Pages

Tuesday, July 13, 2010

Di Waktu Anda Menjadi Zombie

Hai! 

Tahniah kerana anda masih menggagahkan diri untuk membaca blog emo saya.
Saya tau ramai penskodeng penskodeng tegar yang suka membaca (ye. saya puji anda yang rajin membaca hatta blog sampah ini).

Kali ini saya menghapdet blog amat jarang seperti gigi depan saya. Saya sudah tidak punya passion atau ghairah menulis seperti dahulu kala (macam la saya ancient!). Sudah tidak punya masa sunyi kerana saya ditemani sichenta hati. Tapi semenjak beliau bekerja jauh di pelusuk selatan sana maka saya ada sedikit masa untuk dicuri sebelum beliau online semula. Maklumla, insan berchenta lagi. Kot dah kawen kang haaa tak tahulah! Huahuahua (jgn mara aaa abam! Taleh gurau join surau ye)

Anyho.

Adalah penat mental ini. Badan gendot cam biasanya tapi bukan kerana penat badan. Alhamdulillah badan fat ini masih fit dan aktif tapi otak sudah beku dek kerana menjadi zombie dan diperah perah seperti kelapa untuk rendang raya (tiba tiba saya lapar). Mana taknya. Saya penat fikir pasal banyak perkara; baik personal atau kerja atau ber hoohaaa sekalipun saya tetap berfikir. Jadi di waktu malam yang sunyi walau saya mahu tido otak saya masih overclocked seperti komputer Obefiend. Jika saya sudah overclocking maka saya emo dan gila terlampau (masa ini kamu boleh suruh saya terjun bungee saya pasti boleh lakukan!)



Saya penat. Bak kata sayang saya, saya perfectionist spesis laen. Dia pula spesis perfectionist lain. Dia kata saya perfectionist yang kena ikut plan saya. Mana taknya. Jika saya diberi tanggungan, saya harus menjalani tanggungan cara saya. (Kerana saya tidak minta, saya diBERI! Tapi bila diberi, kena ikutlah cara saya kan? Lenkali nak masukkan disclaimer dululah. Lesson learnt, salah sendiri. Padan muka haku)

Beliau pula katanya, asalkan orang puas hati dia dah happy. Itu perfectionist cara beliau. Saya takkan puas hati kalau kerja itu mediocre pada saya. Seriyes. Saya mahukan Yang Terbaek Dari Ladang. Ini prinsip saya sejak saya kecik lagi. Alang alang menyeluk pekasam biar sampai lengan. Alang alang buat, buat betul betul. Jangan main main.

Dia kata dia kenal saya. Memang betul. Encik Shayg: tahukah anda sekarang saya masih mode overclocking? Maka saya berblogging? Tidak mahu joging jadi terus saja singing dan dancing? Now dah gila.

mungkin saya perlu tido dan saya perlu sayang saya. saya harap beliau cepat siapkan kerja di sana maka saya dapat bergayot spt biasanya. ingat senang ke PJJ begini? 



Sekian.

/sampah kesekian kalinya.

Saturday, June 26, 2010

OPEN SESAME~@!

Dah bukak balik dah.

Sebab apa?
Sebab saya mengada.

Blog ini sentiasa sampah. Tak ada apa pun bahan porno best utk dikopipasta seperti blog Obefiend
Lagipun saya bosan.

Saya malas mahu mengemas rumah di hari Sabtu walaupun pada hakikatnya saya telahpun berjanji untuk melakukan segalanya sepeti membasuh baju, memvakum rumah, mengemop dan mengatur dan melipat dan membersih apa adanya. (Phew! Itu adalah ayat yang agak panjang). Saya pun telah berjanji pada sibuahati bucuk saya untuk melakukannya dengan komitmen yang tinggi. Tapi, semuanya musnah setelah saya menghidupkan suis HBO dan kini ANTM edisi ketot di saluran 711. Haishh...

Takpelah.

Yang saya tahu, kini saya semakin pudar dan gelap akibat sukan kompeni saya yang terhebat setiap tahun itu. Terima kasih kepada kemalasan saya mengenakan sunblock SPF150 ke kulit sedangkan itu yang paling penting apabila bermain di bawah terik matahari pagi dan petang.

Takpe. Sibuahati bucuk telahpun  memanggil saya minachi. Saya tak kesah sebab saya rakyat Satu Malaysia (tiba tiba!)

Baeklah. Saya harus pergi sekarang. Kalau tidak Sabtu saya akan menjadi sia sia. Ciou cincau~@!

Tuesday, May 04, 2010

Kenape Buat Dinding Berlin?

Halo.

Jika anda berjaya menjumpai pintu ke blog sampah ni, tahniah. Ek eleh! cam bagus je kan blog ni. 
Blog ni sampah, bukan bagus. Saja suka cerita and kongsi ngan beberapa orang daripada kongsi dengan tah mangkuk mana kat luar tu. Takut ler sekang kes dengki aaa, kes busuk ati aaa, kes kopipasta aaaa (cam la ada bahan nak dikopipasta kat blog sampah ini), kes fitnah aaa..

So.

Privasi adalah the way to go. Unless blog ini buat duet itu laen cerita. For the time being, biarlah blog ini ada dinding Berlin dan tembok besar China. Kalau ada jumpa pintu kenit cam Alice in Wonderland tu, sekurang kurangnya anda tidak akan kata saya tak invite. Pas dah invite tak masuk gak, tu lain ceta.

Pssst:
nampak sgt kan kebosanan kat opis sampai buat mcm2 benda selain bekerja. 
Ha. Ha. Ha.


Apa Nak Bagi Kat Makcik Taichee?


Serius plis.

Penat pikir tau. 
Kupikir temenung dan thinking.
Kucongak kira dan calculate.

