Pages

Monday, November 16, 2009

:: Dear Blog, Apa Khabar Kau Hah?::

Hmm...

Tah apa la yg aku pk saat aku berblog dulu. Mostly about luahan hati dan alter ego aku nak rage kt orang. Pernah gak kena sound awak tu pompan, tak baik carut or buat camtu. Haiya...sibbaik dia tak jadik laki aku. Tak tahan aku laki yg tak bleh nak gurau + terima alter ego aku lam blog ni. Sumer kena kontrol~@! Rimas la hokeh? Dahla aku takleh nak mengaruk kat dunia nyata, kat blog pun kena kontrol?

Hek hek. Tu dulu la. Sekang aku dah cool banyak. Relaks + chill joks. Maklumlah aku bukan bebudak lagi nak ada perangai camtuh. Cuma sekali sekala aku ngarut cam limau purut and merepek cam kerepek tu normal ah tuh. Aku ni manusia biasa joks.


Sekarang?
Sekarang aku aman. Aku damai. Cuma aku terlalu rindu. Aku tak keluar berdating macam biasa aku buat dulu dulu. Entah cemana la agaknya kalau jumpa sayang aku depan depan. Akhirnya? Mesti bergelegar kepala lutut aku. Aku mesti tak mampu nak tenung mata dia. Ohhh~@! Cinta tulus (ecewah bunyik cam poyo) aku dan dia ni macam susah nak sangka boleh bertahan nak sampai 10 bulan dah. Posmen karat kami tetap Adeq. Adeq la talian nyawa nak pesan barang ke apa ke, nak sampaikan ke, nak tau berita terkini ke apa. (termasuklah nak tau kowt le ex ex awek sidia dok ctc ke apa). And memang dah ditakdirkan aku dan Adeq sama tahun Naga, lahir kat hospital yang sama, dan sama pulak karakter. No wonder la Adeq dan aku boleh faham masing masing.

"Ada jugak orang hidup zaman broadband yang bercinta ala 50an enh?" Adaaa...aku cakap ko! Ada orang kata kitorang saiko ke apa tak jumpa memasing? Kalau kitorang saiko pun, ada aku kesah ke? Hahahaha...yang nak kawen aku dan dia.

Anyho, aku still berserah jodoh aku pd Rabb aku. Aku still berharap pada Yg Satu. Aku cuma mampu berdoa dengan yakin. Kalau dulu blog entri aku penuh dgn rasa negatif dan tak yakin (sebab dalam hati mmg dah tau cemana), sekarang aku redho. Macam macam cubaan datang antara aku dan si cinta hati. Bukan sikit sikit celah gigi. Apa dugaan dan cubaan tu, biarlah antara aku, sicinta dan Allah Taala je yg tahu. Apa yg aku yakin, semakin banyak cubaan dan dugaan, semakin dalam kasih sayang kami.

Si cinta hati kini sedang bekerja keras untuk adik adik dan untuk kami nanti insyaAllah. Aku tau dalam keadaan dia sekarang, amat sukar. Terutama jika ditakdirkan tiada ayahbonda tercinta. Dialah yang membawakan sedikit rezeki ke rumah untuk adik2 makan, pakai dan belajar. Dialah yang berkorban apa saja asalkan adik adik bahagia. Dia yang tidak pernah mengeluh hatta di telingaku sekalipun. Aku kagum dengan sicinta hati. Entah kenapa, semangat dan kasih sayang dia untuk adik adik melimpah rohnya pada aku. Dia mengajar aku tentang betapa berharganya sebuah keluarga. Tinggi budibahasanya. Mulia pekertinya.

Tidak.
Aku tidak buta kerana cinta. Aku nampak jelas dia bagaimana, sebagaimana dia lihat aku. Kami ada kekurangan masing masing tetapi kami terima dengan hati terbuka, dengan kasih dan sayang (ok bunyik dah macam drama, tapi lantak akulah kan? blog aku). Kami highlight kelebihan masing masing...buat joke pasal tu lagi. Aku boleh jadi diri aku tanpa perlu kontrol ayu. Alah dah penah terkentot pun masa tgh Skype. Kuat lak tuh! So aku kaver la gelak kekuat...sapa suh tahan kan? Haa ko, skali kentot, POOOOTTTT~@!(kalau ada yg gross pun ada aku kesah?)

Hentah. Aku dah terlalu selesa dengan arrangement sebegini sampai aku sendiri takut nak jumpa famili dia yang lain. Aku terlalu selesa sampai aku takut jumpa dia face to face. Tapi sampai bila aku nak takut kan? Hisk..tak boleh nak bayangkan kalau one sweet day, finally dia jumpa aku.. mao aku pensan ke apa sebab rindu dendam berbulan bulan akhirnya dia depan mata aku. Cemanalah orang dulu dulu jumpa laki dia first time masa kahwin enh? Hisk..berderau beb jantung. Cam nak runtuh peparu sumer..kulit pun leh tanggal kowt? Uhuuu...

Walaopon aku takut, tapi deep down, aku nak rindu kami ni berhujung dan berpangkal. InsyaAllah, itu yang aku selalu doakan semoga semuanya direstui Allah, dengan izin dan rahmatNya, sampai syurga...


1 comment:

  1. Salam

    aku pun lama tak singgah sini ziarah blog ko...tahniah chee kalo ko dah jumpa bahagia yg dicari. aku doakan smuanya dipermudahkan utk ko & berakhir dgn kesudahan yg baik. mmg bila kita jumpa apa yg kita ndak, hati pun dah 'tenang'.. kita akan rs nak tutup smua citer lama & mulakan 'kehidupan' yg baru. aku merasai benda yg sama. kawan aku pesan tok yah la citer hal2 lama, Allah dah tutup aib ko, buat apa ko nk buka smula. i think it's a good advice though cz bila tunang aku citer psl ex dia pun aku mcm menyampah nk dgr hehehe..anyway all the best 2u. God bless ~ xox

    ReplyDelete

I just hate spammers and anons.
If u're cool u drop some names aye? thanks