AMARAN: tulisan ini tidak kena mengena dengan manusia yg hidup atau yg telah mati. Ia adalah semata-mata tulisan seorang perempuan bekerjaya dan sentiasa berfikir di luar batas biasa. Perempuan ini mendalami isu ini tanpa memikirkan perasaan org lain cuma perasaan, pemahaman dan pemikiran dia sendiri. Kali ni, dia sendiri akan menceritakan pengalaman sendiri dalam Berbagi Suami bahagian ini.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dulu aku memang fobia dengan benda-benda macam ni. Fobia pada lelaki yang ada tendency berbini dua atau aku akan dimadukan. Ada beberapa tulisan blog aku menyatakan kekeliruan aku, serta kebimbangan aku terhadap insan bergelar LELAKI. Aku sanggup hidup sendiri punya anak angkat tanpa perlu bersuami. Aku takut...memang aku takut. Sedaya upaya aku cuba untuk mencari lelaki bujang yang mampu membahagiakan aku. Sejak aku putus dengan seorang lelaki, aku cuba untuk stay and sustain other relationships...tapi malangnya aku masih teringat kat Mr. A jugak. Maklumlah first true love aku, kan?
Pernah ada ketika aku punya teman lelaki yang dah berkahwin. Memang tipulah kalau aku kata diorang ni tak caring and tak understanding. Diorang sanggup bagi macam-macam hadiah, handphonelah..duit prepaid...makan, minum...pendek kata apa saja. Diorang tahu ambik hati, pujuk kita and diorang ni penyabar gila.
Ada lelaki yang kata isteri dia tak boleh beranak, so dia nak carik isteri kedua (mcm Mr J). Ada lelaki yang memang nak anak banyak mcm Mr. Is. Dia dah ada 5 anak , tapi dia ni kaya raya la. Ada banyak rumah, kereta2 mewah sebab dia businessman. Bagi alasan muka aku mcm ex-gf dia laa. Tapi aku dapat "bau" dia nak kat aku sebenarnya sebab aku Malaysian and dia Singaporean. Mebbe dia nak kat aku untuk dia beli aset kat Malaysia. Lagi senang kan sebab aku boleh dapatkan dia Bumi Discount? Dia sanggup nak belikan aku banglo and kereta sports if aku jadik second wife. Dia suruh aku faham kenapa dia nak aku jadik wife dia. Well aku tak pernah ada apa2 feeling pun kat Mr. Is ni tapi at least aku dapat henfon la sbb dia beriya2 no nak bagi aku. Dah kebetulan henfon aku pun beyond repair. And aku make it clear, you kena kasi hf ni ikhlas, tak ada harapan or demand. Baru aku amik. Hehehe. Pastu, aku blah la kan..ckp kat dia good luck carik second wife.
If aku ni memang jenis materialistik, memang dah lama aku kawen, hidup komfem senang lenang. This happened masa tahun 2002, lepas aku break off ngan Mr. A. Aku kenal Mr. Is ni snonyer secara tak sengaja. Dia datang temankan membe dia tah sapa nama tah yg aku kenal kat laman carik membe (or bf/laki - fill in the blanks). Siap bwk bini lagi Mr. Is ni, so aku kenallah bini dia, masih lawa, baik...Mr. Is ni jadik org tgh mamat tak gune tu, untuk convey mesej yg mamat tu suka kat membe Cina aku bawak time tu. So kiranya mcm swap kes. Aku ckp Apa Kes ni? Dah puas kena maki dah si Mr. Is ni, tengok2 dia syok kat aku pulak...tapi dia ni mmg ikut Islam sikit. Tiap kali dia nak jumpa, ajak driver temankan. Siap datang opis aku bwk 7 series beemer dia berjemput berhantar. Sampai jadik bualan org la katakan. Tapi taktahulah definisi korang aku ni bodoh ke apa. Tapi aku rasa aku bodoh jugakla...sebab sampai sekang aku takde laki hahahahah....padan muke aku.
