Pages

Tuesday, July 13, 2010

Di Waktu Anda Menjadi Zombie

Hai! 

Tahniah kerana anda masih menggagahkan diri untuk membaca blog emo saya.
Saya tau ramai penskodeng penskodeng tegar yang suka membaca (ye. saya puji anda yang rajin membaca hatta blog sampah ini).

Kali ini saya menghapdet blog amat jarang seperti gigi depan saya. Saya sudah tidak punya passion atau ghairah menulis seperti dahulu kala (macam la saya ancient!). Sudah tidak punya masa sunyi kerana saya ditemani sichenta hati. Tapi semenjak beliau bekerja jauh di pelusuk selatan sana maka saya ada sedikit masa untuk dicuri sebelum beliau online semula. Maklumla, insan berchenta lagi. Kot dah kawen kang haaa tak tahulah! Huahuahua (jgn mara aaa abam! Taleh gurau join surau ye)

Anyho.

Adalah penat mental ini. Badan gendot cam biasanya tapi bukan kerana penat badan. Alhamdulillah badan fat ini masih fit dan aktif tapi otak sudah beku dek kerana menjadi zombie dan diperah perah seperti kelapa untuk rendang raya (tiba tiba saya lapar). Mana taknya. Saya penat fikir pasal banyak perkara; baik personal atau kerja atau ber hoohaaa sekalipun saya tetap berfikir. Jadi di waktu malam yang sunyi walau saya mahu tido otak saya masih overclocked seperti komputer Obefiend. Jika saya sudah overclocking maka saya emo dan gila terlampau (masa ini kamu boleh suruh saya terjun bungee saya pasti boleh lakukan!)



Saya penat. Bak kata sayang saya, saya perfectionist spesis laen. Dia pula spesis perfectionist lain. Dia kata saya perfectionist yang kena ikut plan saya. Mana taknya. Jika saya diberi tanggungan, saya harus menjalani tanggungan cara saya. (Kerana saya tidak minta, saya diBERI! Tapi bila diberi, kena ikutlah cara saya kan? Lenkali nak masukkan disclaimer dululah. Lesson learnt, salah sendiri. Padan muka haku)

Beliau pula katanya, asalkan orang puas hati dia dah happy. Itu perfectionist cara beliau. Saya takkan puas hati kalau kerja itu mediocre pada saya. Seriyes. Saya mahukan Yang Terbaek Dari Ladang. Ini prinsip saya sejak saya kecik lagi. Alang alang menyeluk pekasam biar sampai lengan. Alang alang buat, buat betul betul. Jangan main main.

Dia kata dia kenal saya. Memang betul. Encik Shayg: tahukah anda sekarang saya masih mode overclocking? Maka saya berblogging? Tidak mahu joging jadi terus saja singing dan dancing? Now dah gila.

mungkin saya perlu tido dan saya perlu sayang saya. saya harap beliau cepat siapkan kerja di sana maka saya dapat bergayot spt biasanya. ingat senang ke PJJ begini? 



Sekian.

/sampah kesekian kalinya.

Saturday, June 26, 2010

OPEN SESAME~@!

Dah bukak balik dah.

Sebab apa?
Sebab saya mengada.

Blog ini sentiasa sampah. Tak ada apa pun bahan porno best utk dikopipasta seperti blog Obefiend
Lagipun saya bosan.

Saya malas mahu mengemas rumah di hari Sabtu walaupun pada hakikatnya saya telahpun berjanji untuk melakukan segalanya sepeti membasuh baju, memvakum rumah, mengemop dan mengatur dan melipat dan membersih apa adanya. (Phew! Itu adalah ayat yang agak panjang). Saya pun telah berjanji pada sibuahati bucuk saya untuk melakukannya dengan komitmen yang tinggi. Tapi, semuanya musnah setelah saya menghidupkan suis HBO dan kini ANTM edisi ketot di saluran 711. Haishh...

Takpelah.

Yang saya tahu, kini saya semakin pudar dan gelap akibat sukan kompeni saya yang terhebat setiap tahun itu. Terima kasih kepada kemalasan saya mengenakan sunblock SPF150 ke kulit sedangkan itu yang paling penting apabila bermain di bawah terik matahari pagi dan petang.

Takpe. Sibuahati bucuk telahpun  memanggil saya minachi. Saya tak kesah sebab saya rakyat Satu Malaysia (tiba tiba!)

Baeklah. Saya harus pergi sekarang. Kalau tidak Sabtu saya akan menjadi sia sia. Ciou cincau~@!

Tuesday, May 04, 2010

Kenape Buat Dinding Berlin?

Halo.

Jika anda berjaya menjumpai pintu ke blog sampah ni, tahniah. Ek eleh! cam bagus je kan blog ni. 
Blog ni sampah, bukan bagus. Saja suka cerita and kongsi ngan beberapa orang daripada kongsi dengan tah mangkuk mana kat luar tu. Takut ler sekang kes dengki aaa, kes busuk ati aaa, kes kopipasta aaaa (cam la ada bahan nak dikopipasta kat blog sampah ini), kes fitnah aaa..

So.