Dalam sehari tah bape kali aku jadi penunggu sesawang tuh.
Akhirnya hotakku yang bersawang
(tetibe dengar bunyik cengkerik.. [......])

Itu maknanya dah angau sangatlah tu.
Sengaja je carik pasal dengan incik biru.
Maklumler, makcik Taichee ni setia orangnya.
Tapi kesetiaan itu teruji la puleyk kan sebab banyak lagi kertas Cap Agong nak ditaburi kat lubang lubang periuk api. Kalau tak tutup mesti meletup sampai terbelah dua badan (ok. ini sangat overrrr) TEBAAABOMMM~@!

Maklomla, bila dah tetua gini, kena pikir pasni nak tinggal mana kan? Takkan nak hangkut semua bebarang umah kat Kch ni stok kat umah mama kannnn? Okeh zippit Taichee. Ko dah lalut ke Bangladesh dah tu. 

Jadi, sebagai seorang dewasa yang berhemah, lemah lembut, sopan santun lagi berbudi bahasa bak kata incik Anonku sayang maka disini mahu menshufflekan (lagi hebat aaa dr kat Bkt Bintang kununnya) diri beliau untuk lebih Bijak Wang dan fleksibelkan uang itu macam getah rambut.

Eh Cop! Apa aku merepek cam kerepek ni?

Takde.
Aku nak tukar line tipon je. Dari bayar RM500 utk internet + gayots (termasuklah official dan chenta), elok err...kumpul bebanyak untuk bercuti ke luar negara (macam dpat rega RM500 tuh! Perasan giler)

Ini adalah antara entry tak ada mak'ananye.
Sengaja tajuk tu lari pecut kan?

Sekian.

Sunday, May 02, 2010

.: Mari Kita Sober Sebentar:.

[Lullaby by Zee Avi]

Haih.
Tah hape hape aku buat barang 2 hari aku dah cuti ni kan? Pemalasnya Ya Rabbi! Dari semalam bukan buat apa pun, berlingkar atas katil, bersungguh sungguh nak habiskan buku Should we Tell the President oleh pakcik Jeffery Archer. Sampaikan nak makan pun malas. Mandi? Ha mandi je rajin sebab aku pun tak suka badan melekit weh! Yang lelain takmo komen. Dah namanya malas kan? Ish ish ish. Sebbaik mak aku kat KL, kalau tak harus kena beberapa das tembakan mulut. Hehehe...pepehal saya sayang mama saya! (mood rindu nih)

Okeh. 
Cukup pasal kemalasan diri sendiri. Aku dah ingat akulah perempuan malang yang bershoping sesuka hati di bawah pengaruh iklan dan musim pakaian baru masuk dan nafsu meningkatkan koleksi lens lomo dan filem lomo dan konon mahu cantik maka terbeli alat mekap yang mahal. Ni semua sebab kesian kat perempuan sales yang cantik tetapi mengandung dan pandai memujuk (iman ini lemah). 

At the end of the day, duet gaji recycle balik kepada kad plastik. Jadinya, makcik ni tak dapatlah ber enjoice. Ha. Ha. Ha. Untuk menambahkan garam ke atas luka ini, claim perjalanan pula dilambatkan oleh orang orang tertentu disebabkan malas mahu berkomunikasi. Dibiarkan saja borang claim yang dibuat sejak awal bulan 4 dulu di bawah lampiran kertas lain di tray "masuk". Terbaik! Dan dan aku bising, baru nak tunjuk ooo kena isi borang ni...oooo bil ini kena kepil. Tahulah organisasi tu baru diubahsuai, orang terdahulu tu kan dah dibrief? Aduh. Panas memang panas. Tapi panas tak selesaikan apa apa. Ketuk sorang sorang baru berjalan. Mintak mahaplah ye kalau mulut ini membebel. Tahan jelah telinga anda itu. 

Pulak tu dapat berita, aku tak dapat penempatan KKP sebab aku tak cukup fit dan jelita. Maklumlah, nak main badminton kat sini, kena ada darah Iban. Baru diorang nak ajak kau main. Tak pun, sebab dah takde orang, baru diajaknya kau. Bagos. Maka, skil aku yang dulu masa kat Sirim dah karat habis dan aku pun pancit dalam kadar luarbiasa cepatnya. Sedih. Tapi aku redha, aku memang tak fit. Aku fat (tapi Mak Tan dulu lagi mantop badan beliaw tapi beliaw lebih fit dari aku, walaupun umur dah 55 tahun! Sekadar swim 10 lap non stop tu beliaw tadehal hokeh! ---so sebenanya aku mmg tak fit sejak azali)

Kendian, laptop pula membuat perangai mengadanya. Kerana sedikit mengong disebabkan IE8, maka ada orang yang sangat pandai cuba menginstall kembali XP (ye, aku pakai XP lagi) dan segalanya jadi mengong sehingga terpaksa direformat dua kali. Ye. 2 kambeng kali.

Jadi, aku ingat aku malang. Malang sangat sampai mood aku merudum piuuuunggg jatuh gaung. Oh sedih. 

Sambil bosan menunggu orang genius itu dengan laptopku maka aku pun lepak pantry buat pandai kopi panas dan merenung keluar mencongak congak macam macam. Tetiba kan, terpandang seseorang berpakaian putih duduk menyelongkar plastik sampah hitam di belakang KFC.

Aku dok tenyeh mata. 
Ini antu ke apa ni? Kenapa beliau selongkar plastik sampah?
Lepas tu kan... aku tengok dia dok keluarkan ayam goreng KFC wok! 
pastukan, dia dok asingkan ayam ayam tu (aku rasa haruslah tinggal tulang temulang kan?) dan masukkan ke dalam plastik lain. Itulah yang dibuatnya dok selongkar sampai 2 plastik besar. Dah habis tu, dia dok carik kat tong sampah lain. Maklumlah belakang ofis tu, punya banyaklah tong sampah kan? Dah habis selongkar dan asing, dia tunggu pulak restoran restoran lain punya sampah. 

