Pages

Tuesday, February 06, 2007

+..Kekuatan Mental Part 1..+



Salaam...


Aku baru balik dari mendaki gunung keenam paling sukar di Malaysia, Gunung Ledang atau Mount Ophir di Sagil, Tangkak Johor.

Puas?
Memang puas alhamdulillah. Tapi kan, tak cukup ngan puas aje, pakej sakit badan tu perlu ada pada aku. Ini semua gara-gara frustasi dengan Boe. Semuanya gara-gara 70-30, 50-50 dan akhirnya 100% MAHU ke Gunung Ledang.
Aku mengaku level fitness tak seberapa. Setakat berjoging dan cycling di gym, and then angkat pemberat kaki lebih kureng..dan swimming setakat half pool then sambung half pool (sebab tak larat nak perabih)..hmm..aku sedar diri aku siapa..ecewah!

Petang Jumaat 2hb yg indah tu (yelah kan, indah sbb jumpa org yg kita rindu), selepas serampang dua mata dgn dia, cakap dari hati ke hati...akhirnya aku dpt jawapan dia. Emangnya dia juga seperti aku, masih sayang dan rindu, cumanya mengenangkan perbuatan aku yg emo tak tentu pasal banyak kali. Lelaki mana tak fedap, kan?

Memang aku mengaku kesilapan aku (PMS kot?). Betul jugak kata dia, kali ni aku mintak maaf, then buat lagi (mcm sebelumnya) - sampai dia down sangat. Kenapalah aku ni agaknya? Mungkin sbb aku tak mudah percaya pada org? Tapi aku akan cuba belajar...insyaAllah dgn kekuatan MENTAL, mcm aku naik Ledang.
Dua jam mendaki ke base camp Pasir Panjang dari checkpoint Ayer Panas. Yg lamanya tak sampai2 (sbb bertolak after Subuh dari bawah) sbb tunggu Arif, guide 17thn kat atas sana lepas Kolam Puteri. Hisk mata dahlah ngantuk sbb bergerak dari Shah Alam jam 2 pagi. Kol 3 pagi stop lepak minum kopi kat R&R Seremban. Uhuhu...dah lama tak buat keje gila camni. Mintak maaflah kat Vizier sbb last2 dia drive sengsorang org lain sume dah Zzzz...sampai ke Sagil. Itupon sambung lagi tido kat parking masa dah masuk Taman Negara Ledang kureng lebih jam 4 pagi tuh. Ehehe...mak elok2 ckp dah ada tilam empuk kat rumah, ha...ni baru namanya Jalan-Jalan Carik Pasal.

Memang luas betul campsite kat Pasir Panjang tu. Budak lelaki tido atas ground berbumbungkan fly. bebudak perempuan tido dlm khemah. Nasibbaik jugaklah, sbb sejuk dia MasyaAllah sampai ke tulang. Bebudak laki yg rajin carik kayu, buat unggun belakang tent we all. Wah! Nyamannya suasana...siap bawak kopi lagi. Masa nak tido, Sue budak UIA tu siap nak katup2 cover opening tent walaupun aku rimas, tapi takpelah bagi can kat beginner. Aku tido ditemani dgn gelak ketawa tak hingat mamat-mamat MCA dan MIC yg dah high dgn beer (bau giler kuat time nih). Aku rasa derang citer pasal jumpa ayam kat KFC ( serius nama lereng ni KFC!! before Gua Kambing) pun kelakar kot. Ala-ala

"I met a chicken hiking up KFC before reaching the summit"
Bwahahahahahahha~@! LOL!

Camtu lah aku rasa. Lawak yg tak best pun derang rasa best sbb maklomlah dah high kan...
Jam 2 pagi, Arif bangunkan dari luar "kak bangun, bersiap nak naik.." dgn suara manja dia. Nasibbaik aku ni light sleeper, senang terjaga. So dok siap2 wee wee kat sungai (nori ajak sbb takut gelap), aku bangunkan boys ngan lampu. Hmm..derang ni kan, if kita tak buat camtu, jgn mimpilah nak gerak on time. Siap berlingkar2 lagi, "jgnlah bangunkan pakai lampu, pakailah tangan.." ckp Yon. ewah2...ingat mak dia ke nak bangunkan pakai tangan...
Jam 230 baru everyone bangun dan bersiap sedia. Aznam yg suka ngelats takmo naik, demam katanya. Takpelah Nam...ko pepandailah kemas khemah ni, masak apa2 patut tgh hari kang..

Gunung Ledang terkenal dengan cerita2 infamousnya...jgn silap kata org pesan. Kang terjadi benda2 tak best. So, memulakan perjalanan dgn kalimah2 Allah. Bismillah, 3 Kul, ayatul Kursi, selawat dan juga zikir2 tak putus...maklumlah, berjalan di tpt *org* ni kena jaga kesopanan dan kesusilaan. Apa2 difficulties time naik tu, takut2 tersadung akar ke, batu ke..nak guna kaedah roping bagai...75 darjah naik saje..aduih...memang kena byk2 istighfar...

"aku nak naik ni, sbb nak tgk keindahan alam ciptaan Allah...maka bagilah aku kekuatan..."
Pastu kan...aku boleh terbuat kelakar pulak...sengaja meninggalkan windbreaker dlm tent sbb malas (berat tu!), and masa tu, aku terasa tak sejuk sgt. Ditambah lagi dengan kata2 tak sengaja, "ala..ni nak naik puncak tak bawak beg, tak injured kot?" Tapi aku still wat stretching.
Hahahaha...kita tunggu...5 jam kendian tengok..

(to be continued in Part 2)

No comments:

Post a Comment

I just hate spammers and anons.
If u're cool u drop some names aye? thanks