Privasi adalah the way to go. Unless blog ini buat duet itu laen cerita. For the time being, biarlah blog ini ada dinding Berlin dan tembok besar China. Kalau ada jumpa pintu kenit cam Alice in Wonderland tu, sekurang kurangnya anda tidak akan kata saya tak invite. Pas dah invite tak masuk gak, tu lain ceta.

Pssst:
nampak sgt kan kebosanan kat opis sampai buat mcm2 benda selain bekerja. 
Ha. Ha. Ha.


Apa Nak Bagi Kat Makcik Taichee?


Serius plis.

Penat pikir tau. 
Kupikir temenung dan thinking.
Kucongak kira dan calculate.

Dalam sehari tah bape kali aku jadi penunggu sesawang tuh.
Akhirnya hotakku yang bersawang
(tetibe dengar bunyik cengkerik.. [......])

Itu maknanya dah angau sangatlah tu.
Sengaja je carik pasal dengan incik biru.
Maklumler, makcik Taichee ni setia orangnya.
Tapi kesetiaan itu teruji la puleyk kan sebab banyak lagi kertas Cap Agong nak ditaburi kat lubang lubang periuk api. Kalau tak tutup mesti meletup sampai terbelah dua badan (ok. ini sangat overrrr) TEBAAABOMMM~@!

Maklomla, bila dah tetua gini, kena pikir pasni nak tinggal mana kan? Takkan nak hangkut semua bebarang umah kat Kch ni stok kat umah mama kannnn? Okeh zippit Taichee. Ko dah lalut ke Bangladesh dah tu. 

Jadi, sebagai seorang dewasa yang berhemah, lemah lembut, sopan santun lagi berbudi bahasa bak kata incik Anonku sayang maka disini mahu menshufflekan (lagi hebat aaa dr kat Bkt Bintang kununnya) diri beliau untuk lebih Bijak Wang dan fleksibelkan uang itu macam getah rambut.

Eh Cop! Apa aku merepek cam kerepek ni?

Takde.
Aku nak tukar line tipon je. Dari bayar RM500 utk internet + gayots (termasuklah official dan chenta), elok err...kumpul bebanyak untuk bercuti ke luar negara (macam dpat rega RM500 tuh! Perasan giler)

Ini adalah antara entry tak ada mak'ananye.
Sengaja tajuk tu lari pecut kan?

Sekian.

Sunday, May 02, 2010

.: Mari Kita Sober Sebentar:.

[Lullaby by Zee Avi]

Haih.
Tah hape hape aku buat barang 2 hari aku dah cuti ni kan? Pemalasnya Ya Rabbi! Dari semalam bukan buat apa pun, berlingkar atas katil, bersungguh sungguh nak habiskan buku Should we Tell the President oleh pakcik Jeffery Archer. Sampaikan nak makan pun malas. Mandi? Ha mandi je rajin sebab aku pun tak suka badan melekit weh! Yang lelain takmo komen. Dah namanya malas kan? Ish ish ish. Sebbaik mak aku kat KL, kalau tak harus kena beberapa das tembakan mulut. Hehehe...pepehal saya sayang mama saya! (mood rindu nih)

Okeh. 
Cukup pasal kemalasan diri sendiri. Aku dah ingat akulah perempuan malang yang bershoping sesuka hati di bawah pengaruh iklan dan musim pakaian baru masuk dan nafsu meningkatkan koleksi lens lomo dan filem lomo dan konon mahu cantik maka terbeli alat mekap yang mahal. Ni semua sebab kesian kat perempuan sales yang cantik tetapi mengandung dan pandai memujuk (iman ini lemah). 

At the end of the day, duet gaji recycle balik kepada kad plastik. Jadinya, makcik ni tak dapatlah ber enjoice. Ha. Ha. Ha. Untuk menambahkan garam ke atas luka ini, claim perjalanan pula dilambatkan oleh orang orang tertentu disebabkan malas mahu berkomunikasi. Dibiarkan saja borang claim yang dibuat sejak awal bulan 4 dulu di bawah lampiran kertas lain di tray "masuk". Terbaik! Dan dan aku bising, baru nak tunjuk ooo kena isi borang ni...oooo bil ini kena kepil. Tahulah organisasi tu baru diubahsuai, orang terdahulu tu kan dah dibrief? Aduh. Panas memang panas. Tapi panas tak selesaikan apa apa. Ketuk sorang sorang baru berjalan. Mintak mahaplah ye kalau mulut ini membebel. Tahan jelah telinga anda itu. 

Pulak tu dapat berita, aku tak dapat penempatan KKP sebab aku tak cukup fit dan jelita. Maklumlah, nak main badminton kat sini, kena ada darah Iban. Baru diorang nak ajak kau main. Tak pun, sebab dah takde orang, baru diajaknya kau. Bagos. Maka, skil aku yang dulu masa kat Sirim dah karat habis dan aku pun pancit dalam kadar luarbiasa cepatnya. Sedih. Tapi aku redha, aku memang tak fit. Aku fat (tapi Mak Tan dulu lagi mantop badan beliaw tapi beliaw lebih fit dari aku, walaupun umur dah 55 tahun! Sekadar swim 10 lap non stop tu beliaw tadehal hokeh! ---so sebenanya aku mmg tak fit sejak azali)

Kendian, laptop pula membuat perangai mengadanya. Kerana sedikit mengong disebabkan IE8, maka ada orang yang sangat pandai cuba menginstall kembali XP (ye, aku pakai XP lagi) dan segalanya jadi mengong sehingga terpaksa direformat dua kali. Ye. 2 kambeng kali.