Aku terus terasa macam ada orang tampar aku kiri dan kanan. Aku sibuk fikir pasal aku, tapi aku tak nampak orang lain nak makan sampai sanggup selongkar sampah! (T____T) ohh! sedihnya. 

Dan aku punyalah bangang, baru terfkir nak ambik gamba..

Tengah selongkar tong sampah


Tengah selongkar sampah


Tengah selongkar tong sampah lain

Tulah dia hasil pencarian sisa ayam yang mahu dibawa pulang. Untuk makanan anak-anak beliau kah?

Oh! 
Aku menjadi sangat sober untuk ini semua.
Aku fikir aku malang.
Tapi aku best sebenarnya. Aku masih boleh menaip blog sambil menonton astro dan minum air oren twister.

Tapi entah entah aku memang malang sebab aku tak bersyukur dgn Allah?
Aku diberi banyak benda olehNya.. Kerjaya yang best, boyfriend yang sangat memahami dan menyayangi aku walaupun aku mereng, emo dan gila (tak masuk lagi gemuk dan malas), ada mama dan abah yg best, famili agak mereng lah kengkadang tapi itulah warna warni hidup aku. 

Takpe.
Yang penting aku dah sober. 

-_______-"




Sunday, April 25, 2010

SiChomel Warna Pinki~@!

Terima kasih kepada Ed Hardy kerana Air Freshener ini.

[Berlatarbelakang lagu: Ketulusan Hati]

Yeahh...setelah agak bosan dengan warna mandom yang bosan blog aku selama ini, maka aku pun mencari cari tema baru yang sesuai dengan jiwa diketika ini. Senang je carik, jumpa, donlod. Sebbaik blog sekang dah ada simpan widget, tak cam dulu kena delete terus, pastu wat balik. 

Oh yeah. 
Blog is so overrated nowadays. Tu pasal aku pun dah malas nak berblog. Ini pun blog sbb dah bunuh masa (terjemahan lateral) dan sebab nak tengok layout baru. 

Itu je. Saya malas dan penat bershoping. Nak tido jap utk bangun makan.. Esok rasanya nak start posa. So kena lah sahur. Kalau tak sahut mahu kena alzheimer aku nantik. (Read: Gigil gigil cam orang tak keruan - kang ada orang ingat aku druggie laks).

Laters~@!

Monday, April 12, 2010

Yay~@!

I am HAPPIEST when I see this beloved kiddo - my cheeky, bijak and chomel nephew Ziyyad.
Gotta see and kiss and hugs and kiss and hug and kiss and hug my only nephew Ziyyad around 4ish pm today. As if he knew that I have to leave the house for work, he woke up on cue (automatically).

ini gambar, mak dia yang ambik

He is so-ooo adorable and cheeky and handsome. Ziyyad also remembers how I used to play upside down flying superman with him with the sound effect wooo wooo wooo wooo~@! Oh! I miss him already! Ziyyad please read the book mamalong bought for you animatedly hokeh!

I noe you looked so sad as I hafta leave early...tapi mamalong promise to bring you (and oso ur mama la of kos) for jalan jalan insyaAllah...kita hooray hooray nanti k! I so miss you :'(

Love you loads darling nephew!
emmuahsss <3 <3 <3

Sunday, April 11, 2010

Don't Insult My Intelligence! Faham?




U noe?


So u Think u Noe?


But don't u noe that u don't noe anything?


U don't. 


The end.


Pfft.


p/s: bestnya dpt outdo ko. tulah tipu org + tak adil lg. lalalaaala~@!
psst...jgn perasan ye. Hahahahah~@! Kelakar sangat!

A Gift,Fidelity & Hope



He gave me you for a reason. And it was never coincidental. 


and with one way for hoping for the best 

and through Allah we seek help, and for Him our only hope and dreams..The ONLY one that I sought for. For me to be finally yours


Thank you for loving me
Nothing Else, Nothing less, Nothing More

3:42 - 3:47 <3
i so wish to do that...

Monday, April 05, 2010

stop. look. listen





i am blardy pissed and sad at the same time.

i don't need any patronizing from anybody. i own my actions and my words. decision and action is mine, only mine. benefits or failures are also mine. can u please leave my affairs alone cos i never ask anyone to meddle with it and take ownership of any. i know that you cared. If you really care about me, please consider doing things with my permission not without it and jumped straight on the band wagon and wallop anyone who may be innocent? Especially using words that I found so unlikely to come from someone. Yes. I was shocked.

After all, what has one to do with you since it deals directly with me and the circumstances are for me to bear. Isn't it rude and a show of disrespect to overrule my feelings and decision and jumped straight to a judgement without trial nor without understanding of one issue or history?

I am blardy tired. Cos I blardy tried my best and it still didn't rectify any. Maybe the one fault that I could own is how blardy late I responded. Yeah. not everyone has the luxury of doing lotsa thing. Yes. I could stop everything from happening. If only I have that little window to respond earlier. This would not have happened.

Its better to keep things to myself now. Yeah. I learned it hard cos I thought someone out there really understand me on how I think. How I act and react and why I chose my words as such. I'm just like this poor little dear that was caught in a middle of two angry elephants. Whatever side I may be, I will be stomped like roti canai. At least the other party already stop at one bit and doesn't have to highlight the ONE thing that was so OBVIOUSLY stated again and again. Yeah. I got it. I ain't no fool and ain't blind either. Too much of a thing really annoys and irritates me. It hurts me so much again and again. My heart bleeds every time I see it. I wept in silence and caused me my insomnia.

