Pages

Wednesday, January 31, 2007

+..Suratan atau Kebetulan, tapi suatu keSEDIHan..+

Entah kenapa tah yek...aku memang tak percaya pada kesialan. Hisk..jatuh syirik tu kalau silap konsep kan? Tapi kan...tah kenapa, tiap kali aku came across ngan nombor birthday aku, tak kira la birthday aku sendiri or nampak nombor2 birthday aku di jalan2, memang ada je bad luck kat aku...Rasa tak best plak...

Dulu masa nak gi masuk hutan dekat2 birthday aku, tatkala first time kenal Boe, aku jumpa banyak nombor birthday aku sendiri, tak 5, 55 or 555 or 5555 or 5515 or 5505 or something to do dengan nombor 5 atau 15 tapi mesti 5 la pangkal dia or nombor dominan kat plet2 keta! And nombor2 ni pulak bukan timbul sekali je tapi berturut2 dan berderet2! Sampai aku confuse...Kenapa eh? Takkan la tetiba nombor2 plet keta mcm ni kua serentak nak pedajal aku kot?

Dah banyak kali ok lately aku jumpa, bukan aku yg carik tiap2 nombor keta kat jalan, hisk tak koser la...tapi memang in automatic, aku akan ter scan nombor2 tu...

Dulu, masa kenal Boe, aku broke off ngan MrJ. Kali ni pulak, Boe nak break off ngan aku. If you guys baca blog2 aku yg lepas, definitely you all tahu, mmg aku yang carik pasal ngan dia...sbb aku ni jenis jeles giler. Suka assume yang bukan2 and Boe pun dah warning kat aku, if aku buat lagi, thats it i'll be left alone. Little that I realised, aku buat lagi...

Bunyi entry aku ni mcm happy je kan?
Tapi Ya Allah, punyalah susah aku nak teruskan hari-hari aku...
Susah nak tido, susah nak makan, susah hati, sempit dada...selalu mata aku akan bergenang dan kemudian free flow pas tu...nak berlakon happy? ermmm tu lah nak cuba tu..tapi memang susah beb.

Dikala ini, diketika ini...aku terbaca blog Hamka tentang Jangan Bersedih or something like that...and kebetulan kat rumah tu, mama ada suh aku baca title yg sama(ni pun aku pelik apsal mcm tau2 je aku nak sedih padahal masa mama suh aku baca tu, aku tgh happy sgt).

Masa aku terbangun (or mmg aku tak tido ke?), aku teringat untuk tahajjud dan minta taubat kat Pencipta aku...aku sedih...aku takde tempat nak ngadu. Kat kawan? Mana sama...they will listen tapi kan...takde sapa yang really understand my actual predicament. They don't even know the actual story pun...so aku takmo susahkan sahabat2 aku...

Aku terasa kemanisan solat malam. terukkan aku ni? Memang pun hahahha...Masa susah je ingat kat Dia. Masa senang tu, sangat kureng aku bersyukur..Aku cuma mohon kat Dia supaya dia tenangkan hati aku setenang2nya...supaya jika betullah ini yang tertulis untukku, maka aku redha...aku redha Ya Allah...Ampunkan aku atas dosa-dosa aku...uish... sedih plak.

Tapi aku mohon padaMu jua Ya Allah, agar kau temukan aku dengan jodohku, yg jauh kau dekatkan, yg dekat kau rapatkan..dan semoga aku boleh menjadi seorang isteri secepat mungkin...Kenapa? Biarlah itu menjadi rahsia aku denganNYa... Tapi jika benar Boe itu memang jodoh yg kau tentukan untukku, maka kau sejukkan lah hatinya untuk memaafkan aku dan menerimaku kembali Ya Allah...

Kebetulan hari ini juga aku ditemukan dengan satu blog oleh seorang wanita dengan pen name Hani Sumayyah.

Try la click blog dia as another point of view untuk fahamkan lagi konsep poligami. ini first hand report ni kengkawan...Biar kita open mind sikit. Belajar lagi kalau nak tahu...
>>http://hanisumayyah.blogspot.com

hai lah hati...
tenanglah...
tenanglah...
hai lah roh...
kembalilah...
serahkan dirimu...
sujudlah...dan menangislah...
sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Menerima Taubat
Maka tundukkan dahimu
ciumilah sejadah usang itu...
dan menangislah engkau
kenangkan dosa-dosa itu...
Akan layakkah aku akan syurgaMu?

Ya Allah...aku memang bersedih...tapi izinkan aku untuk menerima ketenangan dariMu. Izinkan aku untuk meneruskan saki baki hidup ini. Berikan aku kekuatan untuk terus berdiri Ya Allah. Jika memang tertulis apa pun keputusanMu Ya Allah...aku redha...aku redha...Ampuni aku Ya Allah...

5 comments:

hamka said...

Sekiranya dengan bersedih ini, Allah bermaksud nak selamatkan saya dari azab api neraka yang hangat membara..oh! alangkan indahnya kesedihan ini..

yey!

Jannah said...

Kak,

Sakit hati tu memang menyakitkan. Tapi nak buat macam mana orang tu tak mahu kat kita. Menangis air mata darah pun kalau dah tak mahu tak mahu juga.

Time heals all wound. I pray that you'll find happiness. Pasti ada tu. Lambat sikit kut. Sabar je la.

Anonymous said...

Tapi aku mohon padaMu jua Ya Allah, agar kau temukan aku dengan jodohku, yg jauh kau dekatkan, yg dekat kau rapatkan..dan semoga aku boleh menjadi seorang suami secepat mungkin...

Taichee~@! said...

uhuhuh...

sungguh terharu baca komen2 u alls..

Bro Hamka:-
itulah motivasi saya time sedih, dgn kesedihan terasa kemanisan beribadah..dan tak lekang berdoa agar apa yg terbaik itu diizinkan olehNya..tak kiralah, sama ada saya berbaik semula dgn Boe atau ditemukan dgn org yg lebih baik...Aminn

Ms. Jannah:-
Alhamdulillah..rupanya org tu merajuk aje. Sbbnya kelemahan diri sendiri jugak..but man proposes Allah disposes..mana tahu, kan..kalau buat mcm mana baik pun, dah bukan jodoh, mmg bukan jodoh..
just pray for my happiness ok?
Thank you dik Jannah!

ran:-
saye tumpangkan Aminnn...
may you be a good, beriman and beramal soleh punya hubby...
:D

Anonymous said...

jangan bersedih by Dr. Aidh Al-Qarni,given the book by by Anas.A good reading.chiken halal soup for the soul..hahaha..


"hari semalam bagai surat khabar lama yang sudah tidak elok disimpan,dan sudah kuning kertasnya,dan hari esok itu masih dikandungan langit,tak siapa tahu,hadapi hari ini dengan sebaik-baiknya,dan sentiasa buat yang terbaik untuk hari ini"

-Dr.Aidh Al-Qarni-

jangan sentiasa bersedih kerana sedih itu punca kepada ketidak tenangan jiwa,stress dan sakit jantung (uiks)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails