teruskan hubungan atas satu landasan rapuh).
Fahamkah?
Tak apa. Yang penting, kami berdua diberi peluang untuk saling menyinta. Diberi peluang untuk merasa keseriusan bercinta dan akhirnya (setelah lapan tahun lamanya) aku merasa hubungan aku kali ini ada pergerakan menuju ke hadapan! Selama 8 tahun lamanya, aku bingung memikirkan sama ada bolehkah aku berjalan ke hadapan menuju ke satu peringkat yang diredhai Allah? Mungkinkah aku akan bergelar isteri orang seperti orang lain? Mungkinkah aku juga dapat punya anak dan keluarga sendiri seperti orang lain? Adakah terdapat lelaki yang sudi memperisterikan aku (errr selain daripada yang telah punya isteri tapi masih mahu tambah lagi). Sepatutnya aku tidak perlu bertanya dan tertanya-tanya sebab semuanyakan sudah ditentukan Allah? Oklah. Chill, chill. InsyaAllah jika benarlah aku tercipta untuknya dan dia untukku pasti suatu masa nanti kami akan disatukan dalam satu ikatan yang diizinkanNya, penuh rahmah dan mawaddah.

Aku tahu di kedudukan aku sekarang, cabaran untuk punya seseorang yang aku sayangi, single dan available (jap nak tambah: chomel, sweet, caring, manje, gediks, ngade, kreatif, suara sedap, pandai main gitar, romantik, bersukan, suka travelling, berimaginasi tinggi, sama taste, famili best, suka buat orang gelak, suka buli buat orang gerem! etc etc... x 1001 macam lagi) amat sukar, aku ulangi SANGAT SUKAR nak dapat. Lebih lebih lagi bila mana populasi perempuan kepada lelaki di KL adalah seperti 10:1. Pulak tu, kebanyakan lelaki telah dicaras oleh perempuan yang lebih muda atau pun lebih tua. Jadi golongan sedang sedang umur seperti aku?
Apa yang aku tahu, dengan adanya Modjo seperti dia, hidup aku sangat cargas sepanjang hari. "It's good to know that somebody out there is loving and thinking about you, that good feeling. You feel warm and loved.." Jangan tak tahu ini kata kata staff aku si Tim Kwong (TK) ketika aku menjawab soalannya, "my old flame has long gone but somebody better is truly in love with me."
Entah kenapa sejak dua menjak ini, TK suka bercerita dengan aku. Mungkin dia mahu sedikit aura gumbire aku agaknya. Kebanyakan ceritanya sayu dan sendu. Aku cuma mampu bercerita hal hal positif padanya. Mesti ada sesuatu didadanya yang mahu diluahkan tapi ada sahaja gangguan. Takpe TK, I'll be here if you need me.
On other note: Di ketika hatiku berbunga bunga, aku juga sebak memikirkan akan sampai waktu aku berpisah dengan Coach yang telah banyak mengajar aku. Aku rasakan dia seperti bapaku di Sarawak ini, seorang mentor dan boss yang tinggi ilmunya. Dia juga suka menegur aku dan berlawak dengan aku tentang soal jodoh dan kehidupan. Dia buat aku berfikir tentang aku. Dia telah kujadikan idola kerjayaku (selain abah dan Ms. Roger). Banyak kata kata semangat dan nasihatnya aku genggam dan aku simpan di hati dan kepala. Aku bangga dengan Coach, aku bangga jadi pekerjanya.
Emel terakhirnya siang tadi membuat aku sendu. Aku tidak mampu meneruskan bacaan bila mana dia mengatakan selamat tinggal pada kami semua di Sarawak. Terus berlinangan airmata memikirkan apakah nasib aku sebaik ini selepas dia pergi (ketika ini pun aku sudah cengeng!).
Tadi siang, aku menghantarnya buat kali terakhir ke KIA. Sepanjang perjalanan aku hanya mampu berdiam dan tidak mampu bersuara takut berguguran airmata. Ah! Aku si cengeng! Sebaik melangkah kaki ke luar kereta, aku katakan padanya secara berseloroh (takut aku nangis), "All the best of luck for you in Sabah, Boss!" "Oh! Thank you.." Coach senyum. Aku katakan lagi, "We're gonna miss you!" Senyum saja Coach ketika mendengarkan ini. Aku pergi dengan hati yang sungguh berat.
Hanya doa saja aku panjatkan pada Coach aku ketika Zuhur tadi. Moga Allah membalas jasa dan budi baiknya mengajar aku dengan ikhlas, memimpin dan memberi aku cahaya ketika aku amat memerlukan. Aku doakan agar Coach aku dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan, bahagia, sihat dan selamat. Agar Allah merahmati Coach aku dan melimpahkan lagi rezeki padanya dan keluarga. (Menangis lagi!)
Setengah jam kemudian aku kembali ke KIA untuk mengambil Boss baruku dan familinya. Maka bermula hari ini, Greenie dipakai mereka dan aku kembali ke sisi Obit! Oh! Obit...kau tahu? Kau masih setia dengan aku. Aku harap Encik Sayang a.k.a Modjo juga begitu. Biarlah kali ini, ia kekal sampai ke syurga. (Amin!). Memang aku sayang dia tetapi apa apahal pun kita harus kembali kepada Allah. Berharap padaNya dan selalu meminta padaNya. Tidak akan ada daya dan upaya melainkan dengan izin dan rahmat dari Dia. Kerana itu, aku masih menyimpan limpahan kasih sayang yang ada padaku untuk dia selepas bergelar suamiku yang sah nanti, insyaAllah. Kerana itu, kami masih tidak berdating seperti kebanyakan orang lain. Jika dia mahu, biarlah dia tunjukkan keikhlasannya berhadapan dengan kedua orang tuaku atau dengan orangtuanya. Aku tidak mampu lagi mahu kecewa dan buang masa.
Anyho,
Kan aku dah kata, aku memang emo! Mana boleh emo itu hilang dari aku.
Jadi lagu yang aku tepek kat entri kali ini memang menggambarkan ke-emo-an aku. Allah ambil Coach yang paling aku respek dan sayang dan gantikan aku dengan Boss baru (insyaAllah moga moga dia ok). Dulu aku selalu kecewa dan patah hati kerana sunyi dan sepi. Sekarang ni? Jangan haraplah! Kang ada je sms teet teet yang bising tu masuk. Lepas tu, ada je lagu Sempurna berbunyi di telefon kesayanganku (tiada 3G dan tiada benda canggih lain). Jika tidak itu, pasti kami bergayut di messenger saja.
Aku kan suka cabaran?
Jadi, lebih baik begini tidak ketemu tapi sering bertanya khabar. Menunggu hari dan saat itu, sangat mendebarkan hati dan sangat teruja pula rasanya. (Peh! cakap macam ni pun dah sakit jantung semacam)
Di saat blog ini ditaip, Encik Sayang (Modjo) telah beberapa kali mesej mengatakan sudah mahu balik. Hehehe.. Entah apalah yang dia akan bebelkan/ nyanyikan/ berikan pada aku malam ini. Pasti ada unsur unsur kezutan (AF pun dah tak mampu buat) yang membuat aku gumbire.
Hmmm..
Friday, March 06, 2009
Waaa~@! I Can Blog From The Office!!
Oh Yeah@~!

Taichee's happy wall
Almost a year later: My messy workstation but with a happy working environment = productive.
p/s: Since Sifu told me that I have that energy, the aura to keep the speed and pace, I kept grinning. He said something about leadership. He said a lot of things about work survival. He's my father here in Sarawak. I've always look at him highly and adore his style. He will be remembered as My Sifu. I used to be a zero to now nearly-there-hero(ine). I will miss my Sifu terribly. "I'd appreciate what ever things you thought me Sifu. That's why I feel lost if you move to Sabah." while trying very hard to hold my tears and pretend that I'm smiling naturally.
I grin & I cry as I'm only a lonely working girl who is trying her best to fit in this foreign land of the hornbills.
Thursday, November 13, 2008
Kemudahan dari Allah Juga...
Gambar dipetik dari BLOG INI
[Lagu Senja]
Semalam jam 415pm aku telefon Mama, tanya di mana mereka berada. Rasa tak syok pula bila sampai rumah, disambut sorakan sunyi. Maklum, Piko harus diambil dari sekolah dalam jam 430pm asbab SPM.
Balik dalam dua hari ini dari isi perut KL, aku senyum panjang panjang, meleret leret. Sambil senyum, sambil buat rancangan dalam kepala. Semalam, aku ucap terima kasih pada penyampai kursus dari COG sebab tamatkan latihan kami seawal 415pm. Balik rumah terus pengsan dan bangun kembali sebelum Maghrib.
Tadi, jam 330pm dah habis dah kursus dua hari aku. Macam tak sangka betul. Faham fahamlah, KL kalau waktu berebut (rush hour) ditambah dengan keadaan hujan lebat pulak tu, haruslah siput babi itu meluncur lebih laju daripada kereta.