At current state of mind, I direct all my energy for my career. I was in yellow light all this while and is yet to progress to green. I let Allah decide and create the path for me afterwards cos I'm done tired and worn out.

On other note:
For me, it's enough to put one in my All Time Bad Book and Tahik List (yes. tahik or shit in English).

1. One who actually robbed me off RM10,000 and is now in hiding happily with either his list of girlfriends or wife (where my money can be easily exhausted in a blink of an eye)
2. One who promises the gold, the diamond and whatnot to the parents and elders, but only to be given to other girl than me

For so many seasons, I have aged with time. Aren't that enough for my own judgment? Anyway, aren't what I hold for so long isn't good enough? Wamakaru wamakarallah wallahukhairul maakiriin...

I'm still intact in one piece. I'm still able to do things with my hard earned moolah. I'm still safe and sound and what's MORE important, "Can You See That I Am Happy and Live Happily with All of Yous?".

What ELSE do you want from me?

Can I just be HAPPY for ONCE in my LIFETIME?

Or you rather see me live miserably, just like old times?

Thanks but NO, thanks :)

Sunday, April 04, 2010

Tried and TIRED!!


I have given all and given my best.

Why why is it still there and keep on and keep on highlighting days and weeks and months. 
Yes. It's me and my ability to read between the lines :) I hate being able to know cos it makes me sad. Isn't it good to be able to stay ignorant and live in bliss? I can't cos it kept on highlighting and stressing and making a point to the world again and again. IT MAKES ME CRAZY AND SAD at the same time!!!

I don't have to try and patch things up or fix something that have broken. Cos whateva I do it won't be good enough although that was not my mistake or anyone's mistake. It just DID and people just could not comprehend things that was beyond their understanding. They won't and they couldn't cos their mind was shut closed for good.  Go ahead and ignore my feelings. Go ahead and do what ones do but please stop doing things on my behalf. Can't see you see? Can't you see it's my right and prerogative? After all that I've done, I will still be blamed and at fault. Although it's my right and not yours. Its MY RIGHT for my OWN ACTION   and not yours? Can't you see? 


It's about time to put it away for good. Tong Sampah. 

Since I've tried my best and there are still a big wall in between, what can I say? I move on. I won't dwell into things that I don't see any progress and wasting my time. For now, let's just say it is safe to be tucked in my own world, myself. And who are *YOU* to judge others? You're just like me - human. 

Monday, March 15, 2010

Satu Kejutan utk Hari Yg Lemau (Berita Basi)

Ini ialah berita basi hari ini.

Hek hek..manalah tak basi sebab kejadian dia minggu lepas 11hb 3 = 1+1+3 = 5. Lalalala..(tau tak kena mengena tapi saya suka nomor 5 hokeh!) Pandai betul org tu plan nak men surprisekan saya. Saya sungguh terharu taw.. (i___i). Sungguh saya keluar airmata sebab kebestan kejutan itus.

Disebabkan saya punya gamba lomo tu hari org tu kata shantek (especially bab air biru kate beliau), maka org itu pegang janji nak bagi saya hadiah. Ohoho...tapi tak sangka lak, hadiah tu pada 11 hb 3 ketika saya sedang stress berat pegi kursus kepala berat bertajuk ISO9001 Lead Auditor Course yang ada exam tuh! Kepala dah weng ngan keja + kos yg heavy...adeyh, tak tahulah saya cemana nak buat Masters nantik (kot iyeee).

So masuk lam bilik hotel jok, atas katil, terletak satu beg Mooks yg shomel. Sengaja jok divert gi toilet dulu, cuci muka, bukak mata (lens daa) and cuci kaki and bersiap sedia nak usha pekenda lam beg kertas tuh. Ropa ropanya; TADAAAAAAAAA~@!!



Woop! Sebelum korang berprasangka buruk, hadiah itu bukan diletakkan oleh org itu ye! tetapi org lain yg diupah utk meletakkan di atas katil bilik saya semasa kepala nak pecah fikir pasal kursus. Oh!! (T__T) ia adalah sebuah kamera lomo idaman dan pojaan hati sejak lama..Special Edition yg chomel laks tuh..ohoho...(nanges terharu). Maka saya pun memeluk kotak itu dan membenamkan muka ke katil sebab teruja + happy + sedey. Ohoho..betapa org itu tahu saya amat minat dengan lomo jenis Diana F+ ini..



Ini ialah kotak spesel edisen. Woot woot~@! Saya sangat sangat gumbire~@! Kotak pun saya jaga wok! Lalalala~@!


Dgn adanye spesel edisen ini, saya juga dapat blaja ilmu lomo dan mendapat inspirasi gamba cemana nak ambik nantik..Alhamdulillah...rezki wok! Terima kasihlah kat org itu yg sayangkan saya sampai tahu apa yang saya betul betul nak...lalalala...


Abah saya pun berminat tau ngan kamera ini. Sebab dari dialah saya suka amek gamba. Anak anak dia yang laen pun aktif amik gamba dan video. Abah saya tau kamera ni guna 120mm dan tau pulak ada 12 atau 16 shot sahaja. Dia kata, "Masa kamu kecik kecik dulu, Abah amek gambar kamu guna kamera Seagull je.Tuh, gamba frame abah masa kecik2 depan umah nenek dulu, pakai kamera yg pandang dari atas tu (aku syak kamera ala Lubitel)"

Yelah...anak2 abah lain pakai DSLR yang canggih manggih. Aku sorang je yang sibuk nak pakai manual. Makanya, dapat la aku blaja dari Abah cemana nak guna kan kan kan? Ala analogi macam kita drive keta manual, insyaAllah tak terkial2 pakai auto kan kan kan?