Ada jugak lelaki yang cakap kat aku, bini dia siksa dia kat umah. Mcm. Mr.R yang aku kenal kat laman carik kawan gaks. Dia komplen dia yang buat keje umah, bayar bil itu dan ini, bini tak pernah layan dia mcm husband...pandang dia rendah dsbnya. Bini dia dok umah, besokan perut je (bukan peknen, tapi gemukkan diri), tido sepanjang hari, bangun tgh hari, layan mak dia teruk2...Tapi aku pelik betol kat lelaki pengecut mcm ni. Dah komfem bini ko mcm tu, ko as husband patut stand up to your rights la. Bukan ke lelaki tu patut jadi Pemimpin rumah tangga? Kenapa ko tak didik isteri ko tu? Pelikkan? Lelaki macam ini patut DIHINDARI 100% sebab dah tentu2nya dia ni lemau, sengal and dayus. Macam ni ke nak jadik laki aku? As a dominant person, aku rasa aku pun leh jadik queen control dia kot? Bila aku approach dia ni (untuk kawen) dia kata, dia still sayang bini dia and rasa sayang duit mahal2 kawen dulu terbuang gitu je. Tahu pun...tapi nak ada affair ngan aku, tapi takmo kawen. Tapi komplen bini layan dia cam hanjing la bagai. Apa kes?! Sori naik lorilah kan. Takde maknenya aku nak teruskan. Abondoned shipla. Aku kata aku nak putus sebab aku nak kawen, nak ada family aku sendiri. Aku bukan nak hanky panky. Punyalah desperate jugak aku nak carik laki ek?
Pastu, ada jugak laki yg sayang aku sebab aku ni best dari segi faham dia. Aku kenal dia sebulan baru dia confess yg dia dah fall in love ngan aku. Dia ckp tak pernah ada org amikkan napkin kat dia, amikkan sudu, senduk kuah letak atas pinggan dia...blabla benda kecik2 gitu. Dulu aku ingat dia ni tak kawen lagi (kalau aku tahu, memang aku tak buat camtu la) And dia kata aku ni manja tapi independant. Muahahha...memang betullah kot aku ni manja. Dah puas aku buat mamat tu fedap ngan aku untuk elakkan dia. Aku mengamuk gilalah...aku nak keluar ngan sesapa sesuka hati aku, aku demand macam-macam...aku hangin satu badan sampai orang tu rasa dia diperbodohkan. Memang aku sengaja...sebab aku memang tak rasa aku nak kawen ngan dia. Aku rasa dia tak setanding dengan Mr.A. Aku rasa aku berdendam dengan semua lelaki and that was why aku tak pernah stay lama in a relationship. Paling lama pun 11 bulan kot? Jangan cakap la paling cepat.
Mamat kat atas tu nama dia Mr. B, orang dia memang baik hati and penyayang. Dia sanggup korban prepaid dia kol aku hari2 in long distance, macam2 la dia korban tok aku. Dia pernah kata if dia ada RM10 time tu, dia akan bagi aku RM8, compare tu org ada thousand of dollars, tapi kedekut nak bagi aku apa-apa.
At the same time, aku tahu dia sayang wife dia and anak dia. Dia kata perasaan kat wife dia tetap sama, tapi dia sayang aku jugak. Dia and wife dia tak pernah ada masalah besar. Memang smooth sailing tapi dah dia nak jatuh chenta kat aku. Dia buat cemana pun, dia tetap ingat kat aku. Bestfren dia sendiri ceta kat aku, tiap2 hari dok ceta pasal aku, aku n aku. Memang mamat ni dah tahap angau gile. Tapi, deep inside, aku takmo jadik org ketiga antara dia n bini dia. Aku takmo dia bercerai if let say bini dia suh dia pilih aku or dia. Aku suh dia pilih bini dia sbb aku tahu dia camna. Aku rasa dia takkan mampu untuk ada dua bini. Aku ni memang keras. Tapi sekeras2 aku, aku cair gak sebab konsistensi dia ngorat aku n tunjuk dia betul2 suka kat aku. Lama gak aku bengong dok pk hal aku n dia. Aku penah katalah kat dia, let me be with u temporary, one day you must let me go. Aku nak carik single man utk jadik hubby aku, and dia kena faham. He understand that very well. And apa dia janji kat aku, mmg dia buat. Like dah jarang gile call aku. Dia still tahu perkembangan aku...dia still care kat aku. And dah macam2 dia buat untuk make me happy. Aku takkan lupa kat Mr. B sbb baru aku tahu ada gak lelaki yg dah kawen yg ikhlas sayangkan aku.