Jadi, aku ingat aku malang. Malang sangat sampai mood aku merudum piuuuunggg jatuh gaung. Oh sedih. 

Sambil bosan menunggu orang genius itu dengan laptopku maka aku pun lepak pantry buat pandai kopi panas dan merenung keluar mencongak congak macam macam. Tetiba kan, terpandang seseorang berpakaian putih duduk menyelongkar plastik sampah hitam di belakang KFC.

Aku dok tenyeh mata. 
Ini antu ke apa ni? Kenapa beliau selongkar plastik sampah?
Lepas tu kan... aku tengok dia dok keluarkan ayam goreng KFC wok! 
pastukan, dia dok asingkan ayam ayam tu (aku rasa haruslah tinggal tulang temulang kan?) dan masukkan ke dalam plastik lain. Itulah yang dibuatnya dok selongkar sampai 2 plastik besar. Dah habis tu, dia dok carik kat tong sampah lain. Maklumlah belakang ofis tu, punya banyaklah tong sampah kan? Dah habis selongkar dan asing, dia tunggu pulak restoran restoran lain punya sampah. 

Aku terus terasa macam ada orang tampar aku kiri dan kanan. Aku sibuk fikir pasal aku, tapi aku tak nampak orang lain nak makan sampai sanggup selongkar sampah! (T____T) ohh! sedihnya. 

Dan aku punyalah bangang, baru terfkir nak ambik gamba..

Tengah selongkar tong sampah


Tengah selongkar sampah


Tengah selongkar tong sampah lain

Tulah dia hasil pencarian sisa ayam yang mahu dibawa pulang. Untuk makanan anak-anak beliau kah?

Oh! 
Aku menjadi sangat sober untuk ini semua.
Aku fikir aku malang.
Tapi aku best sebenarnya. Aku masih boleh menaip blog sambil menonton astro dan minum air oren twister.

Tapi entah entah aku memang malang sebab aku tak bersyukur dgn Allah?
Aku diberi banyak benda olehNya.. Kerjaya yang best, boyfriend yang sangat memahami dan menyayangi aku walaupun aku mereng, emo dan gila (tak masuk lagi gemuk dan malas), ada mama dan abah yg best, famili agak mereng lah kengkadang tapi itulah warna warni hidup aku. 

Takpe.
Yang penting aku dah sober. 

-_______-"




Sunday, April 25, 2010

SiChomel Warna Pinki~@!

Terima kasih kepada Ed Hardy kerana Air Freshener ini.

[Berlatarbelakang lagu: Ketulusan Hati]

Yeahh...setelah agak bosan dengan warna mandom yang bosan blog aku selama ini, maka aku pun mencari cari tema baru yang sesuai dengan jiwa diketika ini. Senang je carik, jumpa, donlod. Sebbaik blog sekang dah ada simpan widget, tak cam dulu kena delete terus, pastu wat balik. 

Oh yeah. 
Blog is so overrated nowadays. Tu pasal aku pun dah malas nak berblog. Ini pun blog sbb dah bunuh masa (terjemahan lateral) dan sebab nak tengok layout baru. 

Itu je. Saya malas dan penat bershoping. Nak tido jap utk bangun makan.. Esok rasanya nak start posa. So kena lah sahur. Kalau tak sahut mahu kena alzheimer aku nantik. (Read: Gigil gigil cam orang tak keruan - kang ada orang ingat aku druggie laks).

Laters~@!

Monday, April 12, 2010

Yay~@!

I am HAPPIEST when I see this beloved kiddo - my cheeky, bijak and chomel nephew Ziyyad.
Gotta see and kiss and hugs and kiss and hug and kiss and hug my only nephew Ziyyad around 4ish pm today. As if he knew that I have to leave the house for work, he woke up on cue (automatically).

ini gambar, mak dia yang ambik

He is so-ooo adorable and cheeky and handsome. Ziyyad also remembers how I used to play upside down flying superman with him with the sound effect wooo wooo wooo wooo~@! Oh! I miss him already! Ziyyad please read the book mamalong bought for you animatedly hokeh!

I noe you looked so sad as I hafta leave early...tapi mamalong promise to bring you (and oso ur mama la of kos) for jalan jalan insyaAllah...kita hooray hooray nanti k! I so miss you :'(

Love you loads darling nephew!
emmuahsss <3 <3 <3

Sunday, April 11, 2010

Don't Insult My Intelligence! Faham?




U noe?


So u Think u Noe?


But don't u noe that u don't noe anything?


U don't. 


The end.


Pfft.


p/s: bestnya dpt outdo ko. tulah tipu org + tak adil lg. lalalaaala~@!
psst...jgn perasan ye. Hahahahah~@! Kelakar sangat!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails