Waaah~@!
Lama gila aku tak berblog enh? Mesti ada stalker yang nak tahu apa yang aku busy sangat lately kan? Tak busy pun, cuma malas nak blog joks. Sebab makcik selalu lepak kat FB maen Sorority dan "jumpa" kengkawan kat sana. Lagipun, tak ada perkembangan yang best pun. Kot ada pasal kerja yang sangat lah busynya sejak menjadik Region Coordinator kat sini. Tapi aku still belajar lagi lah. Bukan senang nak handle otai otai kat sini. Tak pesal kang kena sembur (tapi aku cakap mekasih dan cakap lah, aku bukan ahlong Bukit Beruntung, aku cuma nak tolong joks). Padan muka dorang. Terus tak terjawab emel berhabuk inggeris busuk aku tuh!
Bulan pose ni, takde satu hari kat Kuching pun yang makcik keluar gi PaRam. Makcik dah berpatah arang dah nak beli beli PaRam kat sini. Amatlah bosan, sempit, sesak dan makanan pun not up to my Semenanjung tastebuds. Kalau teringin nak makan authentic Sarawak food, tak payahlah gi PaRam. Pegi je kedai or restoren dorang yang selalu ada tuh. Lagi bagos (tapi aku malas lah nak kua gi membeli hahaha). Jadinya, banyak gak makanan yang aku masak sendiri seperti Tomyam Campur, Mihun Goreng Pedas, Bubur Nasik Bersup Ayam, Popia Goreng inti udang, Spaghetti Goreng, Mee Keju, Cekodok Udang, Sambal Daging.
Hehehe gambar? Ada ni ha lam fon lagik. Nanti lah makcik upload. Makcik masak tu, bagi kat jiran bujang kebuluran kat blok sebelah. Sian lak tgk, malam2 mintak kowt ada makanan lebih. Haih! Kan senang kowt korang ada dapur ke apa. Bodo bodo pun leh masak megi ke goreng telur ke apa. Haih!
Anyho, hentah kenapa tah, tahun ni aku rasa, aku bakal menyambut Raya Bujang terakhir aku (kalau diizinkan Allah). Tapi kalau tak menjadik, itu tandanya, Allah dah rancang sesuatu yang lebih baik kan? Bukan pesimistik, cuma aku suka jadik realis. Modjo kesayangan aku memang makin sayang kat aku. Makin kronik lagi ada kowt? Dalam sehari aku tak mesej kang dia kata tak ingat kat dia ke? Tu baru mesej, belum call lagik. Aku tahu, ada manusia kat luar sana yang still tak percayakan Modjo. Tapi ada aku kesah ke? Bukan Modjo nak kawen ngan dorang dan bukan luak pun duit dorang nak sponsor majlis kawen aku kan? Kotlah kalau takut sangat aku jatuh gedebuk sekali lagi cam tahun2 sebelum ni, ada ke dorang kasik semangat untuk aku bangkit balik? TIDAK! Ada ke dorang teman aku upkan balik semangat aku? TIDAK! Ada ke dorang gi pukul mamat mamat yang tinggalkan aku tu? TIDAK!
So ada aku kesah?
Yang penting kerjasama aku tak jadik hilang akal, hilang iman dan bunuh diri. Watpe nak sedih2 kalau sesuatu tu tak jadik? Fikir jokslah Allah nak kita dapat yang lebih baik. Sebab akal kita ni pendek. Tak luas macam ilmu Allah Taala. So kita fikir benda tu buruk, tapi sebenarnya ubat bagi jiwa kita. Kita je tak tawu. Hmmm...
Anyho, aritu En Modjo sangat sukakan sambal daging mama style yang haku tapaukan untuk dia. Macam biasa, Adik akan jadik posmen karat kitorang. Hehehehe. Masalah cinta zaman dulu dulu nak wat cemana. Tak pakai la MMS ke 3G ke mende. Takde maknenya nak dating dating dehhh. Dia rindu sangat, dia gi sekodeng aku, dok main nyuruk2. Padan muka dia sebab makin dia rindu lagi ada. Pastu, yang aku heran, tempat paling besar dan sebuk pun dia leh nampak aku. Cemana enh? Teroris betol Encik Modjo. Mata dia mata burung helang agaknya.