Peh tu, jumpa pulak Mr. J yang tah pepe. Mcm recycled story plak ek? Mr. J ni ckp tak serupa bikin la senang ceta. Dok kata dia dah cerai la apalah...so aku ingat mmg dia ni dud la. Rupa2nya, lepas disiasat oleh edisi siasat, dia ni still ada bini kat tpt lain. Derang dok asing. And mamat ni tak pernah transparent. Ada je ceta dia ni yg ada grey area. Yg aku ada doubt tahap tinggi punya. Tapi tah kenapa aku mcm tu punya doubt pun bleh tersilap langkah. Mr. J dah pangkah aku Rm20 ribu, bukan RM20 tau Zuki. Setakat 20 hengget tu apa nak herannya. Mamat ni ada something yg buat aku rasa dia ni kureng waras ke apa. Mcm tak betul skets. Mcm mengumpat plak ek? Tapi tulah, dlm kes ni aku mmg bodoh bingai la. Mamat mcm tu yg aku rasa saiko pun, aku leh kesian. Masa nak ngorat aku, dia akan ceta benda sedih2, dia mati bapak la masa kecik la, the only son la, takde mak dah, takde famili lain, sebatang kera la...Bila aku cakap aku nak putus ke apa, dia akan create story dia tumbuk budak nak ngacau anak dara org, dia pukul org sampai muka pecah, dia langgar mamat motor sbb asyik dok call aku yg tak jawab fon...dia kata penah bakar keta org ngorat gf dia la, blabla...dia nak bunuh diri sbb aku tinggalkan dia blabla...mmg GILA SAIKO la gua cakap tak tipu punya. Peh...cemana aku jumpa dia? As usual, dlm laman web carik member gak...
Sekarang ni, aku tak harap dia bayar duit aku. Sbb dia saiko. Tu pasallah aku sengkek banyak sbb dok bayar hutang tiap2 bulan. Aku tak mintak mak bapak aku bayarkan hutang aku. Pepandailah aku survive. Independant woman. Benda2 macam ni buat aku lebih matang. Aku suka shopping, tapi aku kena belajar berdisiplin dan berjimat cermat. Untuk masa depan aku jugak. Aku kena berfikir untuk survive.
Aku tak tahulah, aku attract wrong people ke apa. Aku try jugak nak berchenta ngan single man yg aku kenal. Tapi tah la...tak pernah yg ada chemistry. Tak pernah menjadik. Antara Mr. A - my first true love ngan Boe kesayangan aku sekarang ni, memang ada banyak temporary relationships. Bukan aku sengaja, bukan aku mintak. Tapi dah memang takde bahan kimia letusan cinta...muahahaha bahase!!! Ada single men tu kengkadang sengal, slow, tak reti ada gf, ada yg punya masalah family sampai aku malas nak pk, ada yg irritating mcm dok gerak2 kan kaki in auto bila dia tido. Serius, freaky! Mamat tu aku tahu perangai dia camtu masa gi camping kat Bekelah. Dia tido kat luar kengkunun tak best tido khemah. So aku tahulah kan..ngeri siot. Ada gak mamat yg pathetic. Mamat yg tah pepe taknak serius, mamat yang tak reti buat keputusan. BAH! sungguh membosankan. Bila aku bosan, aku blah la kan? Simple. Sebabnya aku ni jenis praktikal. So it took me 4 years to really fall in love again. With Boe. 4 Goddamn years man! Korang bleh kata lah aku ni playgal ke apa2. Tapi the fact was aku mencari org yg seswai. Ingat senang ke nak pilih long term partner? Sejak aku makin dewasa ni ecewah...byk benda yg aku pk, if dulu aku happy-go-lucky, sekarang ni susah la nak tgk aku mcm tu. Aku byk senyap, banyak pk...sampai muka aku jadik tua. I miss gelak2 tak hingat ngan membe2 aku. I miss them all...Sedih la pulak..isk..Weh korang! Aku rindu kat korang sumer ( you know who you are)
Aku suka lelaki yg lebih dominan dari aku. Especially if dia lebih segala2 nya dari aku. Lebih bijak, lebih cool, lebih penyabar, lebih terer agama, pendek kata lebih dari aku. And dia HARUS tahu bersukan bukan tgk bola kat TV je, sbb aku ni athletic. Aku senang attracted kat org yg badan dia best macam sexy back si Boe eheheh....Physically strong. Memula aku suka Boe sbb dia terer 4WD. Tapi kan, dah lama2 kenal dia, aku rasa Boe can manouvre me in the right direction. Boe can control me bukan sbb aku suka dikontrol, tapi sbb aku ni suka melawan. Argumentative. Aku suka buat apa yg aku nak buat. Tapi dgn Boe, secara automatik aku akan tanya dia dulu ok ke tak ke, and ikut cakap dia (most of the time la...bluek!)
Banyak kali nak putus ngan dia sbb aku ni kan, memang suka carik pasal. Paling lama putus is 24 hours. Uhuhu...tapi sbb apatah, kitorang still tugede2 until now. Dengan Boe aku tak perlu jadik org lain. Aku tak perlu kontrol lawa ke apa ke, kutuk mengutuk selamba, takde nak jaga hati de. Dia nak kutuk aku gemuk pun aku terima, tapi at the same time, aku cuba la kan turunkan berat. Dia pun camtu, aku tegur dia marah, tapi aku tahu dia buat gak apa aku suggest. (Mcm aku tegur dia rantai dia pakai byk sangat sampai rimas aku tengok padahal dia tu loyer. Mcm tak seswai nagn corporate look. Aku suh dia pilih yg paling dia suka je dia pakai. Komfem dia pilih rantai superman tu. Ampeh tol!)
How I feel about him?
Aku memang sayang banget kat dia. Aku terima dia in total, perangai dia, pakej dia. Yelah, so far aku suka lelaki yg lebih tinggi dari aku. Tapi dia sama tinggi kot ngan aku - sbb dia bongkok. Boe garang AMAT! tapi at the same time, dia penyayang AMAT! Jangan buat dia piss off jelah cam aku salu buat hehehe. Dia smoker eventho aku tak ske. Dia pakai sua pendek and rantai superman, which aku tak suka sangat...He succeeded in replacing Mr. A's place. Tapi jodoh, rezeki dan maut ditangan Allah. Mana tahu, Dia tentukan jodoh aku dengan org lain, aku terpaksa terima. So far, aku keep my mind opens and terima what comes.
Org kata jgn carik org yg buat benda2 yg sama ngan kita. But i would like to differ jugak. Sbb, eventho aku n Boe suka buat benda2 yg sama, sama gila, tapi aku n dia are totally two different people. He likes enrichments, apa dia buat mesti berlebih, lebih rasa, lebih pekat, lebih besar, lebih la. Tapi dia humble, and dia tak pernah lokek ilmu. Meanwhile aku tak suka benda berlebih. Boe suka lauk lebih masin lebih perisa. Aku suka ala kadar. Aku kurang sabar and aku piss off easily. Boe pulak banyak sabar tapi bila dah sampai limit dia, dia punya blow peh...tatottttt!!!Dia mmg jarang piss off la. Aku cepat rasa irritating, tapi dia ok je. Hmm...banyak lagi list tapi malas la nak ceta. Biarla aku tahu kenapa aku sayang dia gile. And kenapa dia sayang aku giler.
Tahla...korang doa2kan la jodoh aku ngan dia berpanjangan. Aku dah tak larat la nak carik org lain, mula dari awal balik. Back to square one balik. Aku dah penatla. Aku pk nak anak je sekang ni, tapi masalahnya kawen pun belum, camna? Aku kesian la kat Mama n Baba. tapi dah jodoh aku tak sampai lagi, if adik aku nak kawen dulu, then why not? I won't mind. Aku cuma harap everybody's happy. Aku cuma harap Boe happy ngan aku, sbb dia sudi sayang aku seadanya.
So for that:
Keyword is LOVE, Keyword is Fahamkan Islam. Bukan atas dasar interpretasi sendiri, tapi belajar kalau tak faham. Mungkin dari segi amalan aku masih banyak kekurangan, tapi aku harap Allah bukakan hati aku untuk lebih memahami dan mendalami. Seterusnya Allah bukakan hati aku untuk terus amalkan apa aku belajar. Aku tahu aku ni Muslim yg lemah. Aku tunduk pada nafsu, iman aku goyah. Aku harap Allah kuatkan hati aku untuk melawan nafsu dan tak bertuhankan Syaitan. InsyaALlah...doakan aku ye?
6 comments:
By far, I think this is the best blog entry you have. Sungguh honest!. Aku agree apa kau rasa and aku pon dah penah merasa. You know my ordeal. Anyway, aku doakan untuk kau and aku jugak agar dapat jumpe jodoh yg baik. Tapi aku nak syed je. Amin..!
hmmmmmmm. no komen. dalam hidup aku takde lagi orang yang menipu beso dan janjikan kata manis macam gula gula. so i cant i can walk an inch in ur small shoes ( aku size 11.. hahaha).
but as they say shit happens for a reason kan? and it only makes u deal with life a lil better. nice!
wtf:
hehehe, i know your ordeal indeed friend. Aku salu doakan kawan2 aku yg bujang spy dapat dipermudahkan jodoh yg best dan baik2. Aminnn
obefiend:
Shit makes us stand tall and corrected. It makes us what we are today. until you smelled the shit and being smacked with one in the face, you are not as matured as you think you are.
there were also good married men out there. But you know me, I've always want to dominate. I always want anything that is 100% mine. But as life goes, especially like mine, it doesn't matter anymore. I don't mind sharing provided IF and ONLY IF, he is the man with Iman and Taqwa. InsyaAlLah.
Salam kenal...
Saya mengamalkan poligami sejak 6 tahun lalu...silalah ke blog kalau sudi. Mungkin boleh megubah persepsi pasal poligami???...saya tertarik ke sini baca your comment di blog Hamka.
Tq
Salam kenal kat Hani Sumayyah...
Terima kasih la sudi baca blog saya yg tak seberapanya ni...saya dah lawat dah your blog. Saya kagum dgn kekuatan saudari...dan terharu...
Especially if saya baca blog saudari tu pada tanggal hari ini, 31 Jan. sebab apa? Sebab baru aje saya blog pasal ni, saya rasa saya totally alone...dah tak ada teman...maknanye saya kena start dari mula balik. If jodoh saya kuat dengan Boe, adalah...tapi Allah Maha Kuasa...
Hani,
Saya dah blog pasal kepercayaan saya pada poligami. Ada dlm Part 1
http://taicheeviews.blogspot.com/2007/01/berbagi-suami-part-1.html
Sekali lagi, terima kasih atas kesudian saudari share kan blog tu...nak buat link la...nak baca hari2 insyaAllah...
Salam perkenalan...
n terima kasih sekali lagi
aku tambah:
Apapun, 7 golongan lelaki kat bawah arash adalah ahli shurga,
eh mana wanita?
wanita adalh isteri 7 golongan lelaki tadi yang dah masuk shurga 500 tahun lebih awal..
Kalau wanita itu berpologami dgn 7 lelaki tadi? Huh!! ke empat2 madu mudi masuk shurga jadi ketua bidadari..wallahualam!
Oh! Kalaulah wanita itu mengetahui?
dan di manakah lelaki beriman itu?
check balik ciri ciri 7 golongan itu..
Post a Comment