Sekarang saya sebuk nak blaja pasal 

1. Jenis jenis filem 120mm
2. Aperture
3. ISO (ni pun leh blaja dr filem hek hek)
4. long exposures
5. Super wide angle pin-hole shot
6. Endless panorama
7. Multiple and partial shots
8. Jenis jenis lens
9. Cemana nak guna Splitzer
10. Nak beli 35mm back so bleh guna 35mm film
11. Nak beli Diana Instant Back so bleh dpt film INSTANT~@!
12. Nak beli Diana Multi Pinhole Operator so bleh buat gamba gila crazy tak hengat
13. Nak beli bag kamera --- errr Crumpler, bleh tak? sebab Diana Bag adalah hodoh
14. Jenis jenis film 35mm
15. Nak bergiat aktif upload gamba kat lomo assoc hehehe..

Ouh! Kamera ini adalah multipurpose dan saya sangat jatuh chenta dgn kamera ini (errr..dan bertambah lah chenta kat org itu, of kos). Weehooo~@!

Chayok chayok~@! LOMO ON~@!

Nota kaki:
Doakan saya murah rezeki lagi ye. Heheheh rezeki anak anak...(ecewah! insap kejap)
Tapi tak taulah dapat ke tak, semua tu urusan Allah.
Dah dikenalpasti pun dah cukup bagos, alhamdulillah...

Sunday, March 14, 2010

Ini ialah Lomo Cross Process

Halo my virtual emo world~@!

Lama tak hapdet enh? Malas, boleh?
Just nak bagitau, dah lama dah siap gambar lomo Action Sampler Flash kat bawah tuh. Tapi tak terupload jok. Ini semua adalah hasil tercabar dgn incik shayg saya yg nak bagi hadiah kalau dia rasa gamba tu best.

Cross process dr film E6 Slide X Pro ASA 200 to C41. Hasil? Sangat puas hati sbb TTDI Applied Imaging mmg pro bab bab ni. Cuma kena tahan sikit la rega dia mahal. Teringin nak beli Lomo Colour negative 400 tp tak jumpa lagi. Asek habes jok! Ramai gak peminat lomo kat Mesia ni enh?

Mari kita tgk kehenseman kaler kali dia. (pada aku lawa la, ada aku kesah korang nak cakap lawa ke hodoh ke apa? yg penting incik shayg saya suka sudeyh)

half of half of half sbg balancer aku dan dia

gerak gerakkan kaki lelaju

teknik tahan napas dan kua lelaju

teknik amek gamba bunge sambil jalan chillex dan cool dpn zouk 

saya suka tanglong merah dibuai angin

obefiend si willing victim pusing2kan mag sampai sy puasati..

So now.
Action Sampler Flash adalah untuk ambek gamba2 bergerak atau menggerakkan kamera itu.

Sekian.

* Taichee yg best*
Pedehal...~@!

Monday, February 08, 2010

L.omo: I in Lurve

Weee~@!

Yep.

I fell in love with this piece of accidental/ spontaneity/ fun/ no hassle art more than a year ago. I lurve the flash of colours, its ugliness (though I call it uniqueness) when i first set eyes on em at a shop that sells cuppacake. unlike Taro or Yan who lurves ISO & apertures and the different lenses, me? I loike em simple and fun. I loike em snappy. I like em spontaneous. I do not want to think, just shoot! Hehehe

So on the very day I set my eyes on Pavee (READ: my lomo cam's name) and after being shown the camera by an boleh tahan cute excited but artful salesboy, I decided that I must have this baby. Well, prolly because my baby was one of the two in that Mook shop. Since I can't wait to use my hand on it, I snapped and I snapped lotsa thg around KL. In particular, the clubs street at Jalan Pinang, Kg. Baru where lotsa makan area there and of course my walking distance from Pavilion KL back to the hotel (around 6 mins).

akan kucoba tangkap dgn lebih dekat lagi!

Back in Kuching I was so darn teruja, I snapped the last film role on my plane, snapping away the cute stewardess who was helping a passenger. Unfortunately, due to my keterujaan and lack of reading and skill, out of 36 35mm films, only 15 survived.

Yeah 15 bloody crappy print with 60 bloody sen each plus RM6 bloody processing fees. I was frustrated and scold the poor counter gal (i said counter as she did nothing but broken promises). Little that I'd known that this shop other than selling underwater phones, they also "collect" films and digital ones only. They are pro at USB, camera phones, digital SLR and compact, CD and whatnot, but NOT my bloody 35mm analog film! Pfftttt~@! So there goes my moolah and my keterujaan tahap melampau tenuk art! Almost all my captures went blank. I was so devastated!

Aku sepatutnye menari disini, bukan membebel. Budu tol. Ye aku tau aku sudah debab, Ko pehal?

So maybe I should do my own research to find a dedicated analog film processing shop in Kuching. Not the one who "collect" and send em to other places for processing. Lomo is an art. Please don't kill it if you're an idiota! (this one also goes to yours truly la kan)

Note untuk aku:
Although the art was captured last Jan 27 the reason being uploaded now was because my incik shayg has challenged me to get some good lomo piccas. Dia kata nak bagi hadiah. Hehehe..sebab tu aaa teruja balik neh. Ok incik shayg, akan ku sahut panggilan adiah itusss (anyway, saye sayang awak jadi kan sy blaja aa sket sket)

Note to the mass:
If you see an ugly fat girl wif a black crappy freakish camera... well, it would be me prowling on the streets to capture some action. Aku harap takde orang akan parang aku nantiks. Aku nak amek gambo pompan gedik buntut tonggek terkinje hadap mat saleh kat Jalan Pinang. Ha. Ha. Ha.