Yang paling best, aku dah tak rasa geram dia wat camtu. Aku rilek joks. Sebab aku taw, makin lama makin teruja dia nak gi jumpa mama + abah. Bagoslah kan? Itu pun tujuan aku pun. Pakkal kaki dia patah masuk besi. Kalau tak dah lama dia jumpa ayahbondaku. Knowing a perfectionist like he is, hmmmm harus everything perfect. Sebuk dok tanya aku, cemana agaknya kalau first time kita jumpa enh? Aku cakap lah, aku akan jadik clumsy giler dan tak berani nak tengok dia eye to eye. Mesti butterfly terebang terebang di dalam perut. Kalau boleh aku nak suruk belakang dinding sebab malu giler ngan dia. Huuuuuu
InsyaAllah, Encik Modjo akan terus meningkatkan kekomfidenan diri dia untuk jumpa orangtua aku dan seterusnya jumpa aku. Kesian dia dok kompol kompol duet untuk tujuan murni tu. Maklum, dok jaga adik2 yang masih tak habis skolah (kat uni daaaa). Hmmm..cepatlah wahai adik Ena dan adik Ejam woits! Achik kamu nak kawen ngan KakChik ni woits! (Teringat dia nyanyi2 lagu Oh! Mama saya mau kawennnnn - hmmmm).
Ye. Ye. Dia yang tak sabar sangat mo kawen. Aku cakap, aku dah kata dah, aku nak sempoi joks. Yang penting akad nikahnya SAH! Walimah tu wat la ala kad(ar) joks. Bagi joks lah air kotak ngan nasi tapau lam bekas plastik. Senang. Yang penting pasca nikahnya. Lainlah kan kot famili kaya raya. Nak sponsor itu dan ini. Kalau dah famili biasa macam famili aku ni, aku + Modjo sendiri kena usahakan. Malu la wei sumer nak mintak itu ini. Buang la tebiat generasi subsidi itu. Baru bermakna perkahwinan itu ala sederhana joks. Yang termampu. Aku tak kesah pun hantaran Encik Modjo RM2 ribu. Sebab nilai dia sebagai suami aku lebih tinggi dari RM20ribu sekalipun. Tak ternilai hokeh sebab dia sudi amik aku jadi isterinya (insyaAllah, amin). Ada aku kesah mulut Cik Temah kata apa? Orang jemput datang kenduri kahwin untuk mendoakan pasangan tu hidup penuh rahmah dan mawaddah. Ini tak first thing tengok khemah ada ekon ke tak, ada Ferrero Rocher ke ganti telur, ada pelamin shantek bunga2 lily ke apa...huh! Melayu Sungguh! Pffftttt~@!
So berbalik kepada topik asal aku. Hahahaha... Raya tahun ni memang laen dari sebelumnya kerana ecewah cam nak masuk pertandingan slogan puleyk.
Sebab
1. Aku buat baju kurung + kebaya pakai kain lama tak buat baju dok joks lam lemari tuh ha
2. Aku beli kueh feveret aku joks spt Samperit, Suji, tart nenas tradisional, kek lapis sawak dan CUPPACAKE Ghaye~@! Woohoooo First time wok, aku order Cuppacake Ghaye. Sebab aku tiru En Modjo nak bawak balik kampung dia. So aku pun terorder sekali tok Mama aku tu.
3. Aku belikan baju tok adik aku Piko. Taro taknak sudeyh. Hehehehe
4. Aku belikan Mama handbag style dia suka - selimpang. First time wok!
5. Aku akan distribute duet ghaye yang tak seberapanya sbb kazen mazen dan anak2 sedara sepupu aku ghamei wei!!! Nasiblah kalau korang dpt sikit kan? Yang penting ni first time wok!
6. Baju kurung aku sedondon ngan En Modjo kaler biru huyeh huyeh!
7. Aku plan nak buat surprise kodok masa Ghaye tahun ni. Apa dia? Hentah aku tak pk lagik. Muahahaha
Haih! Sebaik aku dah excelkan sumer BURN LIST Expenditures haku. Hmmm... Tak leh lelebih bajet weh. Aku nak kawen! Aku nak kawen! Berjimat cermatlah untuk kawen anda. Aku pun dah namakan tabung tu, Tabung Kawen! Hek hek hek.
Jangan mara aaaaa~@!
duit raya nyeh!!
ReplyDeletelama tak singgah blog orang kepong ye..
ReplyDeleteJiji:
ReplyDeleteMeh dtg umah mamachiklong ye Anis Manis
Bro Azhar: Haaa samalah kita pun.. huuu agak bz gitu
taichee...yer ker dah nak kawin ni...berita baik ni...
ReplyDeleteKak Hani:
ReplyDeleteInsyaAllah kalau diizinkan Allah :D
dam dam dumm...bunyik mercun :D
ReplyDeleteselamat hari raya :)