Jadinya, satu perkataan yang mampu aku keluarkan dalam ketiga-tiga situasi diatas
A L H A M D U L I L L A H
Cantiknya perancangan Allah Taala. Aku memang menunggu pulang awal dari kursus sebab ada sesuatu yang harus aku lakukan sebelum Maghrib. Aku hanya mampu memohon padaNya agar dipermudahkan segala urusanku. Dimurah dan dilapangkan rezeki. Pulang awal dan mengelakkan kesesakan juga satu rahmat. Walau pada orang lain itu biasa biasa saja, tapi bagi aku besar maknanya.
InsyaAllah. Aku akan berusaha apa yang termampu. Apa yang sudah Allah bukakan ruang wajar aku rebut peluang dan gunakan selagi mampu. Sudah banyak Dia tunjukkan jalan dan kemudahan. Tinggal lagi, aku mahu atau tidak saja. Hendak atau enggan? Apatah lagi jika sesuatu itu mendapat sokongan dan doa kedua orang tuaku. Ya Allah...tak mampu aku nak luahkan. Engkau memang Maha Kaya lagi Maha Pemurah, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Rasa kerdil dan kecil sekali aku pada Rabbku.
Pada Mama dan Abah, macam tak layak pula aku jadi anak mereka berdua sebab kasih sayang keduanya pada aku dan adik2. Tak pernah kenal erti pilih kasih, tak pernah kenal erti jemu mengasihi dan tak pernah kenal erti putus asa pada kami yang banyak masalah ini (macam aku lah...)
Tiada daya dah usaha, satu apa pun yang aku usahakan dan perolehi ini, tanpa izin dan RahmatMu jua Ya Allah...
Sunday, November 09, 2008
In Between Jetsetting?
Hahh! Amik! Hilang sifat kekhalifahan aku.
I was in KL from Oct 31 - Nov 7 for that important training. I am now in Kuching (in transit) for my next KL trip again for training tomorrow Nov 10 til Nov 17 insyaAllah.
And why on earth I didn't stay the weekend in KL?
You nuts? I have to sacrifice my Friday and Monday for the annual leaves. Unlike Boss who could conjure some impromptu meetings, I couldn't. Sad ole moi.
What I did during the weekend in Kuching? I did some err... lazying at home. I've determined to finish Nineteen Minutes by Jodi Piccoult. Fab story and all. Thing was, everytime when it was getting more interesting than the previous pages, my eyes went blurry and in auto shut down. ZzzZZzZZz.
In between jetsetting, go find other less interesting thing to dwell on!
Huge wading pool, ok? Good for kids and mommies too.
I need that extra oxygen to breathe. I need to smell the sea and away from all these roller coaster rides I had/ accidentally got in to. After a late night Nineteen Minutes alone under the most comfortable place on earth (home), I woke up as earlier than the birds to perform solat and do some mediocre stuff.
Eeeek! The Arqam cafe that I frequented was out of business (like a span of a week?). I saw the "shoplot to let" on its rollers. Depressed, I went to the claimed Muslim "Bangladeshi" Restaurant for its crunchy roti canai and not so bad teh tarik.
15mins to 2pm, I was already at home watching Disturbia.
Not so bad for a cheapskate jetsetter eh?
1. Not as wealthy as Kimora but still have lotsa cash til my next pay
2. Travelling to one fashionable city to another locally (in from Kuching to KL)
3. Airbus is still a jetplane. Like it or not. :p
p/s: Tomorrow will be the no-luggage policy. I will only bring my lappie bag. Wee~@! (Korang tak tau, minggu lepas aku bawak beg besau untuk 2 minggu letak kat rumah KL)
Wednesday, October 29, 2008
::Am I Ready For the Challenge?::

In the event of my downfall mood lately, there was always surprises. I couldn't thank Allah enough for this. It perked me up and suddenly KABAAM! I'm on my jovial happy go lucky mood again.
I am surrounded by aliens here. I mean aliens in term of how close can I open up and confess my insecures, my stories, my bladibla. You know, mundane, deepest secret, crazy stuff you share with your closest buddies. One that you WON'T even BLOG about.
I've tried to uplift my mood with all the you-name-it spiritual needs. But you also have to work out for things to change, right? Things won't change if you boring yourself to death, same ole same ole.
As a Taurus, I need constant motivation. I need material things. I need to be challenged. I know what I want in life. I have my own strong ideas. I strongly crave for the physical presence of my loved ones. But since there was no loved ones (Ehem! I am STILL single, ok!) in 2 meter radius, or even 100km radius by road (Arghh!) so that leave me with: MATERIAL. Righhhhhht~@!
So.
I started to rebuild my already crumbling confidence with rock music (since I am a rock chic but a repented one that is), spruced up the crib with decluttering some stuff, cleaning up this and that. I even bought the new 70% discounted Queen Size linen (Taro! 380 threadcount! Cotton combed summore) to have a blissful sleep.
How some mundane insignificant things could make you happy:
1. A new look for the crib does exude that feel good aura
2. The fresh home sweet home ambience and aroma (thanks also to Ambi Pur) every time you give salaam when entering the crib
3. Icecream, Peanut Surprise by Marigold (Ooh..craving for it already)
4. Good music. Really goo-oo-d music (Oh yeah. I started to listen to Ne me Quitte Pas by Nina Simone kinda music)
5. Good comfort food - not chicken soup but sup daging ibunda. Lotsa herbs & the Kodomo Bento with Miso Soup for moi
Then.
One by one the good things come like magnet.
One of it?
I might be moving back to KL as I was nominated by KL colleagues to be one of that ever so important unit. They even pursuaded the Boss to release me on grounds that they couldn't see anyone as fitting the picture as I do.
FYI, I was telling [Boss] thatand again by Mamat dated today:
I will be recommending you to replace Mamat or I (whoever comes first) as I
don’t see anyone else in our dept currently who can do the job!
Are you ready for the challenge girl?" By Makcik Tue Oct 21
Taichee,
I nominate your name on the top list for new [UNIT] executive. Welcome to
[KL Main Office]" With the vacant post advertisement in our intranet bulletin board!
Honoured. Thanks but No Thanks!
Questions:
AM I READY FOR THE CHALLENGE?
AM I READY TO GIVE UP THE WORKABLE TENSE HERE IN SARAWAK?
AM I READY TO GIVE UP MY EASILY CAN SAVE MONEY HERE?
AM I READY?
AM I READY TO LEAVE MY DEPT JUST IN A SPAN OF 10 MONTHS or LESS?
1 answer:
NO!
But Mamat reverted:
Its not your choice.
AGHHH!
Am gonna find myself
a) Ice cream
b) 1901 Texas Chicken (Another comfort food)
c) Shopping
d) Jogging with Rock Music to the max in my ears
I guess I have to go for ALL! Tensi Maksima neh.
Sunday, October 26, 2008
+..TIDAK ADA KOMPROMI & FITNAH..+
Bukan sengaja, tapi dah malamnya aku tidur sangat lewat akibat membetulkan html dan xml yang mencabar aku. Aku kan sukakan cabaran? Baik bangkit tidur dalam jam 745am, terus aku pasang lagu lagu yang telah "dibakar" dalam CD. Ok. Memang ada MP3 files di Sony aku, tapi my own CD collection have its own sentimental value. Especially lagu lagu aku dengar bersama Boe. Heh. Mana mungkin aku terus padam dia dalam ingatan kan? Lagu macam More than Words oleh Extreme. Lagu Lelaki Ini oleh Anuar Zain. Dah lama jugak aku tak pasang lagu lagu kat rumah. Mau 6 bulan kot? Huhuh..Sekali sekala takpe kan?
Sebelum aku menjenguk gudang tinggalan di Pending, aku singgah makan di kedai Arqam dekat rumah. Sempat bebudak semenanjung tu borak ngan aku. Maklumlah, org semenanjung kalau berjumpa memang rasa rapat di bumi Borneo ni.
Di Pending, hmm hampeh betul si Ferdie. Suruh aku datang jam 9, tapi dia sendiri lewat dekat 30 minit. Biasalah, janji Melayu. Kalau janji Islam tak buat camtu. Gerem aku sebab aku memang alergik habuk tebal. Masuk dalam stor lama tu, harus muka automatik gatal, hidung berair... Nak bersin je rasa. Nasib baik file yang nak di dispose itu sebundle je. Penat selongkar. Boss pun datang lambat (sebab takde punch card agaknya, hehehe). Terus dia tanya aku mana dokumen yang dia nak tu. Sibbaik dah fully prepared, siap aku point out lagi the range yang MD beri sebagai powerful tool untuk Boss aku back up bila dia meeting di KL nanti. Aku kata, the exercise that we have done during those 7 days are within that range. Basically PU should know that we only passed their floor, not ceiling! Boss pun agree. Hah! Lega aku. Boleh aku balik rumah segera, sambung kemas rumah, masak dan sambung power nap (power ke? hehe).
Nak tahu apa yang buat darah aku menggelegak?
Diorang dok tawarkan, kalau dealer aku yang pelbagai agama tu boleh jual certain product, they ought to get Hennessy VSOP satu botol. Kongajaq betul la. And they expect me to hand the letter to my dealers yang ada orang Islam. Aku ni pun Islam. Terus hangin je aku, aku anta sms, "Beb! Apa kejadah ko suruh aku promote ARAK ni? Aku takmo terlibat!"
Balasan sms dia: "Aku sekadar menjalankan tugas aje."
Malas aku nak revert. Tapi aku terus call Abah: Ha..apa tak kenal pulak Abah dengan budak baik tu? Suruh diorang jual sendiri la. Mana kompeni ni pernah nak terlibat dengan benda benda tu?
Abah suruh aku bagitahu Boss predicament yang aku TIDAK MAHU KOMPROMI soal ini. Itu jugalah yang aku reiterate pada Boss. Boss pun cakap tadi, tak pernah dibuat dek kompeni aku sebelum ni, dok promote benda benda haram. Kalau ada bebudak sales lain claim entertainment beer/ wine bagi customer pun, tak boleh claim. Further, benda ni, dah dapat approval MD ke belum? Tanya Boss. Aku cakap, Sorry Boss. In any case like this, I won't compromised. Biarlah orang KL sana nak marah, nak bising, as long as I don't make Allah angry.
FITNAH OH FITNAH!
Bayangkan living alone away from family in KL, and I'm here. Bukan tak ada orang lelaki yang fikir senang senang nak datang rumah. Konon nak tengok TV ngan aku. Apa kes? Ada yang datang nak makan berdua kat rumah. Hoh! Ada lelaki yang nak salam tangan, padahal kalau dorang belajar english etiquette pun, perempuan yang kena hulur tangan dulu. Ada lelaki yang cakap benda benda yang tak elok selamba depan aku (terlalu teruk sampai aku tutup telinga aku dengan jari asbab percakapannya terlalu teruk dan jelik, sambil dia bermegah dengan kejelikkan perbuatannya lagi!).
So far, alhamdulillah. Allah beri aku banyak ilham nak mengelakkan benda benda tak elok. Aku pun dah mengelak dari berjumpa atau bercakap dengan lelaki lelaki yang buruk akhlak dan tak menambah kebaikan pun (tah lagi berdosa ada, sebab aku ni perempuan lemah dan kena selalu diperingatkan). Nak jadi penghijrah lahir dan batin bukan senang. Banyak cabaran dan ujian. Lebih lebih lagi bagi aku seorang perempuan single. Banyak kena kuatkan hati, tanam tekad yang tinggi! Tidak ada daya dan usaha aku tanpa izin dan rahmatNya!
Betullah kata Azhar Jaafar. Soal pakaian merupakan akhlak seorang Muslim. Soal pekerjaan yang hanya atas izin suami dan diharuskan. Oh! Alangkah baiknya kalau aku dapat kedua duanya? Dari segi pakaian, aku masih berhijrah slow slow. Aku masih erm..sukakan baju dan kasut cantik. Aku masih sukakan wangian. Tapi alhamdulillah, koleksi baju labuh menutup punggung pun dah banyak. Stokin pun banyak, sampai segan nak ambik wuduk di opis kena bukak stokin (sebab surau kami jauh dari punca air, kena touch card lagi nak access ke tandas).
Aku masih ingat kat Mdm V seorang Kristian Cina yang tegur kasut aku cantik, jenis open toe. Tapi kenapa kena pakai stokin? (style stokin arab).
Aku cakap sambil tersenyum, "Mdm V, saya pakai stokin sebab nak tutup aurat..." Dia pun senyum balik dan terus ambil mug milo dia pergi.
Berbalik soal Hennessy VSOP tadi. Alangkah baiknya kalau mamat bernama Islam yang sain surat tawaran tu dan dok emel aku tu, daripada diorang terikut ikut arus dan budaya bukan Islam, yang jelas melanggar perintah Allah tu, elok lagi dia offer sesuatu yang bernilai tambah kepada dealer aku? Arak tu menambah nilai ke at the first place? Kan bagus offer diorang benda sama dia jual tu, sama nilai dengan Arak yang diorang sibuk sibuk nak promote, just because Chinese New Year is near?
Apa yang aku tau, Chinese businessmen tak hadap sangat arak la! Diorang lagi suka if businessmen like us, offer back to back in terms of ringgit and sen balik!
Hampeh! Marah betul aku. Pandai betul dorang meniaga yek!