Note to the mass 2:
Haah. Aku semakin debab as soon as I set foot in Kuching. Not that I ate like mr porky here but i guess happiness makes me one! Mama komfem bising pasal my weight neh. Adeyh.

"Incik abam, awak buatla saye kuciwa wak"
"Nape?"
"kalau saye kuciwe, senang aaa nak slim balik saiz s cam sebelum sy datang Kuching"
"tak bole la wak. tak sampai ati...sbb sy syg awak sangat sangat sangat sangat"
"awwwwwwwwwwwwwwwwwwww......"

Sekian.

Saturday, February 06, 2010

Kepala di atas Kaki oleh Makcik Alanis Morissette




Aku takde pilihan tapi terpakse dengar kau


kau dah cakap kes kau banyak kali


Aku dah pikir dah

kau layan aku cam puteri 
aku tak biase la suka camtu
Kau tanya aku, cemana hari aku

Kau dah pun menang walaupun aku cenggini
dan jangan pasang alarm lak kalau aku jatuh tergolek kepala atas kaki
Jangan terkezut kalau aku chenta kau utk apa yg kau seadanya
Aku takbleh tolong aaa
Semuanya salah kau

Chenta kau tu tebal dan telan aku seluruhnya
Kau sangat berani dari apa yang aku puji kau
Tu bukan omong kosong

Kau dah pun menang walaupun aku cenggini
dan jangan pasang alarm lak kalau aku jatuh tergolek kepala atas kaki
Jangan terkezut kalau aku chenta kau utk apa yg kau seadanya
Aku takbleh tolong aaa
Semuanya salah kau

Kau tu pelaksana benda2 tanpa syarat
kau tahan napas dan pintu utk aku
Mekasih la sbb kesobaran kau

Kaulah pendengar terbaek yg aku penah jumpa
Kau kawan baek aku
kawan baek dengan banyak kebaikan
Apesal la aku lembab sangat!

Aku tak penah rasa sehat macam ni selama ni
Aku tak penah nak pun apa apa yang rasional
Aku dah sedar dah sekang
Aku dah sedar dah sekang

Kau dah pun menang walaupun aku cenggini
dan jangan pasang alarm lak kalau aku jatuh tergolek kepala atas kaki
Jangan terkezut kalau aku chenta kau utk apa yg kau seadanya
Aku takbleh tolong aaa
Semuanya salah kau



Friday, January 22, 2010

am.i.worth.it


L>A>S>T>[Gjdtgadmtpjama.jda5 210110]

Thursday, January 07, 2010

Ayahandaku: Seorang Terbilang




Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Abah,
Tidak semua punya ayah
yang ada separuh dari kehebatan sepertimu
Mungkin ada yang coba, cuma mampu jatuh terjelepuk malu
Abah seorang ayah terbilang, tahukah itu?

Kerana itulah di hari lahirmu ini,
Kan kupastikan yang Abah tahu,
Abahlah idolaku sepanjang masa
kekagumanku padamu ikhlas
dan aku sayang sesungguhnya sayang
dan perasaan itu tidak pernah terhenti,
malah semakin berkembang,
bertambah sayang, semakin gemilang

Moga cintaku ini melayarkan Abah
ke taman syurga
bersama bonda selama lama

Moga kasihku ini menjadi bekal
untuk terangi alam Abah yang satu lagi

dan moga sayangku ini
abadi, untuk bakal suamiku nanti
Idola Ayah yang bertakhta di hati.... 



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

translasi terbalik dan digodek balik mengikut hati aku yang emosi mendak
Karya asal - Karl and Joanna Fuchs, "Top Notch Father"
sbb otak aku lemau. 

Tuesday, January 05, 2010

Nota Tak Laku dr Seorang Perempuan Best + Cool

AMARAN KERAS: Too long and boring. Might cause temporary brain numbness.

[ok. tajuk kat atas tu memang poyo pun! Itu untuk my own self confident setelah aku terasa mood aku spiralling downwards like recession and sedih bangat - maklumlah tak laku kan? Laku bila perlu jeee...haiii, nasib nasib]

If someone say something, reflect and ponder. Bak kata Bahasa Melayunya, bahasa tersirat. Kalau amik literally memanglah. Ini Tn Hj Saharudin dan Almarhum Tn Hj Zubir yang ajar aku. Kalau kita cakap and disalah anggap, maknanya something wrong with the way we say it. Communication breakdown gitu. Or else, memang dah orang tu keraih kepala dan takmo dengar apa orang laen cakap. (sebab dia rasa diri dia lagi best dan pandai) Wallahu Taala 'alam.


Maklumlah...sapalah aku kan? Dahlah kudut lagi kerepot, pulak tu baru pandai nak atur kehidupan dan kewangan. So sapalah aku kan? I'm not in the same league, lain kasta gitu. Aku ni kasta tak glemer, tak fofular, tak best dan tak cool. Suami pun belum ada lagi. Modjo tersayang yg amat sayangkan aku adalah. Sibbaik ada gak orang yang sayangkan budak mereng dan enhance the best in me. (ehem: lari tajuk, sukati aku lah)

Dulu lagilah tak dipandang dan tak didengar. Sikit pun tak heran kat aku. Tapi aku? Aku jeruk jeruk jeruk. Kalau nak diingat, hmmm bisa nanges kasik banjir satu Kuching wok! Tapi aku dah maafkan dan aku moved on. Bagi aku, maturity doesn't come with a status, rank, position or age. It comes with experiences, lesson learned and of course, ilmu. Takde ilmu bak orang buta hilang tongkat - meraba raba tak tentu pasal! Tapi tulah, manusia mudah lupa. Sebab tulah kita kena saling ingat mengingati. Once dah dapat satu, pastu stop learning puleyk. Mungkin sebab faktor lain tak relevan dan dia dah bagus banget. Tapi pelik gak bab benda benda lain mahu pulak, tapi datang satu benda terus campak lam jamban! Hmm...sabar jelah nak oi. Tak semua org tau apa itu humility termasuklah aku ni. Haih! Tolonglah humble dalam kehidupan. Susah sangat ke wahai aku?

