Penat seh badan (cakap cenggini sbb baru jumpa bebudak s'pore).
Balik dari Endau mmg meletihkan. Bukan holiday tapi kerje. Cari uang lebih sbb takmo nyusahkan abah. Tak kisahlahkan even tho anak perempuan setua aku camni, selagi tak kawen aku still under tanggungan abah, kan? Bagi aku biarlah aku financially independent. Buat aku MAHU carik duit lebih dan berdikit2, bak kata Azam, prudent spending. Aku pun dah potong chip kat kad emas berhantu aku tuh. Mmg syaitan la kad tuh.
Kat Endau, selain daripada menolong bebudak S'pore wat teambuilding, aku ada gak selit main paintball di dalam hutan (lawan team yg menang). Menyuruk celah pokok Ara n Tualang, merangkak cam laskar komando yg aku jumpa kat Kg. Selai - masa ni tak hingat langsung kat pacat! ( derang ske lepak2 sambil sweet sweet anak dara org Asli). Aku trekking ke Takah Pandan jadik sweeper kat belakang and jadik First Aider in case org bandar moden cam S'pore yg heran tengok ayam tuh terjatuh ke apa. Temankan si Michael, Mainland China chinese yg dah duduk S'pore and first time datang Malaysia berborak mcm ayam dan itik. Dia tak faham aku, aku tak faham dia. Tapi layan jelah kan. Tak luak pun. Si Nurlin, Mas n Jackie ajak lepak ngan dia orang kat S'pore. Mmg aku ada niat nak kesana nak beli bebrg masuk utan. Nak beli beg Ophrey yg ringan 55 + 10 L tuh beserta seluar Columbia or Round Robbin. Nak beli carry mat getah. Tengoklah, if ada duit terlebih...(tadi baru kata nak prudent spending...lalalala)
Sekarang ni aku nak join DSD pulak. Ada rezeki nak ke Redang. Kak Salwa, exec baru masuk tu pun kaki outdoors gak sbb dia pun cam aku, still single. So aku ajak dia join DSD. Pasti seronok tengok ikan kat celah2 mak bedah batu karang tuh sambil tengok hidupan laut lain. Tapi Kak Salwa dah ada license. Boe kata dia sendiri can ajar me. Tak kusangka stronger significant other aku ni scuba master ngan PADI. He can always surprise me and caught me off guard!
Anyho,
tadik aku call Big Boss aku. Aku ingat aku nak cakap ngan sekreteri dia je, nak kowek rahasia result exams aku last week. Sbbnya msg penting cenggini slalu sampai kat telinga aku dengan kadar kecepatan siput bab1. Mcm exam yg aku kena sit, sampai ke sms fon aku pada petang Sabtu!! Dibuatnya tadi, Big Boss sendiri hangkat fon. So ndak tak ndak tanye jelah dia kan.
"Tn. Hj., ni Anaz ni. I dengar dari Lan, my exams paper you yg mark, kan?"
"Ha'ah. Kenapa you takut fail ke?"
"takut jugaklah sbbnya Robi pun dah interview last week. Ada org interview esok...I takutla kot-kot..."
"no-lah, do not worry. Results U ok punya. Jgn risau...I belum submit the results kat HRA je.." sambil dia gelak-gelakkan aku yg cuak disini.
"oh, ok...legalah sikit dengar you kata camni..baidewei, you will also jadi my pengiring during the interview, issit?"
"ah-ha yes..yg tu pun you tak payah risau.."
(dlm hati aku ni, Allah jelah yg tahu...kalau belum rezeki aku, mmg stuck la kat position aku ni lagi setawon)
"oklah, thank you Tn.Hj., Assalamualaikum!"
Tak tahulah nak kata. Dia Big Boss baru aku walaupun dulu tak pernah kerja direct under dia, tapi pernahlah report some of the works to him. Bleh buat lawak ngan dia hari tu before aku tahu aku kena exam on Saturday thru sms.
"Tahniahlah Tn. Hj., ur brand new Perdana V6 is already here at Block 8! Nice and shine!.."
"THANK YOU FOR THAT MESSAGE"
tak tahulah dia tegezut ke, hepi ke, ckp aku sebok ke...tapi aku tahu dia dok pakai handmedown punya V6. Sumpah aku taktahu dia akan mark paper aku...and iring aku gi interview mengadap Faizi yg agak strict tuh...seram sehh.
So whatever it is, tawakkaltu alLallah. Aku dah cuba jadik SpongeBob Ahad mlm Senin ari tu and sedaya upaya tak pakai toyol (tah, Azlina kata bawak je info tu selit2 lam jaket...tapi aku cuak gaklah, kotnyer exam ko lulus, naik gaji ikut percentage kelulusan paper, tak was-was ke pendapatan like dat? mcm tak honest gitu? so if tak honest bukan duit gaji kita mcm tak berkat ke? ohh...maafkan aku yg serba jahil ini...).
Lainlah kalau Big Boss aku Mr. Cool dulu. Alhamdulillah dia protect aku dulu and Kaplam dah mengamuk sbb kipas ekon dia tak jalan. Murahkan lah rezeki Mr. Cool, boss aku tu Ya Allah...amin...
Immediate Boss aku yg best plak slalu bawak aku gi visit suh aku blajar technical terms. So Sibbaik pagi tadi aku tak EL ke apa. Penat2 kat Endau pun aku gi opis sbb risau ngan customer cayanun yg bikin runsing tu hari. Dahler tak dapek tido masa kat sana sbb ada makhluk Allah di alam halus dok bergurau ngan aku.
Alih-alih this morning Boss yg best aku tuh nak suh aku bawak dia dgn Obit ke Bandar Permaisuri. Patut kasik tahulah awal2. Leh aku bawak Putih ke Swiffy ke SB-A ke. Dahla si Obit asek pakai bedak sejuk je sejak dua menjak ni. Maklumla, slalu ujan and wiken aku slalu keluar masuk utan. Ndak tak ndak...bawak jelah kan...segan pulak sbb Boss aku tuh seorg pembersih, baik dan jarang lewatkan solat (pendek kata mak mentua pasti SUKA laa). Kelam kelibut aku spring cleaning dlm keta tu hahahha...Sibbaik byk brg dah takde.
itulah. Selagi benda exam mekzem ni tak selesai lagi, byk urusan aku kena plan lain. Uhuhu...dah ckp ngan Mama n Abah about this. Slalu mintak diorang doakan aku lulus cemerlang lam exam cam time-time kat uni dulu. Hopefully all goes well, insyaAllah. isk seram kat Endau Rompin Selai lain, seram interview lain macam pulak...I am having my cold sweats from the weekend til now, man!!
1 comment:
sampai kan salam aku pada Tn haji. salam pagi..heheheh. musti ko pass exam with flying colours
Post a Comment