If doing something and unprepared for the outcome (due to an after thought or lack holistical thinking)then please brace for the repercussion. Tak kesahlah apa pun.You own what you do. Tak responsible la namanya if you can just get away from it and refrain from accepting how people view you. Sometimes apa yg orang nampak and tegur tu becos they love you so much they hate seeing you say and do things that might boomerang back to you. [for this, I love you: you know who you are ;-)]

If gua tak heran dengan lu, lantak kolah nak meroyan ke, nak terkangkang ke mampuih pi mulah. But I do care how other people perceived you later on. I do care how people will think of you. I do care of how people will hold grudges against you and do the in-your-face later on. Ingat semua orang selfish ke nak tegur sebab diri dia sendiri? But I guess, I'm wrong. You don't need my care and you don't need me cos you already have *almost everything* kan? And I'm not worth anything like the others that you love. As if I didn't observed :-) but I'm cool anyway. I've been ditched so many seasons ago and I should realize by now, hidung tak mancung pipi tersorong sorong. I guess I have so much love to give although unwanted. Haiya...sian aku. Wat chillex sudeyh. Sbb aku mmg muka tatau malu pun. Dah dijanji pun aku tak tagih. Buat chillex sudeyh. Aku tak penting sebab tu ler. Lalala~@!

That's why certain things are better kept and forgive what ever issue we might have. How miniscule and how irritating. How bodoh an issue could be to how grave it is. MAAFKAN. Macam jiran dari neraka ku itu dan macam siperampok duet bernama Jowhar. Serahkan segalanya pada Allah Taala. Tak luak pun isu isu kecik tu pada kita. Apa dehal. What goes around comes around. Allah tu Maha Adil.
Forgive and forget cleanse the heart. Tak payahlah dok ingat ingat and simpan dendam, pulak tu, carik time nak balas balik. Bila dah forgive and forget, rasa ringan je nak buat sesuatu. Rasa best jok. Muka pun ceria. (aku cakap berdasarkan pengalaman kena ditched dan broken hearted for so many times daaa). That's how a better khalifah function. Aku pun cakap kat diri aku sendiri ni. That's why solat berjamaah 27 kali ganda pahalanya berbanding solat sorang. That's why lebih baik mencari guru belajar ilmu daripada bergurukan syaitan dengan belajar sendiri.

Well..everybody has problems on their own. Aren't we all selfish? Only one who aren't, remembers to think and reflect if whatever thing he does comes back like a boomerang. Be it good or evil. And the best person always think to do things that bring the best in everyone, regardless of sacrificing his own need and tak menyusahkan orang lain. [hapeda aku tulis heheh]. Bukan senang jadi Khalifah Terbaek ni. Aku komfem phail la kan.

Sometimes I wonder what am I? I used to feel so hapless and frustrated last time. My words went down the drain and I wonder why? Then I did my own reflection and that was when I realized, I didn't walk the talk and people accept those who are in their "league" and what makes em "happy". That's why kalau ikut Tajul Mulk punya teori, setiap pasangan ada tanah la, angin, air, api etc etc. Sbb, kalau api ngan angin sure lagi terbakar. Dah memang sedari azali tak ngam kan? Hehehe..So sebaik baiknya, cakap bila perlu je.

Again, Allah tu Maha Adil. Apa saja yang berlaku tu, Allah pulangkan balik in your face, Cash on Delivery. Sebab tu kita tak boleh terlalu cinta atau terlalu menyampah atau terlalu mengutuk atau terlalu memuji. Apa apapun, yang berlaku tu pun dengan kehendak Allah dan kerana Dia.

Setiap kejadian yang berlaku pada kita tu, bukan kebetulan. Semuanya itu berkadaran dengan apa yang kita buat masa lalu (kalau tak bertaubat lagi la) dan sesuai dengan kekuatan diri kita. Allah tak kejam bahkan Maha Adil lagi Bijaksana. Kalau kita tersedar kita silap, segeralah bertaubat dan minta maaf seikhlasnya bukan melepas batuk di tangga, takde remorse langsung. Kalau sabar, insyaAllah lagi besar hikmah dia..Kalau tak sedar gak, bleh wat dek je, apa yg datang pada kita lepas tu, kita tak perasan. Yang perasan, orang yang jadi mangsa keadaan tu (walaupun orang itu dah forgive and forget). Cuma dia mampu tersenyum jelah melihat kuasaNya. Manissss je rasanya.

So, pedehal. Buat chillex sudeyh wahai aku. C'est la vie~@!

p/s: I want to end this note with, "Thank you Incik Shayg, byk benda yg buat saya berfikir that the world is not about me...so I won't be selfish" So, next time pepehal saya buat dan cakap, saya akan berfikir tentang org laen juge. InsyaAllah.

Ke arah seorang Taichee yang lebih baik~@! Chayok chayok <3

Monday, January 04, 2010

Apa Perasaan Kamu?

Aku ada bermimpi tatkala sedang terbang di awan tinggi.
Tidak. Aku serius. Masa tu aku dalam penerbangan menuju ke KL.

Dalam mimpi yang sekejap cuma itu (kemungkinan aku terlalu letih di siang hari), aku bermimpi akan Modjo. Walaupun aku belum ketemu dia secara rasminya, tapi dalam mimpi, dia sudah ada di depan mataku. Mukanya sayu. Lantas dia memeluk aku dan meminta maaf. (Taktau la masa ni aku dah kawen ke belum sebab dalam mimpikan?). Dia sungguh sungguh minta maaf dan mengucup kepalaku.




Kata dia, "Maafkan abang if abang tak terus terang dengan sayang"
Aku kata, "Kenapa bang?"
"Abang tak mahu sayang sedih. Abang happy sangat bila bb happy. Buat abang ceria hari hari..."
Aku dah mulai pelik.

Kata dia lagi,"Abang tak banyak masa dengan sayang..."
Aku semakin panik. Nape lak Modjo ni laen macam je hari ni. Aku tengok mata dia, cuba cari maksud kata kata dia. Mata aku dah berkaca kaca...

"Sebenarnya, doktor dah sahkan abang hidup tak lama...abang nak sayang happy and tak perlu risaukan abang selalu. Abang nak hari hari terakhir kita happy. Cuma sekarang, tak adil rasanya biarkan sayang tak tau pasal abang. Sebab abang rasa, bila abang pergi, sayang susah nak happy balik..."

"Abang..betulke?" Mulutku mula menggumam.

Dia anggukkan kepala.

"Nanti, bila abang dah takde, sayang please jangan lupakan abang ye?"
Dan air mata aku laju berderai tanpa dapat ditahan tahan lagi, makin kuat aku peluk dia, seperti tidak mahu lepas.

sedey...


Aku terus terbangun sebab aku macam terasa pipiku basah dan suara macam teresak esak.. Aku mimpi rupanya. Tapi mimpi tu aku rasa macam real je. Terasa real dipeluk dan aku menangis...terasa real sangat masa Modjo cakap macam tu. Air mata aku terus bercucuran. Aku terfikir je. Kalau betullah Modjo aku tak banyak masa denganku.

1. Adakah sempat aku menjadi isterinya setelah hampir setahun kami bercinta?
2. Adakah sempat aku bergelar ibu untuk anak anaknya?
3. Berapa lama je masa yang ada antara kami?

Aku melankolik. Aku hiba bila terfikirkan perkara begini. Kalau dah ditakdirkan begini soal jodoh aku dan dia, maka Allah lah yang lebih mengetahui hikmahnya. Orang baik baik selalunya lebih awal dijemput Ilahi kerana Allah lebih menyayangi. Mungkin ini antara ujianku. Aku serahkan semuanya pada Allah Taala. Aku cuma mampu menadah tangan kerdilku agar Dia jodohkan kami dengan izinNya. Ya Allah! izinkanlah aku menjadi isterinya yang sah...berilah peluang kepada kami agar tenang dan bahagia bersama Ya Allah...(dan aku masih menitiskan air mata untuk kesekian kalinya di waktu aku menaip ini...)

Kalau benar begini, maka aku harus bersedia mulai sekarang. Bersedia dan redho jika dia dijemput pergi. Tidak pernah begini rasa hatiku yang terlalu dalam untuk seorang lelaki. Tidak ada seorang manusia pun faham bagaimana perasaan aku dan dia. Modjo ditohmah macam macam - gay, suami orang, penipu, tak genuine. Tak terfikirkah mereka akan perasaan aku yang mendengarnya? Aku perap dalam botol jeruk hatiku. Aku simpan jeruk ini lama lama. Tiba saatnya, aku beri mereka semua makan jeruk hatiku. Yang mereka ini salah dan berdosa pada Modjo. Kenapa hati itu tidak bersih dari buruk sangka? Kenapa tidak doakan kami dengan hati yang ikhlas?

Adakah mungkin, jika suatu masa nanti, Modjo dipanggil Ilahi - kamu semua sempat meminta ampun dan maaf daripadanya?

Dan bagaimana pula perasaan kamu jika kamu ditempat aku?
Bersediakah dan redhokah kita untuk kehilangan orang yang amat kita sayang?

Modjoku: Aku benar benar sayangkan kamu. Sesungguhnya cinta aku ikhlas kerana Allah Taala. Terima kasih kerana menyayangiku apa adanya...Kau tetap "Lelaki yang tidak mungkin wujud tetapi diciptakan khas untuk pasanganku". Jika kau pergi dulu sebelum aku, aku redho...aku redho Modjoku... :'(

Thursday, December 31, 2009

.:Pasca Awal Muharram + Tahun 2010:.

Salaam~@!
(Tak bleh blah la aku terngiang ngiang dengar salam 1 Malaysia: afekah?)

Dengan ini, selamatlah kita semua dari godaan dan rasukan syaitan + nafsu.
Aku ni bercakap pasal diri sendiri jok. Especially bab gi shoping. Humangaiii!
Mata rambang jok nak beli memacam. Sekang ni dah takleh dah dek non! Ahkak dah ada tanggungjawab besau neh...banyak kena pikio.


So, di tahun baru ini, itulah yang aku nak buat dulu.
Yg lelaen leh tunggu kan?



Aku juga berharap di tahun 2010 ini bahawa

1. Aku dijauhkan daripada dapat rating yang teruk dalam LBVF dan PPA aku. Dapat 3 pun dah cukup cukup bersyukur
2. So that, kenaikan gaji aku ok seperti aku memula mintak kerja kat kompeni neh.
3. Dapat buat ACD dgn cemerlang dan gemilang untuk close competency gapku
4. Boleh habeskan MTSG trainingku
5. Boleh fokus jadik Region Coordinator + buat kerja as usual + sempurnakan program kompeni aku selama 10 bulan berturut2 huyeh!

Dan harapan besar aku yang lagi satu tu, biarlah aku sandarkan pada Allah aje. Semoga semuanya berjalan lancar... weeeee~@!

Alhamdulillah Ya Allah. Inilah hasil fokusku dan apa yang aku mahukan. InsyaAllah benda benda baik lain akan menyusul dgn izin dan rahmatMu. Rezeki tu tetap ada...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails